Sabtu yang lepas, saya telah menghadiri program KAMY. Programnya adalah di sini. Cik Leha dan Nazifah masing-masing telah mempunyai menu. Saya bercadang untuk membuat trifle. Saya pernah membawa trifle ke program KAMY yang lepas, tetapi bukan saya yang membuatnya. Oleh kerana pulang lewat dari pejabat, Ebah telah membuatnya bagi pihak saya. Jadi, kali ini saya akan membuatnya sendiri. Menarik. Pertama kali merasa trifle adalah ketika di rumah Mak Long. Tidak sempat belajar bersama Mak Long, tetapi budak pejabat saya telah mengajar Ebah, dan Ebah mengajar saya. Terima kasih cikgu. Tiada gambar trifle yang saya buat. Jadi, saya telah menggoogle. Ini merupakan gambar yang sangat hampir dengan resepi yang saya belajar dari Ili.
Bahan-bahannya adalah :-
1- Kek-boleh pilih antara kek span, kek mentega, kek marble atau swiss roll.
2- Agar-agar segera
3- Buah-buahan dalam tin
4-Sedikit Tepung kastard
Cara-caranya :-
1- Potong kek ikut ketebalan yang diinginkan. Jangan terlalu tebal atau nipis. Sesedap rasa orang kata. Letak di dalam bekas. Tekan-tekan untuk memampatkannya dan untuk menghalang agar-agar jatuh ke permukaan bekas.
2-Kacau dua sudu tepung kastard bersama air buah-buahan di dalam tin. Kemudian spreadkan di atas kek tadi.
3-Letak buah-buahan campuran. Kali kedua membuatnya, saya meletakkan Nata De Coco Laici juga. Ikut kreativiti anda ya.
4-Masak agar-agar tadi mengikut arahan pada kotak. Tunggu sejuk, dan letak di atas buah-buahan campuran itu untuk mengelakkan agar-agar tadi meresap ke kek jika masih panas.
5- Siap!! Sesuai makan ketika sejuk. Masukkan dalam peti sejuk dahulu.
Menarik bukan? Senang sahaja. Saya suka makanan yang saya suka dan tidak susah untuk dibuat. Malam itu, saya bertemu Mak Long ketika kenduri meraikan hari jadi nenek. Cara Mak Long lain pula. Kastard dijadikan satu lapisan lain. Saya akan belajar dengan Mak Long juga lepas ini. Semasa mencari gambar trifle tadi, banyak cara rupanya untuk membuatnya. Hehe. Sedap2. Saya akan cuba cara yang lain pula nanti.
Hari Ahadnya pula, saya memasak Masak Lemak Pucuk Ubi. Tetapi, saya tukang kacau saja. Kakak saya telah menumbuk bahan-bahan rencahnya. Oleh kerana saya tidak menumbuknya, saya terlupa bahan-bahannya. Mungkin bawang merah dan putih, dan ikan bilis kalau tidak silap saya. Masukkan semua ke dalam periuk dan masukkan santan. Kacau sehingga mendidih. Letakkan garam secukup rasa dan sebiji cili merah yang dihiris. Setelah mendidih, masukkan pucuk ubi yang telah siap direbus dan ditoskan. Siap. Mudah dan sedap juga. Haha. Asyik memuji masakan sendiri sahaja. Hehe. Hujung minggu yang penuh dengan aktiviti ke dapur. Menarik. Boleh diteruskan.
Love..
Bagus nadiah, belajar memasak, skil yang semua orang harus ada terutama wanita, sekarang lebih mudah nak belajar sebab boleh google, tak macam dulu-dulu, kena paksa dan kadang-kadang kena marah.
ReplyDeleteMak Ngah. Terima kasih menjengah. Memang tak rugi belajar masak ni. Rugi dulu masa duduk kat kampung tak belajar dengan nenek. Achik Oya dah cakap dah masa orang duduk kampung dulu, nanti menyesal bila dah besar nanti tak belajar. Huhu. Sekarang dah rasa dah kerugiannya.
ReplyDeleteAlhamdulilah..akhirnya kak ieya sedar akan kepentingan belajar memasak..=)
ReplyDeleteawak!..wah2..saya bangga melihat anak muda mencuba...cewwah..pasnie saya mahu cuba trifle buatan anda..kerana trifle buatan saya tempoh hari amat menghampakan (padehal cikgu..mcm mana nih?? huhu).....
ReplyDeleteFisha : Sedar lama dah, cuma M tu besar sangat.
ReplyDeleteIli : Takleh bawa ofis, nnt diorang lupa awak pya trifle. haha. Oklah awak pya hari tu. Habis apa? Lain kali blh bawa lagi. kali ni yang tidak menghampakan awak.(alasan utk awak bawa lagi)