Tuesday, February 25, 2025

Bergaul dengan orang keliling

Circle aku kat sini memang tak besar. Itu-itu jelah orang yang aku bergaul. Sayang sebenarnya sebab bukan semua orang dapat peluang macam aku merantau tempat orang. Kadang-kadang rasa nak keluar dan bergaul dengan ramai orang, tapi kadang-kadang rasa macam dah umur-umur macam ni, nak tenang-tenang je dekat rumah. I is confused dengan diri sendiri. 

Aku pergi woolies Ahad lepas. Lepas seharian duduk rumah dan lipat baju dan takde kerja sebab rumah dah bersih takyah kemas. Sabtunya Ain dengan Mira datang lunch kat rumah, so gigihlah mengemas rumah sebelum tu. Layla ada game dekat Newcastle so tak dapat join. Bila dah kemas rumah hari Sabtu, Ahad terus takde benda nak buat. Haha. Petang sikit, aku gagahkan pergi jogging seround dekat Parra Park dan balik tu singgah woolies beli telur. Masa dekat situ, ada sorang Indian guy ni bagi salam dekat aku. Pastu kitorang borak dalam 5 minit juga sebab dia dok suruh aku ambik PR kat sini. Dia arkitek dah 15 tahun duduk sini. So, dia tahulah course Quantity Surveying tu. Dia kata, bolehlah apply. Aku masa borak dengan dia, siap terkeluar bahasa melayu. Punyalah jarang borak dengan orang guna full English. Tapi, menarik juga effort aku macam nak cuba juga cakap dengan dia tu. 

Aku goreng telur, sayur kobis dan rebus bendi

Tadi pula, aku pergi rumah Grace sebab apartment dia ada swimming pool, sauna, gym dan aku menumpang guna. Hari Selasa adalah hari sauna. Grace taknak ikut sebab dia kata dia baru basuh rambut semalam. So, dia nak pergi gym. Aku pun masuk sauna sorang. Pastu datang sorang lady dan lepas tu a guy. Diorang borak berdua kesihatan, bagus sauna ni, mandi cold water. Aku dengar je diorang borak sambil buat eye contact dengan diorang. Dalam hati, nak kena masuk juga ni conversation ni untuk built-up confidence. Pastu lelaki ni cerita dia dah detox coffee for 30 days. Aku pun pandang dia dan tanya, ‘What did you replace the coffee with?’ Mula-mula dia cakap sorry sebab mungkin tak dapat tangkap apa yang aku cakap dan baru aku nak repeat, dia dah bagi answer. Dia kata, dia replace dengan exercise. Naik tangga lima tingkat or push up. Aku dalam hati, apakah solution tu? Haha. Tapi, excited sebab aku berjaya lawan takut aku dan tanya dia. 

Aku macam nak borak lagi, tapi pastu ala telefon aku kat luar dah bunyi 20 minit aku dalam sauna tu. Lady tu pun nak keluar juga dan aku pun keluar. Aku cakaplah, ‘Nice talking to you guys.’ dan lelaki tu wish aku happy Ramadan. Aku pun kata, ‘You too.’ Entah dia muslim atau tak, aku pun tak sure. 

Ke rumah Grace

Grace kata, baru kali ni muka aku merah. 

Terlalu banyak nikmat Allah aku dapat kat sini. Nikmat sampai sini pun aku tak tau aku dah push diri untuk syukur dan jadi hamba Allah yang baik tak? Macam ada ruang-ruang yang boleh diisi dengan benda yang lebih berguna. Ya Allah Yang Maha Mengasihani, bantulah aku menjadi hambaMu yang lebih bermanfaat untuk orang lain.

Love..

Thursday, February 20, 2025

Bertanya khabar

Dekat Aussie ni, culture bertanya khabar tu biasa je. Dia adalah sama dengan 'Hi' di Malaysia. Dulu, aku just kata okay je kepada orang yang bertanya. Sekarang, aku tanya baliklah How are you?, How's your weekend? Adalah conversation sikit. Walaupun sekarang macam malas nak bercakap. Setahun kat sini cukup untuk jadikan aku malas nak bergaul dengan orang. Haha. Tak kisah je kalau tak tahu hal orang lain. Dulu kalau sehari tak bercakap dengan orang sebelah memang rasa tak senang. Sekarang ni, Justin sebelah aku, aku buat bodohkan je. Kalau dulu, aku gigih2lah juga tanya dia soalan, just nak bercakap je. Sekarang, beberapa hari memang kitorang masuk, buat kerja masing-masing pastu balik. Aku selamba gitu je. 

Baru-baru ni, aku stress sebab forecast aku overrun melampau-lampau sampai 20mill. Aku stress tapi aku tak tau aku stress sehingga sore aku datang. Sore kat tepi bibir aku tu naik bila aku stress. Doktor kata, memang ada virus tu, tapi bila dalam keadaan stress immune system kita pun down, jadi dia tak dapat lawan virus tu. Pastu dua minggu pula aku kat site office je tak tukar-tukar angin. Kalau biasa, hari Jumaat aku pergi Station St, bolehlah menyembang dengan geng-geng Cost Control lain. Nicole aku tak jumpa dia lagi betul-betul lepas balik bulan Jan masa tu. Aku pergi Station St, dia pergi site.

Hari submission tu, aku confirmkan balik dengan Pei Wen masa nak submit. Biasa submit jam 12 petang, tapi kali ni pukul 5 petang. Pastu saja bagitau Pei Wen, tunnel punya overrun. Pei Wen comel je tanya aku okay ke? Aku pun kata tak sure, tak dapat nak tolong banyak, rasa helpless, nak tolong tak tau camne. Pastu dia tanya, nak any help? Any advise? Nak makan-makan tak? Comel je. Aku lepas Teams dengan dia tu, aku dah lega banyak dah. Aku rasa aku okay, cuma lepas cakap dengan dia, perasaan tu bertambah lega.

Nak dijadikan cerita, tunnel tak submit sekali dengan cost centre lain. Kitorang postponed lagi dua hari. Pastu kitorang present hari ketiganya. Aku jadi lagi risau berpanjangan. Haha. Tapi, takpelah nak kena bagi peluang Daniel B dan Evan sort benda tu. Pei Wen masih comel je bertanya aku nak any helps tak? Aku gurau je, 'Just check-in me everyday until the presentation day'. Tapi, lepas tu aku kata takyah je, aku okay. Tapi, dia memang gigih dan check aku everyday. Just tanya, 'Are you okay today?' Dah tolong banyak dah kurangkan stress aku kat situ.

Dalam masa yang sama, dua orang lagi engineer Mira resign. Dia pun stress juga sebab support system dia kat Parra tu dah pergi. Selama ni, dia memang depend on engineers dia untuk deal dengan Sydney Metro, bila diorang dah pergi, dia lost. Homesick lagi sebab balik bulan 12 masa tu. Dia siap ada fikiran nak balik Malaysia sebab rindu mak dia. Fahamlah sebab dia sorang je anak perempuan mak dia. Lain dari aku ni. So, aku apply apa yang Pei Wen buat kat aku tu kat Mira. Just check-in dia pagi2, tanya okay ke? Sebab member tengah serabut. Walaupun aku pun tengah serabut waktu tu juga. Kita tolonglah sesama kita kat bumi kangaru ni. 

Aku punya susah ni, macam tak susah lagi sebab aku tak bangun tahajud pun. Benda yang aku ralat sangat. Sebab biasanya kalau aku cuak, aku bangun tahajud. Tapi, kali ni sebab orang lain dah tenangkan, terus tak cari Allah. Lagipun subuh sekarang dah cepat. Pukul 5 dah subuh. Kalau aku bangun tahajud, pastu aku nak tidur balik. Tu yang malas. Alasan semua tu Nadiah. Alasan. Dah, fikir-fikirlah nak puasa ni nak buat camne. Umur dah 40 kan? 

Akan dirindui. Tapi, go and keep flying high

She is going to Toronto

Last main badminton dengan Georgina


Peace

Gigih buat video

Breakfast

Ni gambar yang diorang kata cantik. Terus jadi profile pic ws

Aku rasa cantik dah. Layla kata, macam bahu patah. Haha






Love..

Monday, February 10, 2025

My Escapism

Dekat ofis dan otak tengah blank. So, mari kita keluarkan dekat blog.

Forecast kena submit hari ni dan semalam meeting first summary, overrun by $21mill. Biasa nak declare overrun $2mill ke $3mil pun dah cuak. Ini kan puluh2 million. Evan macam lost juga. Cost labour and workers pun dan $10mill. Aku tengok dia selama ni confident je. Kali ni macam tak tau kenapa dia pun goyang. Bila Ian tanya masa meeting semalam, dia pun tak confident bagitau reason. Additional cost kerja masa Christmas, acceleration works sebab nak handover portion 1, under forecast semua dia cakap, tapi bila Ian bagi figure estimation dia, Evan senyap. Daniel B lagilah senyap. 

Tadi pagi, Evan datang kat aku bagitau dia tak boleh tengok langsung UGS04 dan dia akan bagitau finance dia tak boleh present. Dia call depan aku Michael Kinder dan aku tengok tangan dia shaking. Kesiannya aku tengok. Dalam pada tu, boleh gelak lagi dan kata minta extend untuk submit UGT01/UGT02 juga. Aku pun tak tahu macammana nak tolong. Dia dapatlah takyah present UGS04.

Aku ingat orang confident ni akan selalu confident, rupanya dia pun manusia biasa juga. Sama macam Justin, aku ingat dia hebat boleh control semua kerja Chin dengan tenang. Rupanya, ada sekali dia fikir banyak sangat sampai salah tarikh meeting dan lately macam selalu dia keluar dan pergi merokok. Balik ofis, bau rokok. Biasa aku nampak dia vape je, ni agak level stress dah tinggi, amik yang berasap betul-betul.

Kesimpulan daripada cerita ini, stress ke tekanan tu biasa Nadiah. Kita manusia biasa dan yang penting terus maju ke depan dan cuba tolong orang sehabis baik. Be confident is good, but be more considerate. Tapi untuk kau, kena belajar confident dulu. Chaiyok! 








Love..