Tuesday, August 31, 2010

PENGALAMAN BERPUASA

Saya teringat kenangan Ramadhan ketika berpuasa di rumah lama kami di tepi sungai (sekarang masih juga di tepi sungai), saya mula berpuasa ketika di tadika. Saya ingat yang ketika rakan-rakan lain makan, saya akan bermain di bahagian permainan kerana berpuasa. Selain itu, saya juga pernah bersama-sama jiran saya mencuri-curi makanan ketika berpuasa. Oleh kerana, kawan saya merupakan anak tokey buah, dia telah mengambil beberapa biji buah epal dan kami makan bersama-sama di perumahan TNB yang lama. Punyalah jauh perjalanan kami, takut ditangkap. Malamnya, kami akan berterawih di dewan. Ayah saya menjadi imamnya. Saya dan kawan baik, Ila akan datang awal untuk membentang tikar. Ayah saya akan membuat lapan rakaat terawih dan tiga rakaat witir. Pada setiap rakaat, ayah saya akan sujud lama untuk berdoa. Selepas solat, saya dan kawan saya akan menyediakan makanan yang diberikan oleh orang kampung sebagai more. Selepas itu, kami akan membasuh pinggan dan mengemas dewan. Semenjak saya bekerja dan belajar, sudah lama saya tidak berimamkan ayah untuk terawih. Sabtu lepas, kami telah membuat buka puasa di rumah. Ayah saya mengimamkan kami. Rindu saya pada suara ayah saya.

Oleh kerana bercuti lama sempena Nuzul Quran dan Merdeka, hampir tiga hari saya di Klang. Saya sempat solat subuh di surau berdekatan rumah saya (antara nenek saya ajar ketika saya di kampung semasa berpuasa adalah subuh di masjid, kerana kata nenek waktu Ramadhan ini sahaja kita akan bangun awal pagi). Ada tazkirah selepas subuh. Saya sudah lama tidak menghadiri kuliah agama. Semakin cetek ilmu agama saya. Antara yang saya belajar adalah "Kita akan masuk syurga dengan rahmat dan kasih sayang ALLAH". Sudah dua kali saya mendengar frasa ini. Pertama, ketika siri wacana KAMY bersama kawan Pak Busu, Lutfi dan kali ini dengan Ustaz di surau. Adik saya Firdaus juga mengiyakan dengan memberi contoh seorang wanita kafir yang memberi minum anjing yang dahaga dan dia dimasukkan ke dalam syurga atas kasih sayang ALLAH. Juga seorang alim yang telah mengurung seekor kucing tanpa memberi makan dan minum hingga mati telah dimasukkan ke dalam neraka kerana menganiaya binatang. Pesan adik saya, apa sahaja yang kita lakukan, hendaklah untuk mendapat rahmat dan kasih sayang ALLAH. Adik saya itu, sungguh banyak ilmu dia. Semakin saya belajar, terasa semakin kurang ilmu saya. Benarlah ilmu ALLAH ini sangat banyak. Masih banyak yang perlu saya pelajari.


Love..

3 comments:

  1. Ini bukan pengalaman berpuasa, tetapi pengalaman tak berpuasa di bulan Ramadhan..he.he.
    Tahun nie berapa hari dah tak berpuasa?

    ReplyDelete
  2. Hahaha kalau jawab tu akan jadi 'TMI', too much information. :D

    ReplyDelete
  3. Pak Long, antara pengalaman berpuasa adalah dengan tidak/memonteng puasa. Hehe.

    Alin, aku biarkan soalan Pak Long tanpa jawapan. Betul tak? :)

    ReplyDelete