Monday, April 10, 2023

Berbuka Puasa 2023

Setelah dua tahun berehat disebabkan COVID, mak meneruskan tradisi menganjurkan acara berbuka puasa di Klang tahun ini. Walaupun dah setiap tahun buat, masih ada lagi kerenah dan kepenatan sebelum kenduri yang perlu dilayan yer. 

Tetapi, tidak terkira banyaknya pahala yang InsyaAllah diganjarkan Allah akibat memberi makan orang yang berpuasa. Juga bersama-sama merapatkan silaturrahim sesama ahli keluarga. Semua kepenatan itu telah minus melihat kegembiraan oleh kedatangan dan senyuman saudara-mara sebab dapat berkumpul sekali. Bak kata Pak Long, 'Kalau buat pun orang tak datang, tak berjaya juga.' 

Sedikit kegembiraan :-
1. Melihat Mubarak dan Sobri borak sesama diorang. Sebab diorang pun tak selalu jumpa.  🥰🥰

2. Nenek datang dengan Masyitoh dan Rahman dari kampung. Mamat ni kira third home dia lepas rumah ummi dan nenek. So, tak kira. 😜😜

3. Serunding dari Kelantan selamat diagihkan di minit2 terakhir kenduri. Aizat dah pesan kat aku dah. Aku terlupa. 🤭🤭

4. Tak tau samada orang dah ramai atau kitorang salah estimate, tapi hampir semua makanan habis. Roti jala habis, pizza Lina bawa pun tak sempat rasa dan kek aiskrim pun selamat dihabiskan. Maaf untuk yang kurang yer.🫰🫰

5. Masa solat terawih, sebab imam takde mic, Pak Busu kuatkan suara bila nak tukar rukun. Mudahkan kami yang solat kat dalam rumah ni. 

6. Walaupun takde kaitan, tapi gembira juga. Pak Chim dah duduk tempat pemandu. Husni dah boleh bawa kereta masa diorang nak balik. Seronok. Sebab aku suka perasan boleh bawa mak dengan ayah ni. Dulu masa kita kecik, ayah dah bawa. Jadi, bila ada peluang dah besar ni, aku akan cuba bawa.  🤗🤗

7. Ahadnya Kak Cik dengan Fisha pagi-pagi dah kemas pinggan mangkuk masuk balik dalam almari. Efficient. Semua dia dah kemas. 👍👍

8. Lepas tu aku pergi buat spec dengan Kak Fisha dan Mina sambil kak cik layan Acap main Saidina. 

Nikmat keluarga ni memang aku syukur banyak. Segala puji hanya untuk Ya Rahman dan Ya Rahim. 









Love..

Wednesday, April 5, 2023

Beriftar adik-beradik

Dua minggu lepas, kecuali Kak Fisha, semua anak ayah buka puasa kat Klang. Kak Mi sepatutnya bukan turn dia, tapi dia balik juga. Lupa nak tanya kenapa. Dia balik sekali dengan Kak Mina yang kerap juga balik kebelakangan ni. Alhamdulillah, banyak juga update cerita-cerita terbaru kami. Kalau nak harapkan cerita dari Insta aku dan blog ni je, mahu kena gelak setiap kali bercerita sebab ko tak tau cerita. Haha.

Daus sebenarnya taknak balik, Ami telefon dan paksa dia balik. Kuasa kakak konon-kononnya. Buka apa yer masa tu? Oh, Ami goreng meehun. Macam-macam makanan sebenarnya. Muzakir bawa lagi. Sejenis orang yang datang rumah, mesti bawa barang. Bak kata Daus, yang melenggang atau bawa baju kotor balik Klang tu anak mak. Kalau bawa balik makanan ke benda ke, tu menantu. Haha

Malam tu Ami ajak solat terawih je kat rumah. Aku pun okay je. Pastu, ayah panggil masuk dalam bilik dengan mak. Aku pun pelik, nak minta aku jadi bilal ke? Rupanya ayah nak minta buka tingkap sebab masing-masing batuk masa solat maghrib tadi. Kitorang dok pasang air-cond yang memang guna time weekend orang datang je. Rumah ni memang tengah tak sihat masing-masing. Kak Fisha siap kena influenza B lagi minggu lepas. Muhammad pun ayah tak bagi datang sebab takut bawa ke nenek.

Tapi, kitorang batuk tadi sebab Ami goreng sambal ikan bilis untuk anak kesayangan dia time kitorang solat. Member tak solat. Memasak. Siap, semua batuk. Lepas explain, ayah pun okay. Comel je ayah aku ni. Malam tu, dia jadi imam kitorang. Laju juga ayah baca sekarang ni. Dulu time kat rumah tepi sungai, siap ada sujud lama-lama nak minta doa. Haha. Imankan ada turun naiknya. Percaya je taqwa ayah dah tinggi. Nanti kat syurga, orang kat tingkat bawah, panggil naik level sama mak dengan ayah tau. :P

Dulu pernah terfikir or Alin pernah tanya yang kalau kita masuk syurga, tapi tak sama level sebab lain orang kan lain amal dia, camne nak jumpa mak ayah balik? Mak Ngah kata, cuba je ar masuk syurga dulu. Masuk tu pun dah susah. Betul. Islam ni kan kata kerja. Kena kerja nak masuk syurga. 

Tadi, dengar Dr. Omar Suleiman cerita pasal Jannah season ni sempena Ramadan, menarik betul. Boleh jumpa mak ayah kita, boleh jumpa atok nenek moyang kita, ex kita. Boleh kalau nak kawin, nak rasa mengandung, nak rasa melahirkan, semua boleh dapat kat syurga. Dia tak rasa sakit macam kat dunia, tapi boleh minta kalau nak rasa. Pastu takde cemburu ke dendam ke kat ex sebab tu semua sifat kat dunia je. 

Menariknya kalau boleh kumpul ramai-ramai balik kat syurga. Moga Allah kumpulkan kita semua. Kata Amin..

Boleh tonton kat sini. 


 

Gigih Acap

Trend tangkap gambar kata Akmal

Yang selebet tu ko

Satu lagi harta dunia



Imam saya

Anaqi sayang

Melissa sayang 

Geram

Geram 2

Geram 3. Tengok telefon je masing2

Love..