Sunday, November 30, 2025

Handover UGG01

Kan baru2 ni aku akan mengambil alih scope kerja yang sama, cuma berlainan site. Eh, bukan site, lebih kepada overall projek punya seperti HR, Finance, Safety, Enviro, IT, DC, etc. Kita panggil dia indirect cost. Cost yang kena captured dan belong to overall projectAda tiga belas forecast book yang nak kena tengok. Apa je ar 13 workbooks tu? Sebelum ni tunnel aku tengok je dalam 30 workbooks, Rosehill 7 workbooks dan THS01 satu je. Masalah dia bermula apabila aku dah tengok workbook tu dan apa yang Arlene brief dekat aku hari Jumaat dua minggu lepas, dia yang akan update semua cost to date dalam workbook tu. 

Tu aku dah nampak problem dah sebab kalau tunnel, aku update je cost to date, pastu engineers aku yang wind down forecast to complete. Walaypun ada 13 workbooks, tapi aku yang kena buat actual cost, memang tidoklah larat. Haha. Lagilah aku masih ada payment schedule yang kena buat. Aku bagitau dekat Chin, nak push balik benda tu dekat operation. Dia okay. Dia kata nanti buat meeting untuk bagitau cost code owner. 

Aku dah lega sikit. Bolehlah fokus untuk buat kerja aku. Bila aku nak tukar format workbooks ikut format tunnel Isnin lepas, aku nampak ada benda tak sure kenapa. Aku pun tanya Arlene. Dia dah start kerja dekat department baru, logistic. Bila aku tanya dia soalan, dia kata nanti discuss hari khamis. Sebab memang minggu ni dia tiga hari dekat logistic dan dua hari untuk handover UGG01 dengan Clyde Dive. Aku macam tergamam sikit dia reply camtu. Dulu masa sebelum handover ni, dia baik je layan aku. Takdelah gaduh isu apa-apa. Huhu. Pastu ada sekali site admin tanya satu cost code untuk commercial packages, aku minta Arlene tolong advise since aku pun tak sure nak guna cost apa. Dia boleh reply, yang dia dah explain Jumaat lepas. Wei, kau ingat aku genius? Kau explain sekeli je aku dah faham? Aku pun baca email tu. Menitik kejap airmata. Sama macam bila Firas reject dan taknak buat kerja aku. Hati tisu. Haha.

Aku sedapkan hatilah kata, dia pergi sana kena cut pay, so dia stress kot. Berbalik-balik perasaan aku nak jadi baik justify keadaan dia dengan nak validate perasaan geram aku. Sampai hati kau buat aku macam ni. Tapi sekarang, nak fokus kerja je. Aku selesaikan juga kerja yang site admin bagi tu dengan tengok previous PO, ada tak yang sama dengan PO  baru ni. Alhamdulillah ada. Aku follow je cost code yang tu. 

Kat sini, kau memang boleh cakap je apa yang kau rasa, jadi mungkinlah Arlene pun macam tu. Aku malas nak fikir banyak-banyak dah. Nampak macam tak memang beri kerjasama. Walaupun masa dia terangkan kat aku, aku tanya dia benda pun, dia struggle nak jawab. Aku push juga sampai dia kata, nanti dia email. Aku nak kena follow up benda2 yang dia nak email tu Isnin nanti. Kau buat susah aku, memang aku pun xdelah nak senangkan kau. Takde sampai nak susahkan, tapi benda-benda yang kau kena selesaikan, sila selesaikan.

Aku doa jelah nanti bila nak buat betul-betul forecast, akan ada orang boleh tolong aku. Aku percaya je Allah takkan tinggalkan aku. Allah lagi besar dari masalah ni.

Semalam aku discuss dengan Nicole nak push balik kerja update cost to date ke cost code owner. Dia kata discuss dengan Chin dulu dan email je. Aku mula-mula ingat nak Chin yang lead meeting dengan cost code owner UGG01 tu sebab semua Director2. Tapi, Nicole kata, ‘Youlah yang kena discuss. Sebab you Cost Controller sekarang.’ Aku mula-mula cuak juga. Beberapa kali tanya Nicole, okay ke kalau aku tolak balik ke cost code owner? Nampak macam aku tak buat kerja aku as Cost Controller ke? Dia kata, okay je. Sebab aku memang buat camtu dekat tunnel. Aku pun, lantaklah. Aku draft email dan paste kat co-pilot minta dia ubah sebab nak email kat Director2. Dan sebelum balik hari Jumaat, aku send. 

Hari Isnin ake kena arrange dengan mana2 team untuk aku explain macam mana diorang nak baca Actual Cost. Dalam 13 teams tu, kena bagi dua hari. Sambung Khamis kot. Sebab Selasa dengan Rabu aku kena buat Tunnel. Jumaat biasanya pun nak finalise UGT01/02, Rosehill dan THS01. Aku nak kena draft dan praktis apa aku nak explain sebelum tu supaya tak bersepah-sepah ayat aku nanti. Goodluck Nadiah. You can manage did! I trust you. 






Love..

Tuesday, November 25, 2025

Faezah Mengingatkan

Baru-baru ini Faezah bertanya kepada saya, samada saya telah melihat igs seorang sahabat kami. Saya tidak sempat melihatnya lagi dan sekarang sudah jarang mengambil tahu kehidupan orang. Cukuplah mengambil tahu kehidupan k-pop idol yang baru saya minati, Seventeen. Idol yang dah lebih sepuluh tahun debut, saya baru minat. Tak ke puas nak mengkhatam cerita 10 tahun lepas? Haha. Malas layan kau ni. 

Saya membalas belum sempat, dan semenjak perceraiannya, saya kurang berminat mengetahui kehidupannya. Terutamanya ketika dalam iddah, saya melihat postnya melancong ke Bali. Hmm.. Untuk mengelakkan pelbagai buruk sangka lagi yang wujud, haruslah saya mengelakkan melihat igsnya. Kitonyo pun banyak dosa, takyah nak tambah. 

Faezah dengan gigih mengambil video igs dan share dengan saya. Video sahabat kami menari satu tarian k-pop penuh dengan stepsnya. Cuma concern kami adalah pakaian yang dipakai. Agak menjolok mata. Ya, pakaian bersenam untuk wanita. Walaupun dia telah memilih hanya orang-orang tertentu sahaja dapat melihatnya igs, tetapi di dunia media sosial ini sangatlah berbahaya. Lihat sahaja Faezah berkongsi video dengan saya melalui whatsapp. Moga tidak terjadi apa-apalah kepada sahabat kami ini.  

Saya teringat dahulu ketika kami pergi ke rumahnya time raya dan bergambar. Saya mengupload gambar kami beramai-ramai ke ig dan dia menghantar pesanan peribadi ke saya minta diturunkan gambar itu kerana terlihat sedikit aurat tangannya. Benarlah manusia ini boleh berubah. Semoga yang baik-baik sahaja untuk sahabat saya ini. Dia bijak, saya pasti dia sedang berusaha menjadi lebih baik dan pasti akan berjumpa kembali jalan kebenaran. 

Setelah melihat video itu, saya membalas kepada Faezah, ‘Baguslah dia nak menghafal semua steps tu. Susah tau nak hafal steps.’ Al-maklum, tengok artis korea praktis nak hafal choreographer diorang berhari-hari nak bagi sharp dan cantik. Efforts tu, kita bagi pujian. 

Datang Faezah reply, ‘Daripada aku belajar tu, baik aku hafal Quran.’ Haha. Tersentak aku. Masalahnya, aku dua-dua pun tak buat. Tak hafal steps menari dan tak hafal Quran. Cano? 

Alang is rindu. Ni nak mandi dengan daddy

Ada hobi terpaksa baru. Baca buku every week


Love..

Friday, November 14, 2025

Ayah Najwa Meninggal Dunia

Hari Rabu yang lepas, saya mendapat perkhabaran kematian ayah Najwa melalui Faezah. Faezah melihat status whatsapp Am dan memberitahu saya. Bersyukur mempunyai seorang sahabat yang saling mengingatkan seperti dia kerana saya jarang melihat status whatsapp seseorang. Terlalu banyak media sosial yang aktif sehingga tidak boleh menambah lagi yang lain. Sekarang ini, cukuplah instagram dan youtube penjahanam masa saya. Kita jangan menambah lagi yang lain. Haha. 

Berbalik kepada kisah ayah Najwa. Rupanya sudah lama tidak sihat dan seminggu ini terkena lung infection dan ditahan di hospital. Am cerita mudahlah pemergiannya, tak sampai seminggu pun sakit teruk. Allah. Ayah dan ibu Najwa selalu ada posisi khas di hati saya. Saya belajar untuk menyayangi anak orang lain tanpa batas melalui mereka. Kali pertama berjumpa, terus mereka menggelarkan diri mereka ayah dan ibu. Pertama kali jumpa ibu dan ayah kawan saya begitu. Haruslah saya terus membiasakan diri menggelarkan mereka ibu dan ayah. Terus abang Najwa jadi Along saya dan adik juga. Diorang pun gelarkan diri diorang ke saya tu. Keluarga yang penuh kasih sayang. Saya suka orang yang banyak kasih sayang dan nak berkongsi sesama makhluk kat dunia ni. 

Saya teringat ketika kami di UiTM Perak, Najwa akan menelefon ibu tiga kali atau lebih sehari. Sehari yer. Pagi sebelum pergi kelas, tengahari masa balik tengahari dan malam itu biasa. Jika ada hal-hal lain, dia akan ada extra. Saya bila dengar tu, kagum. Saya cuma menelefon emak saya seminggu. Itu pun kadang-kadang takde topik nak borak. Hehe. 

Saya text Ebah bertanya adakah dia akan ke Muar? Saya mahu mengirim sedikit duit. Dia berkata ya, dia akan memandu ke sana. Najwa dan Ebah sudah tiada kedua ibu-bapa. Ya, saya sudah di fasa itu. Ibu bapa sahabat saya dan saya sudah tua. Bertuahnya saya masih mempunyai kedua-duanya. Alhamdulilllah. Semoga saya sempat membawa mereka menunaikan haji tahun hadapan. 

Tetapi, Allah Maha Kaya, mereka mempunyai ibu dan ayah mertua untuk meminta doa dan menumpang kasih-sayang. Walaupun pastilah tidak sama, sekurang-kurangnya status doa ibu ayah tu masih boleh diperolehi. 

Semoga roh ayah dan ibu ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan dijumpakan di syurga bersama Rasulullah s.a.w.. Mendoakan juga Najwa sekeluarga tabah dan sabar menghadapi ujian dan kasih-sayang Allah ini. 

Love..

Thursday, November 6, 2025

Kerja Baru

Semalam Chin panggil aku discuss kerja. Projek dah nak habis, so ramai orang akan diberhentikan sebab Gamuda takde projek sekarang. Kalau ada pun kecik je, tak boleh nak tampung semua staf dari WTP ni. So, ada juga staf yang akan transfer pergi projek lain. Projek sama macam Ain. Dekat Chatswood. Masih dalam Sydney. Tapi jauh sikit dari Parra. 

Chin kata, aku akan kena take over scope Cost Controller untuk Indirect Cost macam Safety, Enviro, IT, dan ada lagi dua aku tak ingat. Total lima. Finance macam tak, HR pun takyah. Chin kata, dia proposed nama aku untuk bagi aku relevant stay kat WTP sampai end of project. Kalau aku jaga tunnel je, aku punya demob date bulan Mar25. Lepas tu, kena pergi North Sydney join tender team. Dia tanya aku prefer yang mana? Haruslah aku nak stay. Takyah fikir lagi transportation nak pergi city yang sejam tu. Kat sini, ofis sekangkang kera dah sampai. 

So, untuk pastikan aku relevan, aku kena jaga juga cost control department lain. Cost Controller sekarang macam nak kena transfer dah, Arlene. Aku dengar macam mencabar juga sebab banyak parties aku kena deal. Sebelum ni deal dengan Tom untuk tiga site je. Dan Alhamdulillah Tom tersangatlah okay. 

Nak fikir sekarang, benda jadi next year. Tapi, next year tu adalah dua bulan lagi. Pastu kalau tolak cuti setengah bulan shutdown period, tinggal satu bulan setengah je nak belajar semua tu. Hhmm. 

Takdelah sebab Allah bagi jadi benda-benda ni kalau kau tak mampu ye dak? Buat yang terbaik dengan kapasiti kau dan minta je dengan Allah petunjuk nak buat semua ni. Kalau bagi dekat diri sendiri, memang tak tercapai dek akal apa yang aku dapat. Kerja Sydney, duit cukup pergi Haji, jalan-jalan lagi. Banyak sangat. Jadi, marilah kita berusaha menjadi muslim yang baik di dunia. 









Love..