Thursday, November 25, 2021

Jenjalan KLCC bersama Tea Lady

Aku pernah berborak dengan tea lady dekat pantri sebelum ni. Dia dah nak balik kampung Indonesia for good. Aku kata, jom ar saya bawa pergi makan. Borak macammana entah, dia kata dia tak pernah pergi KLCC. Walaupun kalau basuh pinggan, nampak KLCC kat belakang rumah dia. Aku nak ajak dia sekali hujung minggu, tapi dia sibuk tengah mengemas pula. Hari ketiga sebelum dia last day, aku ajak dia lagi sekali pergi makan. Selepas beberapa kali percubaan, kerana katanya menyusahkan aku saja, akhirnya dia bersetuju. Sebelum itu, Aini ada mengajaknya juga tetapi Kak Eli menolak juga. Jadi, saya mengajak Aini juga sekali malam itu. Ajak Warda, tetapi dia sibuk layan Steve. Aku ajak Faezah, sebab nak tanya tempat makan yang sedap. 

Perancangan awal, makan dulu, baru singgah KLCC. Tetapi, Faezah menukar plan kerana katanya masih terang, jadi KLCC masih cantik. Kami pun singgah KLCC dulu bergambar. Dalam pada bergambar, kami pun cari kedai makan dalam KLCC, senang. Mujur kedai dah banyak buka. Kami makan kat Penang Cravings. Lepas order, kami pergi solat maghrib. Kak Eli tidak solat, maka kami tinggalkan dia menunggu makanan. Aini sudah selesai solat dahulu, dia naik terus pergi ke tempat makanan. Sesudah kami makan, saya mahu membayar, Aini dah bayar dahulu. Laju dia buat kerja. Dahlah parking pakai kad touch N go dia. Semoga murah rezeki dia.

Faezah memang sangat beruntung saya bawa dia. Dialah melayan akak tu bergambar sementara aku mencari tempat makanan. Melayan berposing. Comel sangat. Basically, aku tukang bawa je. Yang lain semua Aini dan Faezah yang belanja dan buat. Berbagilah kegembiraan bersama orang lain. Di sebalik rezeki kita, ada rezeki orang lain.

Semoga Kak Eli sentiasa sihat dekat Indonesia. Dia bagi aku mesej masa tengah kuarantin dekat Indonesia. Sihat. Dah kembali kepada keluarga dia. Bak kata Pak Busu, Keluarga Adalah Tempat Pulang. 

Sebahagian gambar semasa berjimba. Dapat sekali dengan photographer tak berbayar ni, banyaklah outcome dia. 












Love..