Sunday, August 14, 2022

Hujung Minggu di KL

Minggu lepas, dari Jumaat dah takde kat KL. 
Cuti sebab pergi Kelantan. Should be have a post pasal tu. Doakan seketul Nadiah rajin. Lepas tu, hari Isnin pergi temankan Aida. Daus outstation pergi selatan. Hari Khamis malam baru balik bilik. Sepah jangan katalah bilik tu. Dah dua minggu tak kemas. Sebab sibuk manjang minggu tu buat tender MRT3. 

Anaqi sayang

Memang dah text mak, kata balik Sabtu. Sabtu pagi, basuh baju. Kena dua kali pusing sebab basuh cadar juga. Berjayalah kemas bilik dan ubah susun atur katil. Pusing-pusing gitu je ada. Dulu Acik Oya rajin tukar susun atur meja dia. Lain sikitlah fikir. Ikut sikit perangai tu. Sebab ringan, bolehlah angkat katil. Kalau katil queen, tukar cadar je ar nak ubah mood. 

Sebelum tukar

Selepas tukar. Baju pun jemur kat tingkap je. Lol

Pastu petang tu, tengok cerita Hindustan kat Netflix. Sampai maghrib. Tak sempat nak balik. Bagitau je mak, esok kot balik kejap.

Kakak Afifah dapat no. 3 merentas desa Tahun 5

Ahad pun malas juga nak balik. Kalau kereta sendiri, laju ar nak bawa. Ni, kereta masuk bengkel. Guna kereta ayah. Dalam takde bluetooth. Hehe. Ngadekan? So, malas juga nak balik. Ingat nak masak nasi, beras dah berbubuk. Punyalah lama tak masak. Mujur ada spageti. Masak tomyam ayam sebab ada paket segera tu. Makan dengan spageti. Semalam makan daging perap. Camtu je makanan orang malas turun. Boleh je grab, tapi nak habiskan stok makanan yang ada. 

Bertenang-tenang sebelum esok Isnin yang kembali hectic. Alhamdulillah untuk nikmat ada rumah, ada benda nak masak dan boleh makan apa je. Sekian dari atas katil untuk tinggalkan kenangan malas di hujung minggu. Enjoy nikmat bujang sebelum kawen gitu. 😂😂

Love..