Friday, August 7, 2015

Misiku Kakak Fikri

Adikku yang tersayang tiba-tiba berkata dalam whatsapp group keluarga asas kami yang dia tidak akan menyambung pelajarannya. Dia mengambil Elektrik di Tahap 1 dan 2 di Inspen. Dan untuk memenuhkan pengajarannya, dia perlu mengambil Tahap 3. Tetapi, Tahap 3 perlu dibiayai sendiri berbanding Tahap 1 dan 2 yang ditaja. Yuran sebanyak RM6 ribu untuk Tahap 3 ini. Saya juga kurang tahu kursus yang diambil ini. Silap saya kerana kurang mengambil berat perihal adik-beradik sendiri.

Kata adik saya di dalam whatsapp, dia mahu bekerja dengan ayah saya. Ok, saya baca ini haruslah angin. Senang je nak kerja dengan ayah ye. Nanti boleh masuk ikut suka sahaja. Lagipun ayah bukannya nak marah. Saya private message dengannya. Bertanya mengenai perancangannya dan mengapa dia tidak mahu menyambung, Berbalah-balah juga di dalam message tu. Tetapi, untuk mengurangkan ketegangan, selepas tulis membebel-bebel tu, jangan lupa letakkan tanda smiley yang banyak-banyak tu. Sejuk sikit hati dia (petua ni). Saya cuba mengambil pendekatan mendengar dahulu. Benda ini sedang saya develop. Dahulu, dengan Firdaus, semasa bertanya perihal kerja barunya dan jawapannya mahu berhenti. Terus saya membebel. Semenjak itu, dia kurang bercerita kepada saya. Sebab mesti kena hentam punya. Sehinggalah Nafisah dan Naziha menerangkan penatnya Abang Daus mereka bekerja. Ok, saya jadi menyalahkan diri waktu itu. Tetapi, kerja tetap kena kerja. Nak berhenti, dapat kerja lain dahulu.

Oleh itu, dengan Fikri, kita cuba cara mendengar dahulu. Saya katakan kepadanya yang boleh bekerja, tetapi bukan dengan ayah. Dia kata, biarlah adik buat keputusan sendiri. Amboi, nak buat keputusan sendiri. Gila hebat awak ni. Akak dulu, mana pernah buat pilihan sendiri. Alhamdulillah, je. Kebaikan menjadi saya dahulu adalah tidak mempunyai cita-cita dan senang mengikut nasihat orang. Orang nasihat macam ini, kita buat. Orang cakap macam ini, kita ikut. Budak sekarang, dahlah tak tahu nak buat apa, lepas tu taknak ikut pula cakap orang. Aish. Ok, kata dengan dia, sambung belajar, nanti akak bayar. Dia taknak juga. Masih kata, dia nak buat keputusan sendiri. 


Yang best, ini jawapan dia. Amboi. Baru sekarang nak tolong. Selama ini ayah kerja hari Sabtu, awak dok bantai tidur dekat rumah. Tak nak tolong pula. Geram saya sebagai anak yang bapanya akan dibuli oleh anak yang lain. Nasib baik, tengah belajar nak jadi pendengar yang baik. Kita sabar, dan masih memujuk. Sebab sayang, sebab tu nasihat. Kalau tak, ikutlah awak nak buat apa. Tapi, kalau biar dan tak menyusahkan orang lain takpe. Nanti awak menyusahkan emaklah. Saya pernah berkata dengan Daus semasa dia tidak bekerja dahulu dan duduk di rumah. Apalah agaknya perasaan ayah ketika balik bekerja dan anaknya sedang duduk di rumah tengok tv? (Sebenarnya lebih kepada saya yang geram. Kalaulah dapat cuti dan duduk di rumah. Bestnya). Tetapi, adik saya yang lain berkata yang dia sudah mencari kerja. Tapi, masih tidak dapat. Mungkin sebab saya tak nampak, jadi ingat dia tidak mencari. Tak kira. Kerja sahaja apa-apa, janji awak bekerja. Berapa pun gaji. Kena kerja. Perlu susah-susah dahulu. Kemudian nikmat senang tu akan lebih nikmat. Walaupun pekerjaan itu tiada kaitan dengan awak. Awak akan dapat pengalaman lain. Berkerja dengan orang, displin masuk kerja dan kena bangun awal, duit sedikit jadi nak kena jimat-jimat. Banyaklah lagi. Yang penting kerja.



Bergaduh-gaduh dalam message ni, Dah siap terangkan kenapa tak bagi tu. Tahniah Nadiah, Haha. Anda berjaya mengawal geram tu. Memang balik Klang hujung minggu ni masih nak meneruskan misi membasuh adik ni. Sampai awak pula yang akan bosan. Tapi, pagi tadi baru dapat baca message dia. 



Dia nak sambung. Alhamdulillah. Sambunglah adik, penuhkan Tahap tu. Lepas tu baru fikir nak buat apa. Tapi nak kena fikir dah buat apa tau. Survival skil kena ada zaman-zamam sekarang ni. Nak kena banyak sangat belajar dan bergaul dengan orang. Semoga hidup awak dipermudahkan bila besar nanti. 

p/s : Manalah aku nak kecau duit ni. Masa dok berjanji tak fikir. Haha. Takpe, Naziha dengan Nafisah masing-masing kaya. Meniaga dan duit P3 kepuk-kepuk tu.

Love..

2 comments:

  1. Apa kata tak payah letak screencaps tu.. Dah namanya private message. Cuma cadangan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Aku dah bagitau dia dan minta maaf sbb tulis pasal ni. Dia ok dan redha (yg ni aku tambah.:p) akak dia suka tulis pasal diorang. Anyway, thanks for the reminder. Terlepas pandang private msg suppose to be private. Hehe. Love you. 😘😘

      Delete