Tuesday, June 11, 2019

Nadiah dah 34 tahun

Apa ada pada umur? Hehe. Walaupun dah 34 tahun ni. 

Saya merasai peralihan umur yang sangat ketara adalah pada umur 27 tahun dan 30 tahun. Yang lain, ia hanyalah angka. Mungkin akan merasainya pada umur 35 tahun kerana lebih mahu ke umur 40 tahun. Umur-umur yang lain, hanya berlalu sepi seperti hari-hari biasa. 

Umur 27 tahun adalah kerana, apabila saya habis belajar dan bila orang bertanya bila saya mahu berkahwin, saya akan menjawab pada umur 27 tahun. Umur itu telah berlalu. Umur 30 pula adalah perasaan dari 20-an ke 30-an. Terasa makin tua. Hehe. Itu sahaja. Sambutan yang lain, saya rasa biasa-biasa sahaja. Tidak memberi signifikasi yang besar kepada saya. 

Tahun ini, seperti tahun-tahun sebelumnya, nikmat yang saya tidak dustakan adalah sambutan dari kenalkan rapat. Saya lebih menyukai jika mereka tidak menyambutnya kerana saya juga bukan jenis orang yang rajin mengingat tarikh lahir orang dan mahu menyambutnya. Tetapi, untuk nikmat orang masih menyambutnya untuk saya, Alhamdulillah dan semoga Allah memberikan kebaikan dan kegembiraan yang lebih kepada kamu semua kerana telah menggembirakan orang lain. 

Yang pertama, pastilah geng luncheon yang menyambutnya ketika majlis berbuka puasa di rumah Ju'are. Nina belikan kek aiskrim durian yang sedap tapi susah nak potong. Tapi, okay je. Surprise menjadi kerana saya tidak terfikir langsung.





Oleh kerana hari jadi saya jatuh pada bulan puasa, makan haruslah tidak ada sambutan di pejabat dari pada Ai Tee fikir saya. Silap rupanya. Ai Tee telah membelikan Liza kek dan menyuruhnya membawa pulang semua kek itu. Liza menyambut hari jadinya lebih awal dari saya. Saya sudah mnganggak Ai Tee akan membelikan untuk saya juga. Awal-awal dah bagitau Nina, boleh tak request Ai Tee tak payah beli kek? Haha. Budget anak buah kesayangan. 

Lagi satu yang baru adalah WhatsApp group untuk Commercial yang setakat ini digunakan untuk wish birthday orang sahaja. Saya sudah memesan kepada Ai Tee, Mr. Lim dan Geng Luncheon supaya tidak memasukkan saya ke dalam group itu. Pada hari kejadian, awal-awal jam 7.15 am, Keng Meng dah wish dalam group. Bertalu-talu orang wish. Haha. Segan betul. Dahlah birthday saya sama tarikh dengan Senior Manager saya Alice. Yang comelnya Tim datang dengan Steve wish personally dekat saya. Comel!!! 

Pagi kejadian juga, saya cakap dengan Ai Tee, 'If you wish to buy me a cake, no needlah. Rumah sewa I peti sejuk penuh,' Sebab masa Liza, Ai Tee beli kek masa lunch. Bajet, tak payahlah diorang beli. Sekali Ai Tee kata, 'Dah beli dah. Dalam freezer,' Dia half day hari tu. Haha. Cis, lambat tindakan kau ni. Tapi, takpelah. Kek dia beli tu sedap kot. Saya letak je dekat freezer ofis, nak balik Klang hari Jumaat, bawa balik. Mak suka sebab tak manis sangat.






Petangnya lepas kerja, keluar dengan Aleen. Sebab dia ada kat sini. Kami berbuka puasa bersama. Cadang mahu ke Kyochon. Beratur orang. Maka kami ke Dubuyo sahaja. Masih mengekalkan tema Korea ya kawan-kawan. 






Alhamdulillah untuk semua nikmat umur, kesihatan, rezeki, keluarga, kereta, rumah, iman, Islam, sahabat, pekerjaan, akal fikiran, anggota tubuh badan, ilmu, amal dan banyak lagi nikmat Allah yang ada pada saya. Semoga dapaat memberi kebaikan lebih banyak, beramal lebih banyak, belajar lebih rajin, menjadi hamba yang lebih bertaqwa, anak yang solehah, pekerja yang lebih amanah dan bertanggungjawab ya Nadiah binti Zainal. Selamat Hari Lahir. I love you so much! 



Love..

Friday, June 7, 2019

Rindu

Benar
Kau datang tanpa dipaksa
Memberi rasa tanpa dijangka
Tidak terlalu memaksa
Aku tidak perlu berpura
Kau terima seadanya
Hubungan ini luar biasa
Kau menyambut saat aku memula
Memang jauh dari norma
Benarlah jika kita selesa
Banyak benda untuk dibicara
Satu persatu benda ditanya
Dan kau menjawab tanpa dipaksa

Ya
Aku menduga-duga
Ikatan ini sampai ke mana
Tidak mahu terlalu meminta
Walaupun itu tujuan utama
Biarlah kita mengenal sesama
Pesan sahabatku
Usah memikir terlalu lama
Menambahkan pening di kepala
Cukup untuk sekarang sahaja
Yang lain, kau nyahkan jua

Akur
Kuturutkan katanya
Menikmati sahaja peristiwa
Menjiwai rasa
Berkongsi cerita
Dari diri, kerjaya dan keluarga
Benarkah ini rasanya
Beginikah caranya
Selesa itu membesar makna
Jarang aku sebegini rupa
Aku terima dengan gembira
Sehingga aku terlena seketika
Menganggap ia sesuatu yang istimewa

Terlupa
Aku terbang terlalu tinggi
Walau sudah terdetik di hati
Berpijak sedikit pada realiti
Kelak jatuh kurang disakiti
Degil juga rupanya diri
Masih mahu bermimpi
Walau tidak tidur di siang hari

Tiba-tiba
Kau seperti mahu menghilang diri
Membalas pesanan tidak seperti
Hari-hari sebelum ini
Aku masih tercari-cari
Silap apa yang telah terjadi
Dan aku tidak jumpa walau seinci
Kurasa kau bukan begini
Membiarkan aku seorang diri
Ku percaya pasti
Kau punya alasan kukuhmu sendiri

Percaya
Dengan semuanya
Aku melihat ini sebagai tanda
Yang kau bukan orangnya
Seperti sebelum-sebelumnya
Habis tenang tanpa ke fasa
Untuk peringkat seterusnya

Pelik
Kau tinggalkanku rasa berbeza
Rasa yang tidak pernah aku ada
Kepada jantina berbeza
Kukira inilah rindu yang diperkata
Untuk orang bercinta
Walau kita tidak pernah ada apa-apa

Oh
Inilah rasanya
Inilah gembiranya
Inilah sakitnya
Aku sedang merasainya
Terima kasih untuk pengalaman berbeza
Jujur, aku menikmati semuanya

Semoga
Semuanya baik-baik sahaja
Untuk aku, kau dan kita
Biarlah masa merungkai segala
Walau kita tidak berdua
Kita masih sekerja
Mogaku tidak memendam rasa
Dan melayan kau dengan berbeza
Sebagai tanda kematangan jiwa
Jika bukan jodoh, masih bisa bekerja bersama

Aku punya rencana
Kau juga pasti ada
Rencana Allah jualah yang kita kira
Terbaik di alam semesta
Yang Maha tahu kehendak hambaNya
Aku redha atas semua

Kekasih awal dan akhir. #tilljannah

Kesang Tua, Jasin
07 Jun 2019

Love..

Tuesday, June 4, 2019

Iftar Perdana di Rumah Mak Lang

Seperti kebiasaan bulan puasa tahun-tahun lepas, emak akan membuat majlis berbuka puasa bersama adik-beradik emak. Dan menjemput juga Mak Lang kerana duduk dekat sebelah rumah je. Hehe.

Kali ni, Along pulang ke kampung untuk menjemput Nenek Saabah dan Nek Som datang sekali ke sini. Seterusnya mengambil Nafisah di lapangan terbang pada hari Jumaat. Saya sempat ke KL kerana Minetech mengajar berbuka dan operation menjemput kami. Sebelum ni, tiada pun yang mahu mengajar berbuka. Oklah. Susah tau nak buka kat luar. Terawih, memang tengok rajin lah nak buat ke tak. Kalau buat pun, surah Al-Ikhlas je ar. Hehe.

Hari Sabtu pagi-pagi teman mak pergi pasar. Pergi dengan Mina sekali nak cari kacang untuk buat goodies majlis Ipah nanti. Sampai-sampai rumah, nenek memang dah siap-siap potong bawang kat dapur. Semangat betul nenek ni. Kitorang pun masuk juga dapurlah. Gitu gini begitu begini, tengahari dah siap masak. Ayam kampung masak lemak, ikan tenggiri masak lada, sambal belacan siap untuk makan buka nanti. Dah boleh rehat. 

Dalam pukul 6.00 tu masing-masing dah penuh kan dapur nak buat air panas, ai sejuk, hidang semua, waktu ni pun tetamu datang bawa lauk, nak baca doa lagi. Meriah sungguh. Alhamdulillah, semua adik beradik mak datang kecuali Achik Iza sebab esok dia dah nak masuk operation room untuk bersalin. Tahniah Achik! Atas kelahiran anak lelaki. Semoga dipermudahkan untuk pantang dan hari-hari selepas itu. 

Rahman datang bawa nenek dengan Mak Chah dari kampung. Pak Amjah pula dah duduk di Ipoh, jadi boleh datang juga. 

Pasar pagi










Sambut birthday Akmal


Esok paginya, ayah kejut sahur. Nenek dah makan dulu. Kami, biasa lah dalam pukul 5.15 am baru turun makan. Tengah-tengah makan, nenek dah siap nak pergi solat Subuh di surau. Nek Som pandang kitorang yang tengah seronok makan ni sambil cakap, 'Nek Som dah tak jadi macam ni punya gaya ni.' Haha.. Penangan seronok lagi makan tak reti waktu imsak. Imam Zainal kata okay, kami ikutlah.

Pagi Ahad tu, sempat bawa nenek pergi melawat Nek Siah yang jatuh semasa di kampung. Sekarang tinggal di rumah anaknya di Padang Jawa.


Bestnya ada bestfriend sampai dah tua ni. Saudara-mara kita saudara-mara dia juga. Lepas tu jenis mudah je nak pergi mana-mana. Semoga gembira sikit nenek. Maaf menyusahkan kena masak. Tapi, kalau duduk dekat rumah lama-lama nanti bosan. Haha. Justify perangai sendiri.

Alhamdulillah untuk nikmat keluarga dan orang sekeliling yang baik. 

Love..