Alhamdulillah, dapat juga buat dengan keluarga belah mak. Pak Long ada bacaan yassin bersama masjid dekat tempat dia, maka tak dapat buat malam Jumaat. Ditunda ke malam Sabtu. Oleh sebab masa tu bagitau Acik Oya nak buat dua minggu sekali, sebab nak masukkan belah mak, tak jadi pula. Bagitau ayah, nak maintain dua minggu sekali ke tiap-tiap minggu? Ayah kata, tiap-tiap minggu pun takpe. Adalah sikit nak mengaji tu bila ramai-ramai. Pastu bagitau, esoknya nak kena ngaji lagi dengan belah mak pula. Ayah kata okay. Hehe. Kita follow je ar. Kita pun amik jugalah semangat ngaji ramai-ramai ni. Kalau sorang-sorang memang ikut rajin, dan biasanya malas. Haha.
Kamera Pak Long |
Kesayangan |
Setakat ni dah empat kali dengan keluarga belah ayah dan dua kali dengan keluarga belah mak. Semoga konsisten sampai syurga. Aku baru beli buku dengan Iman Publication. Keluarga Yang Setia Menyayangi dalam Al-Quran. Belum habis baca lagi. Skill baca buku dengan tarikan telefon sekarang ini, kuat ke telefon. Semoga berubahlah satu hari nanti ke buku pula. Baca prakata buku ni, dah mengajak kita semua ke syurga bersama keluarga. Memandang jauh ke syurga, walaupun sukar, semoga kita semua berjumpa di sana. Tak nampak-nampak siapa-siapa kat syurga nanti, carilah nanti dan tanyalah Allah.
Prakata |
Pastu baca pula sikit di bawah sub-topik mengimarahkan rumah. Dengan cara bercakap dan selalu berdoa. Doa yang dibacakan oleh sekumpulan anak muda di dalam surah al-kahfi ayat 10. SubhanAllah. Ayat yang kami baca hari-hari bersama tanpa saya sedari. Semoga Allah mengurniakan rahmahNya kepada keluarga kami asbab membaca surah ini setiap hari.
Menyelak buku ini, banyak doa-doa dalam Al-Quran yang boleh kita amalkan untuk memupuk dan membina keluarga yang bahagia. Semoga selepas baca boleh buat praktikal sekali. Amin.