Baru-baru ini tangan saya dijangkiti dengan bintik-bintik merah. Saya telah ke farmasi dan pakar farmasi memberitahu saya bahawa saya mengalami alahan dan memberikan saya ubat. Hampir dua minggu saya menyapu, tetapi tiada kesannya.
Saya terpakss pergi ke klinik pula untuk mengetahui apa sebenarnya masalahnya. Semenjak kecil, kami adik-beradik jarang diajar ke klinik jika sakit. Biasanya penyakit dahulu cuma demam-demam dan hanya perlu menelan panadol sudah boleh sembuh. Sekarang ini, takut saya mendengar perihal anak-anak kawan saya yang batuk dan demam sedikit, hantar pergi hospital dan meninggal. Takziah Ina atas pemergian Ili beberapa tahun yang lepas. Semoga bertemu di syurga kelak.
Selepas ke klinik, doktor memberitahu penyakit saya adalah ketuat atau corn/warts dalam Bahasa Inggeris. Doktor memberi saya ubat untuk disapu sehari dua kali. Semalam, semasa sedang menyapu ubat, saya terfikir betapa bergunanya tangan saya ini. Sebelum menyapu ubat, saya menyapu minyak rambut, krim pelembap muka, lotion di kaki dan kemudian ubat di ketuat (ini adalah waktu rajin, jika tidak lepas sapu ubat terus tidur. Kadangkala tidak sempat sapu sudah tertidur). Banyaknya kegunaan tangan saya ini. Tidak dapat membayangkan jika hidup tanpanya. Alhamdulillah untuk nikmat Allah ini.
Untuk melihat kebesaran Allah, cukup dengan benda-benda kecil di keliling kita dan bersyukur.
Love..