Friday, December 21, 2018

Happy Birthday Alin

Copied from my instagram. Put it here, coz the one who will re-read my blog is only me. :p

For my beloved cousin, bestfriend, advisor, listener, dietician, and many more hat that you wear for me. Happy birthday! 
..........................  

Sebab budak ni banyak sangat mempengaruhi pembesaran aku. Dia yang kenalkan aku dengan BSB, Westlife, 911, Boyzone dan boyband yang ramai zaman tu. Yang ajar aku baca Smash Hits, novel Julia Quinn, Nora Roberts dan author romance yang lain. Yang ajar aku dengar kaset Max 1 sampai ke berapa entah. Yang minat gila dengan husband Kate Middleton zaman handsome dulu sambil cerita pasal Lady D. Yang ajar aku chatting guna dial up. Yang bila cuti sekolah, aku sibuk2 kat rumah dia sebab dia ada orang gaji dan aku boleh bermalas-malasan. Yang selalu amik tugas jaga budak2 kecil supaya mak diorang boleh buat kerja dengan tenang (pada masa yg sama, dia pun takyah buat kerja. Lol). Yang reject budak nak ngorat aku dulu (haha. Anak dah dua orang dah budak tu). Yang ajar aku makan mahal-mahal dan sedap.

Yang rajin buat itinerary dan bawa aku jalan-jalan luar negara. Yang rajin explain pasal bola dekat aku sampai aku taulah offset tu camne dengan nama2 pemain liverpool tu. Yang ajar aku mula-mula minat k-pop sampai aku ulang We Got Married berapa juta kali entah. Yang kenalkan aku dengan Yasir Qadhi, Nourman Ali Khan, Tariq Ramadhan dan Yasmin Mogahed. Yang selalu sabar dengan pengurusan masa aku (sekarang dah kurang marah sikit kalau aku lambat nak jumpa dia. Haha). Yang bergaduhnya tak lama sebab sayang mengatasi segalanya. Yang rajin nasihatkan aku dengan sabar. Yang bagi aku tau strategi nak masuk syurga. Dan banyak lagi benda yang jadikan aku knowledgeable sebab dia sangatlah sukakan ilmu. Dan sebab ada orang macam dia dengan aku, terpalit sama ilmu-ilmu tu ke aku.
Untuk semua di atas dan  banyak lagi kenangan lalu dan akan datang yang akan kita cipta sekali, terima kasih banyak-banyak Lin.

Aku selalu doakan kebahagian dan kegembiraan hidup kau. Diberikan Allah kemudahan dalam kehidupan. Dirahmati dan diberkati hidup di dunia lagi-lagi di akhirat. Disayangi orang sekeliling. Dijumpakan dengan pasangan yang bertanggungjawab. Tercapai cita-cita yang kecil dan besar. Dikuatkan ikatan kasih sayang antara kita. InsyaAllah, samalah kita cari masing-masing kat syurga nanti. I love you LillahiTaala.

Selamat Hari Lahir sayang. 😘😘😘










Love..

Saturday, December 8, 2018

Selesa Resort - Percutian Keluarga

Percutian kali ini tercetus akibat emak dan ayah yang selalu pulang ke kampung dan Adik merengek (haha. hiperbola di sini) tak dapat ikut sebab dia dah mula kerja. Kesiannya adik saya. Tidak mengapa sayang, sekurang-kurangnya dapat rasa perasaan lain tu. Penat kerja. Selama ni duduk kerja belakang rumah je. 

Jadi, emak pun mencadangkan kami pergi bercuti. Destinasi sebelum itu, kami mahu ke Janda Baik main air sungai. Tak dapat cari hotel pula. Tengok Booking.com, ada apartment dekat Selesa Resort. Dekat Bentong. Pilih tarikh, dapatlah dua hari adik cuti. Kak Mina dengan Muzakir pub boleh cuti. Mak-mak dan Kak Cik pun cuti. So, ke Selesa Resortlah kita. 

Naik tiga kereta semua, semua kereta pun penuh barang. Haha. Memang tak boleh ada space kosong, nak masukkan juga barang. 
Mak, parking dah tak cukup.

Tak sabar nak mandi kolam

Sampai-sampai cari pelampung 

Terima kasih Busu!

Berjalan ke swimming pool

Nilah kenikmatan diorang


Terima kasih Pak Tam, melayan

 Cheerleader tepi kolam..


 Yang berpahalanya pergi jalan ni, solat mesti jemaah. Kat rumah, boleh lari2.

Bentong. Tak boleh jamak yer.

Sesuci kasih Ramadhan

Luka masa main swimming pool

Breakfast


In case next time nak pergi. Apartment ni, dekat dengan swimming pool

Baliknya, nak check out, dok fikir nak makan kat mana. Ah ha, on the way nak balik lalu rumah Mak Ina. Mula-mula cadang nak beli lauk, makan rumah Mekna je. Sekali mak telefon nak bagitau perancangannya, Mekna kata dia nak masak. Wuhuuu. Pucuk dicita ulam mendatang. Masak tomyam, sayur campur, ikan goreng, telur dadar. Pergh. Memang Mak Ina yang dulu, bukanlah yang sekarang. Bukan biasa-biasa. :)





Terima kasih Mak Ina dan Pakcik Ghani atas layanan kalah hotel lima bintang. 

Nikmat keluarga walaupun selalu bergaduh ni sebenarnya saya sangat syukuri. Saya mempunyai kawan yang sakit dan adik-beradiknya tidak mengambil kisah pun mengenainya. Sebenarnya, saya juga tidak pasti adakah kami akan begitu. Keluarga kami jarang diuji dengan masalah kesihatan. Antara nikmat Allah yang selalu kena syukur adalah kesihatan yang baik. Semoga Allah tidak menguji kita dengan ujian yang tidak mampu kita tempuhi. 

Dan semoga kita sekeluarga, emak ayah, adik beradik, ipar duai, anak buah, pakcik makcik, datuk nenek, saudara-mara, jiran-jiran, guru-guru, muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat akan berkumpul bersama-sam di syurga Firdaus nanti. InsyaAllah. 


Love..