Tuesday, August 4, 2015

Hikmah Pusat Tuisyen

Hujung minggu lepas, saya sempat menghadiri majlis doa selamat sempena pembukaan pusat tuisyen sepupu saya, Abdul Muiz bersama kakak angkatnya Cikgu Naimah di Ampang. Tahniah Muiz atas pembukaan Lembah Ilmu. Semoga menjadi lembah yang besar untuk menyebarkan ilmu. Mak Chah juga turun dari Melaka untuk menghadiri majlis tersebut. Selain itu, berjalan raya di rumah kawan-kawannya dan juga rumah kakak dan adiknya di Lembah Klang ini. Pakcik sudah rajin berjalan nampaknya. Minggu lepas turun kerana kami bersarapan di Tasik Shah Alam. Minggu ini turun lagi. 

Saya pergi ke majlis doa selamat Muiz bersama Lyza setelah menghadiri rumah terbuka Paie dan Majlis Aqiqah cucu pertama Cik Leha, Aysara Najla. Kami berjumpa dengan keluarga Mak Chah di sana. Saudara-mara kami yang batch pertama sudah pulang. Ketika sedang makan, kakak Naimah (kakak ke? Entah-entah sebaya or muda lagi dari aku) rancak bercerita mengenai pengubahsuaian pusat tuisyen itu daripada kedai menjual ikan. Banyak yang perlu dilakukan. Muiz bercerita yang sebelum ini, masa banyak dihabiskan untuk menyiapkan pusat tuisyen itu. Saya melihat kakak itu sangat sederhana orangnya. Tetapi berjiwa kental. Dari segi penceritaan Muiz yang lepas-lepas dan juga pengamatan yang tak berapa nak amat sangatlah hari itu.

:) :)
First batch. :)

Second batch. :)


:)
Tahniah Muiz! Awak pasti lebih menghargai kejayaan awak sekarang. Awak melalui kesusahan untuk mencapai ke tahap itu. Akak dapat lihat kegembiraan ummi dan baba atas pencapaian awak. Teringat akak ketika terawih terakhir ramadhan lepas, kami di kampung berimamkan Mus'ab. Akak berasa bangga dengan kejayaan Mus'ab (dahlah memang suka dekat Mus'ab semasa ummi dan baba mengerjakan haji dulu. Kitorang kena tengok-tengokkan adik-beradik awak masa tu. Semasa semua orang pun tergila-gilakan Ibrahim, akak suka sangat2 dekat Mus'ab. Baik je budaknya. Senyap dan tak banyak kerenah-sama macam akak. Ahaks). Kalau akak pun dah bangga dan gembira, apatah lagi ummi. Barangkali inilah perasaan semua ibu bapa yang melihat kejayaan anak mereka. Jika akak yang bukan ummi pun sudah gembira sebegitu.

Tetapi, pastinya setiap kegembiraan itu tidak datang begitu sahaja. Ummi pastilah telah berendam airmata membesarkan awak semua. Dahlah lelaki. Lebih sikit nak bagi dengar dari perempuan. Ke la ni, dah sama susah? Hehe. Berkorban masa, tenaga dan wang untuk kejayaan anak-anaknya. Sudah pasti ada masa yang kita secara tidak sengaja telah melukakan hati mereka. Mereka tetap juga menerima kita seadanya. Muiz, akak gembira pastinya dengan pembukaan Pusat Tuisyen awak. Awak berjaya bangkit untuk menjadi orang yang lebih baik. Itulah sepatutnya kita. Berusaha dan belajar untuk menjadi lebih baik setiap hari. Tahniah sekali lagi. 

Melihat kejayaan sepupu-sepupu saya yang berjaya menjadi hafiz, membuka pusat tuisyen sendiri dan kejayaan yang lain pastilah menjadi contoh tauladan untuk saya ini. Terfikir saya, adakah saya akan menjadi antara penyambung amal bagi kedua ibu bapa saya? Semoga ia adalah YA. Tetapi sekarang saya agak lalai. Saya pernah berada diperingkat yang lebih baik iman berbanding hari ini. Waktu itu, pasti emak dan ayah tidak perlu risau akan saya. Sekarang ini, perlu risau sedikitlah mak. Maaf. Hehe. Ia adalah suatu perjuangan untuk diri sendiri. Kelilingilah saya dengan orang-orang hebat supaya saya juga bercita-cita menjadi seperti mereka. Dunia ini tidak lama. Semoga pengakhiran yang baik untuk saya terutamanya untuk kedua ibu bapa saya. :)

Dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW telah bersabda : "Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus, kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya". (Hr. Muslim)

Jumpa Mak Ngah di rumah Pak Busu sebelum ke rumah saya. 

Penghabisan raya pada Sabtu lepas di rumah saya. Terima kasih Chenta. 

Aksi yang jarang kita lihat. Rahman memotong buah. Malangnya dah masam. Tak perlu dipotong semua. 

Love.

No comments:

Post a Comment