Alhamdulillah, dah selamat beraya di Sydney untuk tahun ke-dua. Layla dengan Ain balik Malaysia, Mira kerja pada hari pertama raya. Aku dengan tak malunya, tanya dekat bos Mira, Hamzah nak join open house rumah dia. Walaupun aku sorang je single, yang lain semua dah kawen. Dah umur-umur macam ni, memang aku dah tak hairan dengan orang lain. Janji aku dapat makan ketupat rendang di hari pertama. Takdelah loser sangat raya aku. Mira tu dia nak balik Malaysia next weeknya, tu yang kena kerja sebab ada inspection yang tak boleh tunda lagi.
Kami raya hari Isnin, hari Ahad malam tu aku tanya Bushra, wife engineer aku kat sini. Dia tengah merendang ayam nak bawa pergi rumah Hamzah esok. Aku beli donut je ar. Senang. Takdelah aku nak merendang kat dapur aku tu. Aku habiskan hari Sabtu Ahad tu dengan habiskan cita-cita nak khatam tu. Dan, Alhamdulillah habis. Hari Sabtu malam tu kan aku pergi masjid dekat Auburn nak solat terawih last. Rupanya, orang Turki kat sini ikut sama macam Arab Saudi. Diorang hari Ahad dah raya. Jadi, takdelah solat terawih malam tu. Aku buat je kat situ.
 |
Padang nak solat |
 |
Aku terlupa biasa pakai tudung je dgn stokin |
 |
Baju raya |
 |
Lepas solat raya |
 |
Jumpa geng |
Hari Isnin tu, solat raya start pukul 7.25 pagi. Dia buat dekat padang dekat area rumah yang gamuda bagi aku sebulan mula-mula datang sini. Alhamdulillah juga sebab kat Malaysia dulu memang jenis pergi solat raya, jadi aku takde geng pun, aku pergi je sendiri. Kat sana, Alhamdulillah jumpa Nad. Tapi, dia tak solat. Dia bawa jumpa Jiha, wife Ikhlas. Aku ingat nak solat tepi dia, tapi ada sorang lagi kawan diorang dengan anak dia datang juga kat situ. So, aku pergi depan sikit solat.
Balik solat tu, singgah breakfast dekat cafe kat situ sementara nak tunggu bank buka. Nak tukar duit raya. Kat sini takyah bergaduh sebab takde orang nak tukar. Aku masuk-masuk kena que dekat teller counter. Aku orang kedua. Haha. Aku time tukar tu pun, comel je orang kaunter tu tanya untuk Eid ke? Happy Eid dia wish. Pastu aku singgah beli donut dengan kek nak bawa pergi rumah Hamzah. Aku balik rumah letak telekung dulu, pastu baru pergi rumah Hamzah. Diorang semua dah ada dan makan. Duduk lama juga kat situ, siap ar buat tik-tok dua.
Comel je isteri masing-masing. Diorang ni semua ikut husband datang sini. Jiha ni dulu dia cikgu kat Malaysia. Yang lain aku tak sure. Wife Hamzah Syafiqah siap bekalkan rendang untuk Mira. Aku memang cadang nak minta sikit bawa balik untuk Mira. Dia dulu dah pesan bawa balik sikit lauk. Menarik betul diorang ni. Alhamdulillah untuk semua kasih sayang sesama kami di sini.
 |
Rehearsal nak buat tik-tok |
 |
Ini baru raya |
 |
Member kerja di hari raya |
 |
Bagi mak-mak kat sini duit raya |
Next weeknya, pergi lagi rumah Hamzah sambut birthday anak dia. Time ni, main kad siap Nad dengan Bushra bergaduh nak menang. Tapi lepas tu, rileks je Nad kata, biar bergaduh, maknanya okay. Kalau tak bercakap tu, maknanya gaduh. Aku dengan Mira gelak je. Diorang ni aku rasa adik-adik je. Jiha ni lahir tahun 91 kot. Dia siap nak panggil aku kakak. Haruslah aku larang. Haha.
Alhamdulillah untuk semua pengalaman kat Sydney ni. Rindu raya dekat Melaka. Kita tak boleh dapat semua bendakan?
Taqaballahuminna waminkum semua. Semoga Allah menerima semua amal kita di bulan Ramadan dan memberikan taqwa.
Love..