Masa pergi Brisbane yang lepas kitorang (aku sebenarnya) terlekat dengan satu variety show, Chef and My Fridge. Mira punya pasallah ni. Dia tengok benda tu, dan suggest kat kitorang untuk tengok masa cuti kat situ. Senang terpengaruh betul aku. Pantang ada masa, malam sampai-sampai tu aku tengok sampai pukul 12 tengah malam. Episod terakhir yang aku tengok malam tu, aku tengok sorang je sebab semua pun dah tidur. Dia ada satu bilik dan sofa bed je. Sebab aku nak tengok tv lagi, aku tidurlah luar dengan Mira.
Esok paginya pula, lepas kitorang bangun, sementara Layla nak masak, tunggu giliran nak mandi siap-siap semua, aku tengok lagi satu episod. Pantang ada masa terluang. Aku suka sorang chef ni Hyun Suk. Aku dok budget umur dia dalam 40 lebih, sekali google (gigihkan?) dah masuk 50 dah. Wei, asal ko tak nampak tua? Haha. Perasaan suka dia sama macam aku suka Mr Lim dengan Evan. Jadi, bila aku kaji kaitan diorang ni persamaannya adalah kelakar, berlagak dan pandai. Hyun Suk ni suka buat commentary time chef lain tengah masak. Dia akan bagitau kenapa orang ni masak macam ni, hasil dia macam ni. Memang pandailah. Pastu, dia memang selalu je menang kalau lawan dengan orang. Kalah dalam satu episod tu sebab owner fridge tu rasa lawan dia macam anak dia. Haha.
![]() |
Aku siap highlight umur member masa borak dengan mira |
Mira suka sorang Chef ni handsome. Umur dia setahun tua dari aku. Son Jung Won. Pun pandai juga, tapi jenis introvert sikit. Oh, aku suka yang extrovert rupanya. Mr Lim dengan Evan extrovert. Apa ke aku balik ni? Haha. Jung Won ni owner restoran fine dining kat Korea yang ada ada satu bintang Michelinlah. Antara chef termuda yang dapat pengiktirafan tu. So, bila kitorang tengok tu, aku dengan mira masing-masing upkan bias sendiri. Kadang-kadang Mira akan bagitau benda yang aku tertinggal pasal Hyun Suk.
Format variety show ni, chef-chef tu kena masak ikut order owner peti sejuk dalam masa 15 minit. Production crew akan amik peti sejuk dari rumah celebrity yang dijemput dan tunjukkan masa show tu. Macam-macam hasil keluar tapi, menariklah sebab ko ada 15 minit je nak masak dengan sources dalam peti sejuk tu je. Kalau diorang komen lepas masak tu, memang rasa macam sedap. Aku kata dengan Mira, kalau aku jadi juri, aku kata sedap je. Mujurlah QS bukan chef. Haha.
Esoknya aku dengan Grace pergi Art Gallery. Tengok lukisan-lukisan, arca-arca, dengan seni-seni kat situ, tertanya-tanya kitorang dengan gambaran-gambaran di situ. Satu lukisan yang sepertinya terconteng-conteng sahaja tetapi pasti mempunyai makna tersendiri. Pastinya artis yang melukis itu telah berjuta-juta hasil karyanya sebelum dapat dipamerkan di situ. Grace berkata, yang dia pun boleh lukis ini tetapi saya menyampuk, takde orang kenal u. So, chances untuk orang recognize value dia pastilah tak sama dengan artist ini. Hehe. Kami sama-sama gelak.
No comments:
Post a Comment