Monday, October 12, 2020

Pembedahan Busu Bani

Untuk kali ketiga, Busu akan menjalani pembedahan otak kerana ada tumor di otak. Kali pertama pada 2013, kali kedua pada Aug 2019 dan kali ini pada 2020. Masih belum diberi kesembuhan oleh Allah. Ini langkah kita selain berdoa moga Allah beri kesembuhan. Setelah di warded pada Isnin yang lepas, hasil usaha Acik, pakcik dan Fahmi membawa dari Melaka, juga Khairiyah dan Abu yang tunggu di Hospital Kuala Lumpur sebab vision Busu dah kabur-kabur. Khairiyah menyarankan untuk warded sahaja. Mak Usu cerita, lama dah nak suruh pergi check. Tapi, Busu kata boleh tahan lagi. Sampailah Acik datang rumah nak bawa pergi hospital. Sempatlah berbohong kata Fahmi tak kerja sebab tu boleh hantar Busu.. Sebenarnya kerja je. Mujur Abu ada tunggu kat HKL, jadi Acik dengan Fahmi balik Melaka awal. 

Hujung minggu lepas, Mak Usu datang Klang sebab Moksu kata, nenek kat kampung asyik nangis je. Bawalah datang Klang. Ramai-ramai ni, takdelah dia nak nangis sangat. Betul. Takdelah nampak nangis sangat. Sebenarnya, tak nampak langsung. Benarlah keluarga memang penenang jiwa. 

Pagi Sabtu masak meehun goreng. Makan ramai-ramai. Lepas tu, pergi Petang Sabtu kami masak meehon sup. Ayah nak buat solat hajat untuk operation Busu. Alhamdulillah untuk nikmat saudara-mara dekat dan rapat ni. Moksu tengah sedih dan risau. Tapi, sebab ramai-ramai ni, dia kata kurang sikit perasaan tu. Moga Allah beri kekuatan kepada Moksu sekeluarga dan nenek. Juga kepada Busu, moga Allah sembuhkan juga. Lepas Maghrib, ayah imamkan solat hajat untuk pembedahan Busu. Kepada Dia kami semua memohon. 


Tahlil sikit 

Orang dapur buat onar


Pagi Ahad, beli bungkus. Takyah susah-susah masak

Anaqi dah jumpa bantal empuk


Sabtunya minggu depannya pula, sepatutnya orang kampung datang Klang nak tengok Busu. Sebab Busu operate hari Khamis. Tapi, sebab PKP bersyarat dekat Klang dan masuk sekali rumah ayah. Diorang terpaksa cancelkan. Hari Khamis, Nisa ambil barang Busu dan bagi ke aku. Sebab aku masih berada di KL, senanglah nak hantar barang. Jumaatnya pula, ingat nak hantar barang dekat HKL. Tapi, Busu masih tak sedar. Jumpa Moksu je dekat parking. Dia datang dengan kawan dia. Hari Sabtu pun Moksu datang lagi. Dengan abang dia pula. Dah dua harilah, pergi HKL balik hari. Risau kot. Dahlah tak boleh jaga. Moga dipermudahkan untuk Moksu dan Busu. 

Hari Jumaat Moksu datang 


Aku cerita perihal melihat kebahagian dan menjadi lebih baik Busu dan Moksu lepas kahwinkan? Sama juga semasa sakit ni. Masa nilah kau nak susah senang sama-sama. Aku percaya perkahwinan ni tak mudah. Tapi, percayalah ia membahagiakan. Teringat dialog Fazura dalam drama siri Gol dan Gincu, bila mak dia tahu yang boyfriend Fazura ada hiv positif. Mak ralat nak bagi dia teruskan hubungan tu sebab sayang sangat kat Fazura, tapi Fazura pun sayang kat Pierre Andre, so dia kata dengan mak dia. 'Ana lebih rela hidup susah dengan orang yang Ana sayang, dari hidup senang dengan orang yang Ana tak sayang'. Benda yang kena belajar adalah ambil keputusan sendiri dan kau bertanggungjawab dengan keputusan kau. Baik buruk. 
 
Sama kes macam Moksu, kepayahan ni memang berat mata memandang, berat lagi bahu Moksu memikulnya. Tapi, sebab sayang. InsyaAllah, kepayahan semua ini, moga Allah ganjarkan dengan pahala yang banyak, kesembuhan yang kekal dan ketenangan yang abadi. Pasangan ini pun rezeki yang Allah bagi pinjam. Memang kena tawakal bila Allah bagi ujian nak ambil balik. Walaupun berat sebenarnya. Allah takkan uji lebih dari kemampuan hamba Dia. Itu pasti. 

Love..

Friday, October 2, 2020

30 September 2020

Aminah dan emak berkongsi tarikh lahir yang sama. Cerita tarikh lahir yang lawak dan evergreen dalam keluarga kami pastilah ayah yang lupa tarikh lahir ni. Sekali itu, pagi mak memberitahu ayah, yang hari itu tarikh lahirnya. Ayah pun wish. Kemudian, dia berjumpa dengan Mina. Mina pun bagitau yang hari tu hari jadi dia. Ayah siap balas, 'Main-main ya. Tadi mak awak kata hari ni hari jadi dia.' Haha. Aku amik dari ayah, sejenis yang tak ingat tarikh lahir ke, tarikh hidup ke atau tarikh meninggal. 

Sarapan pagi kat kedai 


Mina kata dia nak cuti birthday dia kali ni. Nak bawa mak cuci rambut. Menariknya aku kata. Nak join. Aku pun amik cuti juga. Pastu aku cari kat ig orang urut badan. Jumpa sorang budak ni memang buat sport massage. Ada promo. Biasa RM100, dia turunkan 50% jadi RM50. Okay, amik dia untuk tiga orang terus. Aku pun sekali nak manjakan diri. So, pagi tadi kami beratur untuk nak kena urut. Masa mak dengan mina urut, aku masak. Masak sambal telur dengan suun. Masa mak urut, Mina sempat pergi ke pejabat pos. Masa Mina urut, mak sempat pergi mahkamah. Masa aku urut, Mina kena goreng ikan. Macam-macam nak kena buat. Mujur buat kat rumah. 

Tukang urut datang rumah 


Lepas Zuhur dan mak dah bagi ayah makan, kami pergi cuci rambut pula. Sebelum tu, adik bagi mak hadiah hari jadi. Tara. Cincin ko tau. Gigih Fikri main kutu untuk beli ni. Kedekut-kedekut ni, pandai menyimpan dia ni. Ayah senyum je bila adik bagi. Takpe ayah, tenang-tenang je pergi kerja dan ajar kitorang benda lain. Yang ni, biar kitorang je buat untuk mak. Jangan risau. Ayah dah bagi banyak. 

Cincin emas, adik bagi

Tunggu turn cuci rambut

Mina baru selesai 

Mina hadiahkan mak kasut

Sebelum tutup hari. 


Tenang kami cuci rambut. Sambil datang nenek-nenek nak gunting rambut pendek-pendek. Comel je nenek-nenek ni. Ai Tee cari aku time cuci rambut. Allah. Malas betul nak layan. Tapi, layan juga ar. Kau kena itqan Nadiah. Lepas cuci rambut, kami balik untuk solat Asar dulu sebelum sambung untuk cari kasut mak pula. Pergi Jaya Jusco Bukit Raja cari kasut mak. Pusing-pusing akhirnya dapat kasut mak kat Bata. Dah nak balik, aku habiskan e-penjana kat Famous Amos. Sebelum balik, beli aiskrim pula.

Habislah seharian kerja kami. Baru first time buat kerja ni. Cuti yang penat. Cuti yang penuh kerja. Alhamdulillah untuk buat benda-benda ni. Semoga Allah terima sebagai amal kebaikan menggembirakan mak dan kak Mina. Aku selalu doakan mak dan Kak Mina bahagia selalu. Walau apa pun yang kita tengah lalui, ingatlah Allah sayang kita semua. Sayang sangat sebab tu dia uji. Tapi, InsyaAllah kita sama-sama hadap dunia yang sementara ni. Sebab syurga bukan percuma. Kita nak kumpul kat sana juga. 

Kita tak tau esok jadi apa. Sekarang punya masa, muda-muda pun dah takde. Sekarang sorang, esok dah berdua. Sekarang berdua, esok sorang balik. Bila bertiga pun boleh jadi berdua. Yang berempat pun boleh jadi bertiga. Macam-macam boleh jadi. Buat masa ni, enjoy je moment yang ada depan mata. Syukur. Syukur. Syukur. Masih banyak lagi nikmat yang Dia bagi. Alhamdulillah. 
Love..