Friday, November 25, 2016

Kerana kami Anak Malaysia

Rakyat bersatu kembali
Untuk kesekian kali
Turun bersama ratusan ribuan kaki
Menunjuk rasa hati
Mahu menghentikan korupsi
Di tanah air sendiri

Rakyat kini bersatu tenaga
Sudah tidak berdiam duka
Mencela pemimpin dan mangata sahaja
Kami sudah ke jalanraya
Mahu menuntut hak bersama
Bukan untuk saudara-mara

Langkah kecil kami, besar sekarang
Untuk negara yang tersayang
Berjalan berkumpul pagi ke petang
Dengan impian dan angan-angan
Supaya berubah masa hadapan
Menuntut satu demokrasi yang dijanjikan

Masa depan anak cucu kita
Dan juga kepada pewaris bangsa
Ketidakadilan harus ditentang bersama
Moga usaha kecil ini membantu usaha pejuang negara
Untukmu Malaysia yang tercinta.

251116
Southgate


Kami anak Malaysia. :)


Love..

BERSIH 5

Lama dah tak berblog. Rindu. Dalam kepenatan baru pulang kerja, saya gigihkan menaip kenangan hujung minggu lepas. Menyertai Bersih 5. Pagi Sabtu, 19hb November 2016, sepatutnya saya ke kelas anjuran pejabat di Kota Kemuning. Tetapi, saya memilih untuk ke Kota Raya, berpesta. Bersih 5 umpama pesta untuk rakyat di bandaraya. Ikut sukalah berjalan-jalan kerana semua laluan masuk ke KL ditutup. Berbanding Bersih 1 hingga ke 3, kami masih dikejar FRU dahulu. Saya mempunyai pengalaman melarikan diri dari gas pemedih mata. Bermula Bersih 4, suasana agak tenang. Provokasi juga kami sudah pandai kawal. Semua turun ke jalan untuk satu matlamat, menunjukkan sikap bahawa kami menuntut 5 tuntutan seperti di gambar.








Pada hari Isnin, kawan saya bertanya kenapa join Bersih5. Dia melihat ramai yang datang cuma bergambar sahaja. Tak nampak apa-apa perubahan pun. Teringat kata-kata Tony Pua di dalam satu siri jelajah Bersih yang lalu, anak muda ini memang sukakan sesuatu yang segera. Mahu membuat sesuatu dan terus mahu melihat keputusannya. Termasuk makanan juga mahu segera. Tetapi, tidak mengapa. Sebab itu sedikit tanggungjawab kita yang celik politik menceritakan apa yang berlaku. Memberi awareness untuk orang yang kita mampu capai. Menunjukkan kepada pemimpin yang kita mahukan pilihanraya yang bersih, kebebasan bersuara dan yang lain juga. Perjuangan ini benda yang tiada penghujung. Perjuangan akan disambung-sambung oleh orang lain. Perjuangan melawan diri sendiri juga perjuangan. Perjuangan menjadi baik dan semakin baik setiap hari. Semoga kita semua berjaya.

 #post yang entah apa-apa sebab ngantuk,tapi dah rindu nak baca blog sendiri.

 Love..