Tuesday, September 3, 2013

Kisah Raya Bersama Adik-adik

Tinggal kami berempat anak perempuan ayah yang belum berkahwin pada raya tahun ini. Tahun depan kita tidak pasti. Hehe. Saya bersyukur dengan nikmat adik-beradik yang bermacam-macam perangai dan bermacam ragam nak melayan tabiat dan perasaan masing-masing. Eceh, macam diorang semua senang nak melayan perangai kamu Nadiah? Hehe. *tutup-muka-dengan-tangan*

Jarak kami yang tidak jauh merapatkan hubungan saya dan adik-adik saya ini. Saya melayan mereka seperti kawan-kawan saya. Walaupun saya merupakan kakak yang paling garang dahulu dengan mereka, rasanya semua adik saya ini mempunyai sejarah mereka dengan saya.

Naziha - Kata-kata saya telah menyebabkan Naziha bersekolah di Melaka. Sampai sekarang dia masih mengingatnya. Sebab dia tidak suka pada mulanya. Tak sangka dahulu lagi, mereka sudah mendengar kata-kata saya. Sekarang dah besar tak dengar pula. Ceh.

Nafisah - Saya telah membuang botol susunya di Sungai Klang di belakang rumah semasa kami tinggal setinggan dahulu. Saya tak ingat. Kenapa akak buang botol awak sayang? Nafisah yang menceritakannya kepada saya. Iyalah, dah nakal mana nak ingatkan?
  
Aminah - Saya pernah menggunting rambutnya yang diikat tocang dua kerana tidak mahu membasuh pinggan. Menggunting tidak mengapa lagi, tetapi yang sadisnya adalah menggunting sebelah sahaja. Haha. Dia sendiri yang menggunting lagi sebelah. Sadis tak sadis saya dahulu? 

Sekarang tidak lagi. Saya sudah menjadi kakak kesayangan mereka. *tangan-letak-kat-bahu-mata-pandang-atas*. Haha.


Dari kiri : Aminah, Nafisah, Naziha dan saya. (Kenapa siap nak caption nama bagai? Hihi.)

Boleh jadi kami sangat rapat satu hari, dan boleh jadi kami akan jadi tidak pada masa akan datang kerana masing-masing mempunyai komitmen dan tanggungjawab yang lain, maka masa-masa bersama mereka amat saya hargai. Saya amat rapat dengan Aminah dahulu kerana sebilik dan Aminah tinggal lama di rumah menyebabkan saya akan berjumpa dengannya pada hujung minggu. Tetapi semenjak dia bekerja di Nilai dan sedang dalam proses mengenal hati budi seseorang menyebabkan kami jarang berborak seperti dahulu. Tidak pasti samada saya cemburu atau apa yang menyebabkan kami kurang berborak mengenai lelaki itu. Saya tidak rasa saya cemburu. Haha. Entah. Harap ia adalah bukan. Saya mahukan yang terbaik untuk Aminah sahaja dan bagi saya dia masih boleh mencari yang lebih baik. Dia masih muda. Banyak lagi benda yang boleh diexplore dan perancangan amatlah kritikal untuk mendirikan rumah tangga masa-masa kenaikan harga minyak kali ini. Semoga Aminah berjaya mendapat apa yang dihajati.   

Nafisah sedang menjalani praktikalnya di sebuah sekolah rendah di Kajang. Ketika berjumpa, dia akan menceritakan kerjayanya sebagai guru dengan sangat teruja. Semoga menjadi cikgu yang berjaya dan komited sayang. Banyak pahala yang awak dapat kumpul dengan ilmu yang diberi. Sabda Rasulullah s.a.w, "Terputus semua amal anak Adam ketika meninggal dunia kecuali tiga perkata. Antaranya, ilmu yang bermanfaat." Pahala untuk kamu sentiasa mengalir sayang, walaupun kamu sudah tiada nanti. Akak cemburu.

Naziha masih menuntut di Puncak Alam dalam bidang fisioterapi. Teringat kata-katanya selepas SPM yang tidak mahu mengambil jurusan sains kerana tidak begitu bagus keputusannya untuk subjek sains. Tetapi, Allah menentukan jalan kamu untuk membantu orang yang memerlukan. Menjadi pakar fisioterapi adalah satu mujahadah bagi kamu. Akak nampak. Akak doakan kamu diberi kekuatan dan semoga Allah sentiasa membantu kamu dalam perjalanan pembelajaran dan kehidupan kamu nanti sayang. 

Pertama kali berbaju kurung moden. Biasanya tak dapat saiz untuk semua orang. 


Entah mana kamera ayah, raya kali ini bergambar bersama ipod sahaja.


Melompat. Tak jadi sangat kata Kak Cik. Mari kita tangkap dekat tangga.

Semua pun lompat kat tempat masing-masing. Kak Cik sorang lompat ke bawah. Haha. Oh, begitu yer cara nak nampak melompat? Baru faham. Mula-mula tak faham. Kan dah terpotong muka awak separuh. 

Raya kedua di tangga. :)

Gediks sangat. 

Aminah yang memandu. Siapa akak kat sini? 

On the way to Pahang. Dengan Fikri. Kereta saya ada Along dan Makcik Pipah.


Saya mendoakan kejayaan dan kebahagian dunia dan akhirat buat adik-adik saya yang tercomel ini. Semoga Allah sentiasa melindungi adik-adik saya di dalam semua lapangan mereka. Sarangheyo.  

Love..

No comments:

Post a Comment