Sunday, November 10, 2013

Konvokesyen Kak Lin

Alhamdulillah segala puji hanya untukMu Ya Allah. Selamat sudah sepupu kesayangan saya menghabiskan Masternya. Saya tumpang gembira. Segala jerih-perihnya belajar, berviva dan membuat thesis akhirnya berbaloi. Wah!! Bila saya mahu menyambung pelajaran ini? Mak Ngah kata, graduan Master sahaja sudah melebihi seribu orang. Ijazah Sarjana Muda seperti saya lagilah bersepah-sepah. Hihi.

Bersama-sama adik saya yang bakal juga menghabiskan pelajaran masing-masing, saya meraikan kegembiraan Alin di UiTM Shah Alam. Semua jalan masuk ke UiTM diblock. Mujur saya merupakan alumni UiTM dan pernah duduk di kampus. Maka saya secara illegalnya memarkir di tempat pensyarah semata-mata mahu mengelak parkir yang jauh dan terpaksa menaiki bas UiTM. Berjalan kaki kami ke Dewan. Sangkaan saya di dewan besar UiTM tempat saya berkonvo lalu. Rupanya sudah bertukar dewan. Mujur kami belum sampai ke sana.    


Jalan-jalan cari dewan. 

Dewan Agung Tuanku Canselor. Dewan baru ni. 

Yeay!!! Dah konvo. 

Bersama bunga-bunga keluarga Othman. 

Tahniah Kak Lin. Kak Lin sangat.. Haha. ;p


Korang konvo lepas ni pula. :D

Satu-satu wakil hero sebelum terbang semula ke Mesir nanti. 

Nak pulang balik jubah hari ni, kena isi borang. Senang kerja. Tak payah datang balik untuk hantar jubah sahaja.

Tak tau nak kata apa. Haha. ;p

Sajak sangat sayang. Dah macam konvo awak yang konvo. 

Kami kemudian membuli penerima ijazah dengan menyuruh belanja makan tengahari. Haha. Tanpa segan silu, kami makan di Pak Li kopitiam di Seksyen 7. Berborak dengan saudara-mara memang best. Lama dah tak borak. Moment tu memang best. Terima kasih Kak Lin. 

Selepas makan, saya menemani adik saya ke Perpustakaan Raja Uda kerana Nafisah masih di dalam mood peperiksaan. Hari Khamis ini dia mempunyai kertas peperiksaan. Dia tengah study dan saya, hapdate blog. Masing-masing sibuk belajar ni. Apa yang saya buat? Haha. InsyaALLAH, masih belajar, cuma tidak formal sahaja. Belajar sampai ke liang lahad.    

Nak pergi study ni. Mood gembira habis. 



Malam ini ada kuliah Dr. Mohd Asri di KGPA. Jika berkelapangan, saya rajin mengikutinya. Tetapi, sudah petang dan saya masih di perpustakaan. Jadi, mungkin kali ini hanya melihat di Youtube sahaja. Haha. Alhamdulillah, saya rajin mengikuti kuliah-kuliah seperti itu. Dengan bantuan twitter, saya berkesempatan menghadiri majlis-majlis ilmu kerana sangat banyak majlis ilmu di kawasan lembah klang ini. Oleh kerana saya kurang bab-bab membaca (tetapi perlu ubah itu), saya lebih gemar mendengar.

Jumaat lalu, saya berkesempatan menghadiri satu program santai di kedai mamak Hakim di Seksyen 7. Panggilan kepada program ini adalah lepak maqasid. Saya tahu melalui twitter seorang Ustaz yang dikenalkan oleh Alin. Ustaz Wan Ji. Saya juga mengenali beliau sebagai seorang kolumnis laman web Projek Dialog yang saya pernah baca link oleh seorang aktivis Teach For The Need (TFTN). Itu juga saya follow di twitter. Kebaikan media sosial pada saya. Hehe. Saya berborak dengan seorang budak perempuan (Amalina-pelajar medic di UM) yang juga hadir ke kedai mamak itu, saya mendapat tahu program itu dianjurkan oleh Sekolah Pemikiran As-Syayatibi

Program sempoi ini memang baru untuk saya. Kami datang, seorang peguam membentangkan tajuknya dalam 20 minit dan kemudian sesi soal jawab. Boleh order roti canai, nan, teh tarik dan semua makanan yang disediakan oleh kedai tersebut. Tetapi, bayar sendiri-sendiri ya. Dan buat julung-julung kalinya, program ini saya lihat ramai penyertaan di kalangan orang lelaki. Memang saya dan Amalina sahaja perempuan pada mulanya sebelum datang lagi 4 orang perempuan. Yang lain semua lelaki. Kata Amalina, biasanya tidak ramai orang perempuan menyertai program ini. Melalui pengalaman saya menghadiri talk atau program yang berbayar, kebanyakannya dihadiri oleh wanita. Rupa-rupanya mereka lebih gemar ke program lepak-lepak seperti ini. Kira ok juga. Semakin banyak yang saya dengar, semakin banyak yang saya tidak tahu. Jangan pernah curiga pada kemampuan otak sendiri. Saya tak habis explore otak sendiri ni. Haha. 

Saya pernah mendengar, Jika Allah mengkehendaki kebaikan ke atas seseorang, Allah beri kefahaman tentang agama. Juga pernah mendengar yang ilmu itu seharusnya mendekatkan kita kepada Allah. Selamat belajar semua. Semoga kita semua tergolong di dalam golongan orang yang Allah mahukan kebaikan ke atas kita. Amin.    

Love..

2 comments:

  1. Terima kasih datang! And next time nak pergi kuliah agama ajak aku weyy

    ReplyDelete
  2. No worries. Hehe. Biasa ad-hoc je tu. Rasa nak singgah balik dari ofis. Singgah je. Kecuali yang Dr. Maza sbb biasa dia bgtau awal. Nanti kita roger2 yer.

    ReplyDelete