Monday, October 3, 2022

Nenek Saabah datang KL

Biasalah, dah lama tepek kat draft. Tapi, tak pos-post. Habiskanlah juga walaupun lepas tu macam-macam dah jadi. Haha
---------------------------------------------------------------------------

Sebab kawen dua pupu, saudara mak, saudara ayah juga. Maka, bila majlis Aizat dengan Farahin, nenek dengan Acik Oya pun datang. Seperti biasa, penuhlah rumah ayah. 

Acik datang dua kereta. Dengan Safwan dan Fahmi. Pakcik yang mula-mula tak nak ikut pun join juga. Cuti kali ni tak berapa best untuk  aku sebab tengah pulun buat tender Line 3. So, memang entertain sikit-sikit je diorang. Pergi kenduri Pak Long pun lambat sebab nak settle kerja bagi Ai Tee check. Mujur kali ni Ai Tee tak push sangat. Cuma, dia pun check kerja kita sampai pagi jam 12 tengah malam, aku pun buat juga. Aku hantar pukul 10 pagi, dia check pukul 3 petang, pastu aku hantar balik jam 8 malam, pukul 12 malam dia check. So, dia pun kerja juga. Jadi, aku tak ralat sangat buat kerja juga.  Semoga tak dapatlah Line 3 ni. Haha. 

So, aku pun tak dapat borak sangat dengan nenek dan Acik. Dapatlah borak pagi Sabtu tu sebelum Ai Tee check kerja aku sebab kitorang masak meehun goreng. Acik kena scam dengan guna company mamat. Dalam RM3k juga hilang. Modus operandi nak supply workers untuk cuci rumah dengan murah. Acik yang eksaited dah bayang-bayang orang dah bersihkan sawang rumah dia. Kesian Acik. Lepas tu, orang tu bagi link untuk transfer duit. Kat sinilah dia start. Bila Acik masukkan je password dan ID nak transfer, sekali hang. Masa tu kejapan je. Acik nak masuk balik tak boleh, sekali masuk lagi sekali, terus dah lesap duit dalam tu. Kesian betul. Acik kata, dahlah duit tinggal tu je sebab nak gaji. Kitorang pun terus, wuuu.. Nak gaji duit tinggal tu je. Gaji, camnelah. Kitorang nak gaji, duit takde empat angka dah. Haha.

Rumah ayah ni memang meriah sekarang. Nenek rajin datang dengan Acik. Walhal masing-masing kena bersempit. Acik Oya kalau datang, tidur ruang tamu je. Menantu-menantu dia sharelah bilik kat atas dengan Kak Cik ke Kak Mi ke. Pastu kena masak sendiri. Kitorang tolong ar juga, tapi tetamu kena masak juga. Bilalah aku ada kekuatan dan kepandaian masak tanpa perlu orang lain. Menarik tau masakkan orang ni, banyak pahala dia. Takpelah, ada kepakaran membantu di dapur pun dah cukup bersyukur dah. Kekalkan sayang. 



Pergi tengok ayam





Sayang korang kat Uda yer

Sarapan pun dah penuh



Ayah dah balik dengan Nenek Saabah


Best friend nenek


Masa nenek nak balik 

Dua minggu lepas tu, diorang datang lagi. Kali ni untuk majlis Along pula. Alhamdulillah Along selamat diijab kabulkan sekali lagi bersama Abang Aidil. Majlis yang penuh drama ini berakhir dengan gembira pastinya. Siapa lagi nak gembirakan diri sendiri kalau bukan diri sendiri? Walaupun. Haha. 

Nadiah, if you have chances to get married, tolong jangan buat kat rumah. Cari dewan. Dewan Bizmilla ke, dewan Ikhwan ke, Dewan Sekolah ke. Janji tak buat kat rumah. Benda dah selesai pun. Aku doakan Along dan Abang Aidil bahagia dan berjaya membesarkan Afifah.

Kenduri kali ni banyak norma-norma yang kami langgar. Seperti, menonton wayang pada  malam selepas majlis dan keluar juga selepas makan tengahari pada hari Isninnya. Enjoying ourself tanpa memikirkan apa akan jadi kat rumah. Pandailah orang kat rumah buat kerja. Dan pandailah ko buat kerja bila kat rumah tu. Masing-masing dah besar. Dah takyah suruh buat kerja ni. Nak buat, buat. Taknak buat sudah. Takyah fikir, nenek tak marah ke kalau keluar? Apa orang kata baru habis majlis nak pergi berfoya-foya? Peduli. Dah sampai masa kita berbuat apa yang kita rasa seronok dan tenang je menghadap alam keliling.


Kegembiraan 

Anak-anak ayah

Dah basah, tapi Asar jangan dilupa



Air Force guys



Budak-budak 



Wakil Mak Chah. Mak Chah ada muktamar kat Kedah

En. Anuar pun Alhamdulillah datang


Aiskrim Kenangan

Tukang basuh pinggan

Tukang susun pinggan 

Adik-beradik mak

Ko tengok papan tu, projek ayah tak siap





Comel betul cucu acik pakai skirt


Busu pun Alhamdulillah sihat boleh datang



Sedara


Rombongan ke wayang

Selamba

Mengemas

Cik Jamaliah dan suami

Doa selamat sebelum majlis

Sebelum majlis

Dah macam kenduri

Penuh yer

Pagi Sabtu

Dah start 





Dunia ini penuh kepayahan. Tetapi percayalah di penghujungnya gembira. Rugilah jika kita lalui seharian tanpa ketawa. Tetap bangun kawan-kawan. Tersenyumlah. 

Love..