Friday, April 7, 2017

Melayan

Melayan meneman Lyza ke satu marathon di Pandamaran menyebabkan saya berkenalan dengan budak-budak pejabatnya. Selepas marathon itu, kami bersarapan bersama yang dibelanja oleh budak pejabatnya. Ingatkan habis di situ sahaja. Rupa-rupanya tidak. Pada hari Isnin berikutnya, Lyza menghantar pesanan mahu mengajak ke lagi satu acara larian di Damansara pula. Katanya Aaron mengajak saya sekali. Ikutkan memang agak kurang rajin, tetapi memandangkan Lyza tiada teman, maka saya layankan sahaja. Saya bersetuju. Ini namanya melayan. Hehe. Tetapi, Alhamdulillah saya gembira. Keluar dari golongan kawan-kawan saya yang biasa. Sudah lama tidam mempunyai sekumpulan kawan yang baru.

Adik-adik semua budak pejabat Lyza ni. Panggil kitorang akak kot. Tapi, kitorang panggil diorang aku kau je dengan diorang ni. Nak rasa muda. Hehe.

Sebelum berlari, muka suci bersih sahaja masing-masing






Selepas berlari sambil membaling-baling, inilah rupa masing-masing.

Fizi dengan Apiz ni adik-adik sangat

Xiang ni anak bos kata Lyza.


Tinakaran. :)

Aaron punya pasallah semua ni.

Seronok juga mempunyai sekumpulan kawan baru. Oleh kerana adik-adik sangat, memang tak segan pun saya. Kalau sebaya dan mempunyai budak lelaki yang belum kahwin, mungkin saya menjadi segan sedikit. Huhu. Bilalah mahu hilang perasaan perasan saya ni? 

Ini lagi satu kisah melayan. Ai Tee mengajak kami menonton wayang pada suatu hari. Jomlah katanya. Dia mahu menonton bersama geng makan tengahari, dan mengajak kami. Cerita Power Rangers pula tu. Tidak mencapai standard cerita yang best untu saya. Nak nyanyi lagu Power Rangers pun tak sempat. Sedikit sangat dipaparkan dalam movie ni. Tetapi ini namanya melayan yer. Hehe. Sekali-sekala layankan sahaja orang sekeliling anda. 




Love

No comments:

Post a Comment