Budak lelaki itu lagi yang aku jumpa di dewan makan. Kemungkinan untuk berjumpa dia sangatlah besar kerana kami berkongsi dewan makan yang sama. Jadi peluangnya adalah tiga kali sehari. Tetapi, ada juga budak sekumpulan denganku yang tidak aku jumpa semasa makan. Mungkin mereka beriktikaf di masjid. Budak lelaki ini bukan dari kumpulan kami. Aku yakin dia sudah beberapa hari di Mekah. Kebiasaannya budak lelaki itu dan keluarganya akan makan di sebelah dalam dewan makan. Aku bersama nenekku akan makan di sebelah luar kerana nenek tidak mahu berjalan jauh. Berkali-kali terserempaknya di dewan makan menyebabkan aku agak terperasan. Haha. Adakah dia orangnya? Memikirkan aku sudah banyak berkesempatan berdoa di tempat yang mustajab, maka kepala otakku yang gatal ini memainkan lagu kompang. Haha. Gedik kamu ya. Tetapi, aku bukan jenis yang pandai memulakan langkah. Sudah berulang-kali kawan-kawan pejabatku menyuruh aku mengorat beberapa orang budak baru di pejabat kami, tetapi aku gagal. Pemalu aku pada lelaki yang mempunyai kemungkinan untuk mengorat aku itu sangat tinggi. Berbanding lelaki yang sudah berkahwin, laju sahaja aku boleh menegur mereka. Aku mahu memulakan langkah kali ini, teringat kata budak pejabat yang menyuruhku memulakan dahulu perbualan dan aku tidak kerugian apa-apa pun. Tetapi aku masih gagal. Jika terselisih di dewan makan, aku akan menundukkan pandangan atau memandang ke arah yang lain.
Kekerapan terserempak dengan budak itu bertambah dari sehari ke sehari. Dari dewan makan ke ruang lobi, tangga dan yang paling mengejutkan adalah di tempat Miqat iaitu masjid di Tan’im. Perasaan ini berlawan-lawan di dalam hati aku. Aku memanjatkan doa kepada ALLAH. Doa dipercepatkan dan dipermudahkan jodoh. Jika dia adalah orangnya, tunjukkan jalannya kerana aku seorang yang tidak akan memulakan langkah pertama. Berkali-kali dalam solat aku memasukkan doa ini sehingga jatuh pengharapan aku hanya kepada ALLAH. Tiada orang lain yang boleh membantu aku menyelesaikan perasaan ini. Doaku panjatkan hanya kepada ALLAH. Hanya kepadaNya. Dan, ya, aku mencapai khusyuk di dalam solat melalui perasaanku terhadap dia. Aku meraikan perasaan itu. Aku mula menyukai perasaan ini. Sesungguhnya rasa itu milik ALLAH dan ALLAH akan memberikan kepada sesiapa yang ALLAH mahukan. Aku berdoa kepada ALLAH menunjukkan jalan dan jika dia bukan jodohku, maka jauhkan perasaan ini.
Kebanyakkan masa budak lelaki ini akan makan bersama-sama keluarganya. Pernah sekali ketika aku sedang makan bersama dengan nenek, keluarganya baru masuk ke dewan makan, dan emaknya memilih duduk di hadapan nenek kerana ruang di tempat lain penuh. Nenek seorang yang pemalu seperti cucunya, maka nenek hanya makan sahaja. Jika nenek berborak bersama makcik itu, pasti aku sudah dapat mengetahui sedikit mengenai keluarga mereka. Budak itu pula datang dan duduk di sebelah emakknya. Tetapi tidak lama situasi itu, kami sudah habis makan dan terus pulang ke bilik. Selepas itu, aku masih berdoa ALLAH menunjukkan jalan. Aku berharap dia adalah orangnya. Cara dia bercakap bersama emaknya menyenangkan aku. Tetapi, argh. Aku tidak mampu berbuat apa-apa. Doaku hanya pada yang Esa. Kadang-kadang aku menangis di dalam solat berdoa bantuan dari ALLAH. Semakin aku berdoa semakin kerap aku berjumpa dengannya. Pernah sehari aku berpuasa, jadi mengikut perkiraanku, aku tidak akan berjumpa dengannya pada hari itu kerana aku tidak ke dewan makan. Sangkaanku meleset. Aku terserempak dengannya ketika memasang miqat di masjid di Tan’im. Walaupun dia bukan dari kumpulan kami. ALLAH. Ujian kecil untuk aku.
Setiap kali aku pulang dari masjid aku akan terus memanjat tangga berbanding memenuhkan lif kerana bilik kami hanya di tingkat dua sahaja. Nenek-nenekku akan menaiki lif kerana tidak larat memanjat tangga. Di tangga juga kami pernah berselisih, tetapi seperti biasa, aku akan menundukkan pandangan. Dengan harapan dia akan memulakan dahulu. Tidak juga. Perasaanku semakin bercampur-baur. Waktu kami makin singkat di sini. Aku berdoa kepada ALLAH dipermudahkan jalan. Jika dia bukan orangnya, maka tunjukkan juga kepada hambaNya yang lemah ini. Doaku ini dimakbulkan ALLAH akhirnya. Ketika makan tengahari aku melihatnya sedang mendukung seorang bayi. Bersama-sama keluarganya dan di sampingnya ada seorang perempuan yang aku tidak pernah lihat sebelum ini. Mungkin tinggal di bilik menjaga anak mereka. Otakku mengatakan, mungkin inilah jawapan kepada soalanku. Tetapi hati ini masih menafikan. Mungkin itu adalah anak buahnya dan perempuan yang di sebelahnya merupakan adiknya yang telah berkahwin. Hati melawan juga. Hati masih menafikan tetapi, aku masih tidak berani membuat apa-apa.
Kemuncak segala jawapan ALLAH pada hari kedua terakhir aku di sana. Ketika aku sedang beratur mengambil makanan. Budak lelaki itu sedang makan bersama keluarganya. Budak perempuan yang aku anggap adiknya itu tidak makan sekali kerana sedang memegang bayi yang ku sangka anaknya. Tiba-tiba bayi itu menangis. Tindakan pantas budak lelaki itu menoktahkan segala andaian hati aku. Dia terus sahaja bangun walaupun belum sudah makan lalu membasuh tangan dan terus mengambil bayi itu. Maka, aku membuat konklusi itu merupakan anaknya. Semuanya aku lihat dan itulah penutup dan merupakan jawapan yang aku cari. ALLAH memberi jawapan itu tepat pada masanya. ALLAH sayangkan aku. Aku redha. Berbaki solat di Masjidilharam, aku merasakan syukur atas nikmat rasa yang ALLAH beri melalui dia. Aku mendapat khusyuk solat melalui perasaan terhadap dia Aku berharap dan berdoa hanya kepada ALLAH. Walaupun khusyuk itu tidak secara langsung terus dari ALLAH, tetapi melalui rasa itu aku dapat khusyuk dalam solat dan pengharapan hanya kepada Penciptaku. ALLAH, aku meraikan semua cara untuk merapatkan diriku kepada ALLAH. Alhamdulillah. ALLAHUAKBAR. Aku pulang ke Malaysia dengan lebih tenang. :D
Kemuncak segala jawapan ALLAH pada hari kedua terakhir aku di sana. Ketika aku sedang beratur mengambil makanan. Budak lelaki itu sedang makan bersama keluarganya. Budak perempuan yang aku anggap adiknya itu tidak makan sekali kerana sedang memegang bayi yang ku sangka anaknya. Tiba-tiba bayi itu menangis. Tindakan pantas budak lelaki itu menoktahkan segala andaian hati aku. Dia terus sahaja bangun walaupun belum sudah makan lalu membasuh tangan dan terus mengambil bayi itu. Maka, aku membuat konklusi itu merupakan anaknya. Semuanya aku lihat dan itulah penutup dan merupakan jawapan yang aku cari. ALLAH memberi jawapan itu tepat pada masanya. ALLAH sayangkan aku. Aku redha. Berbaki solat di Masjidilharam, aku merasakan syukur atas nikmat rasa yang ALLAH beri melalui dia. Aku mendapat khusyuk solat melalui perasaan terhadap dia Aku berharap dan berdoa hanya kepada ALLAH. Walaupun khusyuk itu tidak secara langsung terus dari ALLAH, tetapi melalui rasa itu aku dapat khusyuk dalam solat dan pengharapan hanya kepada Penciptaku. ALLAH, aku meraikan semua cara untuk merapatkan diriku kepada ALLAH. Alhamdulillah. ALLAHUAKBAR. Aku pulang ke Malaysia dengan lebih tenang. :D
…………………………………………………………………………………………………..
Sehingga saat ini, aku masih mencari khusyuk di dalam solatku atas apa pun alasan. Imanku bertambah dan berkurang mengikut situasi hidup. Benarlah kata ayah, solat kita boleh dinilai markahnya. Ada kala, jika ditimpa kesusahan, solatku boleh menjadi 8/10. Jika tiada apa-apa yang terjadi padaku, solatku hanya 3/10. Imanku juga menaik dan menurun. Aku berdoa semoga aku dan kita terus diberi kekuatan bermujahadah dalan hidup dan mendapat redha ALLAH. InsyaALLAH.
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
(Surah Al-Baqarah ayat 45)
Love..
Quoting Pak Long: "whatever it is, do it with your eyes wide open".
ReplyDeleteKau orang yang baik, InsyaAllah akan dikurniakan orang yang baik juga. I think you are too innocent too. We have to be a bit realistic :) *hugs* We'll get there some day.