Seminggu selepas kenduri di kampung, kenduri lagi di rumah Pak Lang saya (sebelah ayah). Ops, sepertinya kenduri di rumah saya. Hehe. Oleh kerana rumah Mak Lang saya merupakan rumah teres dan kawasan sempit untuk memasak-masak, maka rumah kami menjadi lokasi untuk menyediakan kenduri doa selamat sebelum Ani bernikah. Majlis nikahnya akan berlangsung pada hari Ahad. Sebelum itu, kenduri untuk ahli surau pada malam Sabtu. Cadangan awal untuk memasak di rumah Mak Lang, tetapi setelah memikirkan semua alatan memasak akan dipinjam dari rumah kami, maka Achik saya mencadangkan rumah saya untuk lokasi memasak lalu lauk yang sudah dimasak dibawa sahaja ke sana. Kenduri pada hari ahad dimasak oleh caterer. Jika tidak, boleh bayangkan seperti rumah ayah saya yang kendurinya. Menarik rupanya katering ini, tidak berapa penat dan menyusahkan orang kerana nenek dan makcik saya serta kami boleh berehat-rehat. Tidak terlalu penat. Tetapi, sila sediakan duit yang secukupnya ya. Menabunglah Nadiah. :D
Malam Jumaat sebelumnya, rumah kami menjadi tempat membungkus door gift untuk tetamu. Acik dan nenek telah datang dan tidur di rumah kami pada hari Jumaat. Sementara Pok Teh dan Pak Busu telah datang pada hari Sabtu pagi. Kecuali Mak Ngah Pahang dan Timah yang tidak dapat menghadirkan diri kerana Mek (mak Mak Ngah) dimasukkan ke hospital akibat mild stroke, semua kami dapat berkumpul semasa majlis ini diadakan. Naziha juga baru pulang dari praktikal pada hari Sabtu dari Ipoh. Alhamdulillah rumah ayah saya besar dan dapat menempatkan kami sekeluarga. Malam-malam kami dipecahkan kepada dua bahagian. Orang lelaki tidur melepak sahaja di ruang tamu, manakala kami yang perempuan-perempuan tidur di atas. Ada juga Ani menyewa homestay, tetapi leceh kerana perlu berpecah-pecah. Tidur sekali sahaja di rumah kami. Teringat kata-kata ayah semasa kami mula-mula dipaksa berpindah dari setinggan ke rumah flat yang sekarang ini diduduki oleh kakak kedua saya. Ayah tidak mahu pindah ke sana kerana katanya sempit dan sukar untuk saudara-mara kami datang (terpaksa bagi IC bagai kat pakcik peng awal). Ayah betul. Hehe. Terutamanya Cik Lia. Cik Lia sekeluarga yang paling mengerti bagaimananya keadaan sebenar rumah kami. Haha. Cik Lia, jangan bocorkan rahsia tau. Hehe.
Anak Pak Lang saya yang kedua akan mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya Taqiyuddin. Ani Mastura sekarang bekerja sebagai guru ganti di sekolah berdekatan dengan rumah kami. Selepas ini akan mengikut suaminya ke Kedah dan tinggal di sana. Telah bertunang selama setahun setengah mungkin. Rindulah nanti Mak Lang saya. Selama ini memang tinggal bersama Mak Lang sahaja selepas menamatkan pembelajarannya di dalam Sarjana Muda Perpustakaan (lebih kurang begitulah jurusannya. Melibatkan perpustakaan).
Mak Lang dan Naurah. Bekas anak jagaan Mak Lang.
Bakal pengantin memasak. Nampak tak dah boleh jadi pengatin tu?
Abang ipar saya kematian ayahnya pada malam sabtu selepas kenduri di rumah Mak Lang. Al-Fatihah untuk Pakcik Din. Moga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Dolah menggoreng telur sehingga habis tu. Syabas. Anak Mak Ngah yang datang dari Bangi. Nak pergi umrah. Company's trip. Best giler kot.
Abang pengantin yang bersusah payah sampai sakit-sakit pinggang angkat door gift -buah epal. Orang penting ni.
Pinjam PA sistem dari PASTI. Kalau ada sumber, memang memudahkan. TQ Pak Chim dan PASTI.
PAS to all. hihi.
Aktiviti mengeluarkan peluh.
Orang kuat juga ini. Abang ipar saya yang rajin membantu memasak dan siang ikan.
*tepuk-tepuk*
Anak perempuan Pak Busu. Farha.
Cik Lia juga sangat membantu. Memasak untuk nenek dan makcik saya sebelum mereka pulang ke kampung pada hari Isnin. Dah macam tuan rumah pun ada juga Cik Lia ni. ;p
Sebelum kenduri pada malam Sabtu. Masing-masing yang kecik dah siap. Yang besar duduk mencari tualalah, bilik air penuhlah. Haha.
Di rumah Pak Lang.
Sampai di luar kami makan.
Di dalam masih kekal kebersihannya.
Kenduri di khemah untuk orang surau. Kenduri sebelum kenduri. :)
Sebelum ramai orang. Bersama ibu-bapa pengantin.
Diapit bidadari berbaju putih. :)
Mak Ngah, Amir dan Pak Long datang juga.
Tok Aliiii. Nenek dan Mak Chah datang untuk menghantar Mus'ab. Nenek terus ke Kelantan melawat cucu terbaru. Nurul Ilham. Tahniah Achik Iza & Achik Didi.
Walaupun kendurinya di bahagian belah ayah, tetapi kerana kami semua bersaudara, maka hampir kesemua adik-beradik mak saya juga hadir ke kenduri ini. Dan sepertinya ALLAH sudah mengaturkan kehadiran mereka hampir sama waktu. Kami dapat berkumpul. Antara kasih-sayang ALLAH yang saya tidak dustakan. Alhamdulillah untuk keluarga ini.
Paginya bernikah, tengaharinya terus majlis. Simple. Tak payah nak banyak-banyak baju.
Tahniah Ani dan Taqi. Selamat becinta sampai ke syurga:D
Malam Ahadnya, kami bercuti dari memasak. Pak Lang belanja makan, Yeay. Sebab pagi tu dapat duit salam kaut. Hehe. Kami sekeluarga dan keluarga belah Mak Lang dari Perak dijemput ke Restoran Warna berdekatan dengan rumah kami. Oleh kerana keluarga kami seperti kelaparan dan kepenatan, kami tiba tepat jam 9. Selepas sudah makan barulah keluarga belah Mak Lang tiba. Hehe. Kami sudah mahu pulang waktu itu. Masing-masing sudah kekenyangan. Terima kasih Pak Lang.
Nak dijadikan cerita yang menarik, setelah kami pulang ke rumah. Sedang bersembang-sembang post-mortem selepas perkahwinan, Ani menelefon Abu yang ketika itu sudah selesai makan dan lepak bersama kami. Ani mahu datang dan membuka hadiah di rumah kami. Nampak tak rumah siapa yang kenduri? Haha. Abu melarang dan berkata kami semua mahu tidur. Serius kelakar. Nenek kata, 'Ni siapa yang kenduri ni? Rumah Pak Long ke rumah awak?' Keesokanya ketika bangun pagi, hadiah sudah ada di ruang tamu. (Nampak sangat bangun lambat yer Cik Nadiah). Haha. Berkongsi kegembiraan bersama kami dalam membuka hadiah kerana semua saudara mara di rumah ayah saya. Untung Ani mendapat barang-barang untuk memasak. Secara keseluruhannya, dapur memang sudah boleh berasaplah. Tinggal tong gas je. Dari dapur ke set periuk dan set cawan pinggan semua dapatlah. Sudah tidak trend lagi memberi cawan rupanya.
Acik dan Pakcik yang sangat membantu. :D
Minahhhhh. Boleh tak takyah tunjuk comel-comel tu? Comel ke? Haha. ;p
Pok Teh dan Mok Teh turut sama memeriahkan majlis. Mood : Gembira
Mak dan ayah saya yang terchenta.
Ayah sedang mengingat nama anak-anak Pok Teh. Haha. Haruslah lupa balik selepas ini.
Nenek, Achik dan Pak Cik sekeluarga, Pak Busu dan Mak Usu sekeluarga, Pok Teh & Mok Teh sekeluarga, Mamat dan Ummu yang datang dari Temerloh juga selepas Mek keluar dari hospital walaupun kenduri telah habis telah pulang ke rumah masing-masing pada Isnin pagi. Selepas hampir tiga hari rumah kami riuh-rendah kemudian menjadi seperti biasa. Saya dan Naziha sempat mengemas sedikit rumah sebelum malamnya kami menonton KIL sebagai reward (rewardlah sangat) hasil kerja keras kami sepanjang hujung minggu. Kami menonton bersama Mamat dan Daus. Wah, kegembiraan bersambung. Saya suka menonton KIL. Bersyukur dengan nikmat keluarga yang ALLAH berikan kepada saya. Keluarga yang akhirnya tempat pulang. Alhamdulillah. Terima kasih Allah.
Love..
Alamak, takde gambar Pak Busu + Mak Usu. Takde bukti kitorang datang. Hehehe...
ReplyDeleteMak Usu dah bersusah payah menyiapkan minum petang, kalau tak ingat tak tau ar. Hehe.
ReplyDelete