Thursday, November 14, 2013

Kenangan Kota Kinabalu #throwback. Hehe

Gamuda Sports Club (GSC) telah mengeluarkan e-mel mengenai rombongan tahunan pejabat kami untuk bulan Jun tahun hadapan. Cepatkan, dah keluarkan e-mel? Hal ini adalah kerana mereka akan mengutip kos perbelanjaan secara ansuran sebanyak 4 kali. Tidaklah terasa berat, berbanding mahu keluarkan duit RM800 sedebuk pada sekali masa. Destinasinya adalah samada Chiang Mai dan Mulu Sarawak. Kami memilih Mulu Sarawak kerana tarikh untuk ke Chiang Mai, saya InsyaAllah ke tempat lain.

Saya pernah mengikuti rombongan sebelum ini mendaki Gunung Kinabalu. Miera yang mengajak saya pada mulanya dan kemudian Faezah juga. Saya jenis yang boleh sahaja nak ikut, jadi ke Kinabalulah kami. Tidak sangka kami berjaya menawan puncak Kinabalu. Oh, sudah rindu sama Miera. Dia sudah tidak bekerja bersama Gamuda lagi. Jika tidak, sudah pasti destinasi kami tahun depan kami akan bersama-sama sekali lagi. Saya mendoakan kejayaan Miera sekalipun tidak bekerja bersama Gamuda lagi. 

Ada dua trip kapal terbang ke sana.

 Faezah dan saya di kumpulan kedua.

Miera dan Kerul di kumpulan pertama. Mujur ada Kerul. Dapatlah menjadi peneman Miera.

SeGamuda. Conquering Mount Kinabalu.

Di tapak bermulanya pendakian dan tempat tidur kami pada malam pertama. Mesilau Nature Resort.

Puncak di belakang itu yang kami akan tawan. Tunggu..

Sudah bersedia. Mari mulakan dengan Bismillah. :D

Mula-mula pendakian, memang kerja bergambar dengan semua signboard. Hehe.

Setiap km tu bergambar. Muka masih lagi mampu tersenyum. 


Antara jalan menuju ke puncak. Macam-macam gaya kami naik. Merangkak pun jadi juga. Janji sampai ke atas.

Semangat Faezah memang sampai ke puncak.

Ok, muka dah memang tak larat dah. 


Bukan setakat tangga, malah juga berbukit. Perlu sangat berhati-hati. Alhamdulillah tidak hujan. Jalan tidak licin.


Saya sudah sangat tidak larat waktu ini. Faezah dan Miera sangat membantu dengan kata-kata semangat. 

Kena teruskan juga. Takkan nak duduk kat tengah-tengah hutan malam nanti.

Kami merupakan orang ke enam yang sampai ke Laban Rata. Ke-enam terakhir. Hehe. Mujur sampai tau. Masa itu memang sudah gelap dan restoran juga sudah tutup. Mereka tutup pada jam 7 malam. Kami sempat mengambil makanan sebelum mereka berkemas. Banyak juga ambil kerana kami fikir kami lapar. Tetapi tidak habis. Huhu. Mungkin kepenatan. Sangat membazir, susah kot mereka membawa makanan ke atas ini. Bukannya ada kedai runcit kat sini. 

Kami tidur di sini dan memulakan perjalanan kembali pada jam lebih kurang 3 pagi. Saya dapat tidur. Dah hobi tidurkan? Haha. Faezah dan Miera kurang lena kerana terlalu sejuk katanya. Sebelum tidur, kami menyapu seluruh badan kami dengan counter pain atau boleh juga sebarang minyak panas. Nanti saya cuba buat satu entri nasihat-nasihat yang diberi bos kami sebelum mendaki gunung, jika saya berjumpa dengan nota tersebut. 

Muka bangun tidur. Masih comel rupanya. Haha.


Oleh kerana kami bertolak jam 3 pagi, keadaan gelap. Sampai-sampai atas, baru terang. Hehe. Berjaya!!



Kami berehat sebentar di atas ini. Tertidur saya sebentar. Antara mabuk gunung kata mereka iaitu mengantuk. Ada seorang tu sehingga setengah jam di atas ini. 


Nak turun sudah. 


Satu lagi laluan mendaki gunung Kinabalu. Tetapi, kami sudahi di sini.

Antara rekod-rekod yang berjaya dicatatkan.

Jay, ketua rombongan yang membawa kumpulan saya. Katanya, kaki kami akan sakit selama seminggu dan kemudian ok. Memang tepat, selepas seminggu menaiki tangga terjengkit-jengkit, dia sudah sembuh. Tanpa merasa apa-apa, baik sendiri.

Bersama Lai Chee Kang. Nama dia senang nak ingat kerana itu. Urut kaki terdapat di dalam pakej kami. Selesa, tetapi kaki kami masih sakit. Huhu. 

Sarapan pagi kami sebelum terbang semula ke Semenanjung pada jam 4 petang nanti. 

Saya sebilik bersama Ain budak HR di pejabat saya. Dia mengajak saya berjalan membeli barang. Diikutkan kaki, memang tidak larat. Tetapi, ikutkan kan juga. Ia adalah menarik. 

Fizo merupakan kawan Kerul. Miera sudah tidak larat dan tinggal di bilik hotel sahaja.

Masa mencari kiriman nenek Rammelah. Ikan bilis. Kerul selaku penduduk Sabah, menjalankan tugasan menawar menggunakan bahasa tercinta. 

Tara.. Barang-barang kami. Banyak tak? Ain sempat mencari kain lagi. 

Barang di tangan Kerul merupakan ikan bilis nenek saya. Macho tak dia menolong saya mengangkat barang berat itu? Hehe.

Di hadapan hotel kami selepas pulang membeli dan belah. Kaki terjengkit-jengkit ni nak naik tangga. Jalan punya pasal, gembira sahaja.

Sebelum ke airport, kami singgah di sini. Kedai kopi yang mempunyai pelbagai perisa. 

Di dalam kapal terbang bersama kak Mas kalau tidak silap namanya. Hehe.

Bye bye Sabah. InsyaAllah, nanti saya datang lagi bersama ibu ayah saya ya. :D

Tidur. Pantang aje Nadiah ni. Senang betul terlentok. Haha. Nikmat tu.

Bangun dan makan ini. Pizza. 

Lepas makan tidur balik. Haha. 

Nak mendarat di LCCT. Sepang dari pandangan atas kapal terbang,

Mak jemput saya dan Faezah di LCCT.Miera pulang ke Kamunting bersama Kerul

Saya tidak sangka dapat mendaki Gunung Kinabalu sampai ke puncak. Tiada dalam list to do saya. Memang ia semua adalah pengalaman yang menarik. Terima kasih Miera dan Faezah kerana mengajak saya. 

Ketahanan mental memang sangat diperlukan dan geng-geng yang supportive juga perlu. Ketika fasa pertama pendakian, saya sudah tidak larat di saat-saat terakhir sebelum sampai ke Laban Rata. Faezah dan Miera sangat membantu saya dengan kata-kata semangat. Dari Laban Rata ke puncak, Miera dan Faezah merasa sudah mahu menyerah kalah, tetapi kata mereka, saya yang bersemangat menyuruh mereka mendaki terus untuk mendapatkan sijil kami seharusnya sampai ke check point sebelum pukul 7. Mungkin kerana saya cukup tidur, jadi semangat tu sudah kembali semula.

Semoga panjang umur saya dan Faezah tahun hadapan. Kami akan ke Mulu National Park pula. :D 

Love..

No comments:

Post a Comment