Thursday, May 11, 2017

Keluarga adalah C.I.N.T.A

Hujung minggu saya sekarang biasanya kurang tenang. Terfikir samada mahu ke pejabat menyiapkan kerja atau menikmati sahaja cuti dengan gembira. Dilema. Sabtu minggu lepas, saya tidak pulang ke rumah pada hari Jumaat seperti biasa. Cadangnya mahu bekerja pagi Sabtu dan mencari laptop di petangnya. Hanya berjaya menyelesaikan misi kedua. Misi pertama saya bermalas-malasan di atas katil dan menghabiskan buku ini.

Menghabiskan ini

Di sebelah petang, selepas zuhur saya ke Digital Mall menjayakan misi ke dua selepas makan bersama Deekay. Dalam perjalanan pulang ke Klang, Liza menghantar pesanan yang esok pagi, kami ada marathon. Sudah, saya terlupa. Sesampai di Klang, cuma emak, ayah, Kak Long, Afifah dan Adik. Yang lain tiada. Naziha ke Janda Baik. Ami ke rumah kawannya dan anak-anaknya, Hairol jaga hujung minggu itu.



Pada Ahad pagi-pagi subuh sapie, sebelum saya mahu keluar ke Uptown Damansara untuk marathon, Acik Oya menelefon ayah. Katanya Tok Long Usop meninggal dunia. Tok Long adalah satu-satunya abang dan adik beradik Nenek Saabah. Tetapi kami tidak rapat.

Saya mengambil Lyza dan kemudian ke Starling Mall di Damansara. Berjumpa geng marathon di sana dan berjaya menamatkan 5km dalam masa sejam. Hehe 30 minit selepas Aaron dan Tina sampai ke garisan penamat. Alhamdulillah. Sihat sekejap dapat mengeluarkan peluh. Nak keluarkan peluh, kena bayar yer. :(




Sesi menambah balik lemak



Selepas run, tiba-tiba kami ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC. Lyza tidak pernah ke sana, jadi saya lajakkan kerana alang-alang sudah keluar. Dengan busuk-busuk tetapi sudah disembur minyak wangi, kami ke PWTC. Takat 5km, tidak berpeluh berialah. #sedapkanhatisendiri

Lyza sedang mencari dua buah buku. Memang rezekinya, dua-dua berjaya diperolehi. Saya? Haha. Buku banyak lagi tak baca. Tengah berjalan di pesta buku, terdengar orang memanggil nama dari belakang. Jumpa Pak Busu dan Mak Usu. Kalau dah jodoh. Haha.

Cantik kamera Mak Usu

Gambar yang Fisha bebelkan. :)

Aidan (spell backwards)

Saya menghantar gambar ke group whatsapp keluarga kecil saya. Nafisah membalas dengan menyuruh saya bercomel-comel ke pesta buku, manatahu terjumpa jodoh katanya. Penasihat kecantikan saya itu memang teliti orangnya. Menjaga penampilan kakak kesayangan. Thanks sayang. Love you. 

Group keluarga saya ni memang jarang sekali ada pesanan. Keluarga saya, kalau tidak bercerita itu maknanya kami okay. Kalau berceritak itu yang ada masalah. Haha. Pernah saya bercita-cita mahu menukar situasi ini sampai ke peringkat mahu memberi habuan duit jika adik saya memberitahu apa yang mereka makan setiap hari di dalam group. Faezah melakukan begitu. Setiap kali makan, dia akan menghantar ke group keluarganya. Tetapi, bagi keluarga saya, itu tidak mendapat sambutan. Nak bagi duit pun taknak. Haha.

Petang itu, oleh kerana masing-masing makan luar tengaharinya, kami perlu memasak untuk makan malam. Selepas dapat tidur selelap petang itu, saya turun dan melihat Ami sedang menyiapkan bahan untuk menggoreng mihun. Mak sedang mengopek ikan bilis. Along menyapu sampah. Kepakaran saya apa? Hehe. Pandai. Saya pandai membantu di dapur. 

Terus saya mencapai apa yang patut. Rasanya ada dalam sejam kami di dapur sehingga mihun masak dan ayah makan terus dari dalam kuali. Waktu berkualiti keluarga bagi saya adalah di dapur. Di mana, semua orang tidak memegang telefon kerana perlu membuat kerja. Perbualan emak, ayah, Along dan Ami merangkumi kisah Tok Long meninggal, pesta buku saya, kisah Ami dan lain-lain. Saya suka masa memasak ramai-ramai ni. Berbanding masa menonton tv yang masing-masing akan memegang telefon, di dapur tangan kena pegang pisau ya. 

Kadang-kadang contoh yang baik dari keluarga lain, boleh kita serapkan dalam keluarga. Jika mereka terima, ia adalah baik. Jika tidak, tidak mengapa. Sedikit pun tidak mengurangkan kasih sayang saya kepada mereka. Walaupun banyak gambar instagram saya bersama kawan-kawan berbanding keluarga, haruslah mereka tahu yang mereka adalah kesayangan saya dunia akhirat. Kalau ada apa-apa, cari sahaja. Apa yang boleh tolong, kita tolong, yang tak boleh, boleh bawa berbincang. Semoga semua urusan ayah, emak dan adik beradik saya dipermudahkan Allah S.W.T. 

My love much

I love us
Family is everything



Love conquers all things

Family, where life begins, love never ends

We live. We laugh. We love.

Love to the moon and back

You complete me

Counting your blessing

Alhamdulillah

No family is perfect. We argue, we fight, we even stop talking to each other at times. But, in the end family is family. The love will always there. - Quotes

Love..

No comments:

Post a Comment