Layla ada tournament petanque kat Newcastle. Dia ajak kitorang pergi since kitorang memang suka pergi Newcastle. Ingat nak balik hari je. Tapi, dah umur2 gini, kita keluarkan duit untuk tidur semalam jelah kat sana. So, seperti biasalah single girls trip. Grace mula-mula taknak join. Dia baru dua minggu balik dari Jepun. Total damage pergi Jepun AUD $5k. Nak kena recover. So, kitorang sebagai kakak yang baik, belanja homestay. Dia just bagi vibe je kata Mira.
Akukan baru amik UGG01, ada satu department ni aku nak kena study sebab tak sempat buat minggu lepas. Condition Survey. Aku siap cakap dengan Nick Frost hari Jumaat tu, aku study dulu forecast tu dan cuba buat on weekend. Dalam kepala, nak bawa ke laptop pergi Newcastle? Tapi, dah bayang dah jadual kat sana takdelah masa senggang sangat. Dan sejak-sejak baca buku ni, ko kena being present dan jangan multi-tasking sangat. So, aku decide nak enjoy je time aku kat sana, nanti balik hari Ahad, aku tengok.
Hari Sabtu tu, kitorang sampai terus pergi beach. 2 km je dari airbnb kitorang. Lepas main-main ombak, kitorang sambung mandi jacuzi dekat rumah pula. Malam tu keluar pergi Coles beli barang Layla nak masak. Settle makan jam 11 malam. Layla terus tidur sebab esok dia ada games. Mira dengan Grace sambung tengok movie dan aku teman sampai tertidur kat couch. Dalam pukul 1 pagi diorang settle tengok movie, aku sambung tidur dalam bilik. Ada sesekali aku teringat pasal kerja, lepas tu aku persetankan dia. Haha.
Esok paginya, aku hantar Layla pergi games. Mira dengan Grace tidur lagi. Kitorang pergi breakfast dulu. Time nak balik tu, Layla kata, macam mak hantar anak pergi games. Haha. Teringat hantar anak Ami pergi pergi training bola sepak. Lepas aku balik, mandi, kemas2 dan check-out. Kitorang pergi brunch dan jalan-jalan kat pantai. Layla kata, dia dapat loser team. So, mungkin akan balik awal. Aku dalam hati, ‘Patut ke aku doa dia kalah supaya kitorang boleh balik awal dan aku boleh buat kerja aku?’ Lepas tu aku istighfar. Aku doa je yang terbaik untuk Layla dan aku.
Aku pernah dengar Ustaz Azlan kata, kalau kau ada plan, dan plan kau tak jadi. Yang jadi tu plan Allah. Dan Dia sebaik-baik yang buat plan. So, aku lantakkan dan teruskan hari tu. Kitorang pergi dekat Layla sebab nanti kalau dia dah habis boleh terus balik. Time kitorang datang tu, dia eksaited tunjuk kitorang kat kawan-kawan dia. Aku repeat kata Layla, ‘Mak nak tengok anak main ni.’ Teringat aku reels yang tunjuk attendance matters. Bila budak2 buat performances dekat pentas, muka dia biasa je, tapi lepas nampak mak ayah dia, dia senyum gembira.
Kitorang support kejap je sebab sejuk. Masing-masing pakai baju nipis je. So, kitorang pergi cari makananlah. Lepas makan dan isi minyak, Layla text kata dia menang. Aku dengan Grace, ‘Which loser team that won a champion? Different terms loser with the normal that we knew. Haha.
Kitorang amik Layla dan balik Parra. Grace bawa sebab kitorang nak dia improve skills memandu dan aku nak tidur. Konon-konon nak save tenaga balik nak buat kerja. Aku tidur sepanjang-panjang perjalanan. Sampai rumah jam 10 malam, tapi tak larat nak buka kerja. Aku buat esok pagi-pagilah.
Isnin tu, pukul 6 pagi aku dah buka laptop. Berjaya upload beberapa UGG01 dan cuba tengok kerja Nick Frost tu. Tapi, complicatednya aku tak boleh nak masukkan. Aku bagitau je Nick tu, kalau boleh submit without movement nanti kita buat balik next submission. Dan Alhamdulillah dia terima. Dalam tengahari tu, aku tinggal Enviro je nak hantar. Aku siap boleh buat satu payment schedule. Alhamdulillah untuk hujung minggu yang tenang dan hari Isnin yang berkat.
 |
| Sojuk angin dia |
 |
| Jalan kat tepi pantai |
 |
| Brunch Ahad |
 |
| Breakfast Ahad |
 |
| Pergi beach Sabtu |
 |
| Breakfast Ahad tu |
Love..