Sunday, May 18, 2025

Brisbane - Trip Sempoi

Brisbane ni macam Sydney tapi sikit orang. Kedai kat sana, macam kat Sydney je. Coles, Woolies, Iga semua macam kat Sydney. Pastu makanan halal kat sini banyak. Kitorang sampai, naik uber sebab kalau naik train sorang dan $20 one trip. Klu Uber $50 je so, tenang-tenang tak payah seret bag. Kat sini takleh guna Opal. Tak tau guna apa. Sebab kitorang guna kad kredit je. Tapi, kira okaylah boleh guna kad kredit compare Melbourne. Kena guna myki je.


Kitorang sampai city, pergi letak beg dan cari makan. Korean food halal. Lepas tu ingat nak jalan-jalan tunggu check-in pukul 3 petang, hujan pula. Mujur ada tempat teduh kat garden tempat kitorang jalan tu. Habis hujan, kitorang pun pergi check-in. Malam tu, keluar pergi Coles cari bahan-bahan nak masak. Layla selaku chef akan masak. 

 






Plan asal, esok Jumaat nak pergi Anzac Parade dan jalan-jalan kat city. Tapi, masing-masing bangun lambat paginya, orang pun dah habis berarak. Kitorang on the way nak pergi city, ramai orang dah jalan bertentang arus nak balik. Haha. Pergi tengok exhibition diorang je ar. Lepas jalan-jalan kat city, hujan pula. Kitorang pun plan nak balik je ar. Diorang nak berenang. Aku tak ikut sebab nak pergi muzium kat situ. Saja je nak jalan-jalan sebab hujankan? Dalam muzium tak basah. Layla dengan Mira haruslah taknak. Grace pun tak nak ikut, tapi dia kata kalau pergi Art Gallery dia nak pergi. Aku pun okay je. Jomlah pergi Art Gallery, nanti lepas tu dia baliklah bila aku pergi Muzium. 






 

    
Malam tu, kitorang jumpa kawan Layla, Mervin. Engineer kat Coffs Harbour. Makan BBQ Korea sebab dekat Coffs susah nak cari benda tu. Mervin ni sama Gamuda scholar dengan Layla. Diorang genglah. Aku tanya khabar Teh dengan Adrian. Engineer aku kat sana. Adalah benda nak borak. Masing-masing engineer. Makan macam nak giler. Balik dah kekenyangan. 






Esoknya awal-awal pukul 7 pagi kitorang dah keluar nak naik train pergi Gold Coast. Nak pergi Movie World. Dia macam theme park ada ride roller coaster semua untuk hero-hero Warner Bros. Mira dengan Grace naik most of the ride yang diorang boleh. Aku dengan Layla naik yang family punya je. Aku dah takut rupanya. Tak tau kenapa, jantung ni rasa nak jatuh even naik yang family punya. Dah lemah. Kalau datang dengan family kat sini menariklah. Ko bayar $130, boleh naik semua ride. Cuma larat dengan tak je ar ko nak beratur. Aku dengan Layla pergi tengok show dengan parade je ar. Yang tak guna jantung sangat. Overall enjoy je. Duduk kat situ dari setengah jam sebelum buka jam 7.30 pagi dah terpacak kat entrance masuk sampai setengah jam sebelum diorang tutup jam 5 petang. Berbaloi ar. 






  



Malam tu nak makan, Layla baru cari masa dalam train nak balik Brisbane. Sejam perjalanan naik train. Kitorang makan makanan Indonesia je. Esoknya, singgah kedai kopi yang femes dekat Brisbane suggested by Mervin, Anthology sebelum kembali semula mencari nafkah di Sydney. 



Ada sekali borak-borak dengan Mira dan Layla, terkeluar yang diorang ada saving dalam $50k dalam masa tiga tahun kerja kat sini. Kira average $16k setahun diorang simpan. Aku ni, $10k pun takde dah nak masuk dua tahun. Mana nak menyimpan, kerja berjalan je. First year aku, dah pergi Tasmania dengan Melbourne. Orang lain, first year baru nak settle down dengan orang sekeliling, environment lagi. Aku terus settle. Jadi, haruslah kita menulis di blog untuk kenangan diri sendiri alasan-alasan tidak dapat banyak menyimpan. Haha.

Love..

No comments:

Post a Comment