Selamat tahun baru 2014.
Sudah hampir habis bulan Januari. Dan entri terakhir adalah pada 1hb Disember. Berperang dengan masa dan kurang perancangan menguruskan masa, inilah jadinya. Tak sempat tulis blog. Yang nak baca blog sendiri nanti, diri sendiri juga. (-,-‘) Maka, terimalah sedikit cerita mengenai aktiviti dan ke mana perginya saya habiskan masa untuk usia yang makin sedikit ini. Semoga bermanfaat.
Sudah hampir habis bulan Januari. Dan entri terakhir adalah pada 1hb Disember. Berperang dengan masa dan kurang perancangan menguruskan masa, inilah jadinya. Tak sempat tulis blog. Yang nak baca blog sendiri nanti, diri sendiri juga. (-,-‘) Maka, terimalah sedikit cerita mengenai aktiviti dan ke mana perginya saya habiskan masa untuk usia yang makin sedikit ini. Semoga bermanfaat.
Lyza, Nad dan saya telah berjaya ke Big Bad Wolf di The
Mines. Kali pertama untuk saya dan kali kedua untuk mereka berdua. Buat pertama
kali, saya keluar malam dan balik pada jam 4 pagi di rumah sewa PJ. Ini barulah
duduk Kay Ell namanya. Tahu mak saya, lari satu kampung dengan parang juga ni. Haha.
Haruslah mak saya tahu. Gila apa tak bagitahu mak. Apa-apa jadi nanti, siapa
nak menjawab? Untuk mengelak orang ramai,
kami memilih untuk pergi di tengah malam. Berpandukan waze, kami selamat sampai
ke sana setelah berpusing-pusing waze membawa kami kerana mahu mengelakkan
kesesakan lalu-lintas. Sesak malam-malam buta, dah kenapa? Esoknya cuti sabtu.
Pastilah. Sesampai di sana, masih ramai juga orang. Tetapi, masih tidak seburuk
tahun lepas semasa Lyza pergi. Hampir lima novel saya beli dan masih tidak
sentuh sehingga sekarang. Haha. Azamnya, selagi tidak habis membaca novel itu,
tahun ini tidak akan pergi lagi ke sana. Semoga berjaya diri!
Kalau fokus kat baju yang kami pakai, masing-masing pakai baju yang balik nanti boleh terus tidur. Hehe.
Ini adalah screen capture dari video sahaja sebab budak yang kami minta tolong terambil format video.
Tahun ini, saya mempunyai keluarga baru. Keluarga usrah. Alhamdulillah.
Hasil mengikuti Wardina Safiyyah di laman sosial, dia dan rakan-rakannya sedang membuka usrah di sekitar Lembah Klang. Saya berjaya mengikuti satu
usrah di PJ. Walaupun berbagai cerita mengenai usrah yang saya dengar sebelum ini, dan fikiran
saya yang entah apa-apa sebelum mahu menyertainya, saya tolak tepi. Niat saya
untuk memperbaiki diri dan menimba ilmu untuk menjadi muslim/mukmin yang lebih
baik saya tanamkan dalam hati. Allah sangat mudahkan urusannya. Memang dekat dengan rumah sewa saya. Usrah ini
seperti peringatan setiap minggu kepada saya. Saya memang memerlukannya
sekarang! Sudah tiada teman berbicara di bilik untuk menasihati dan
mengingatkan saya. Saya rindukan masa itu. Kami mentaddabur ayat-ayat cinta
Allah kepada kita. Saya pernah mendengar, jika kita mahu bercakap dengan Allah,
solat. Jika mahu mendengar Allah bercakap dengan kita, bacalah Al-Quran. Selama
ini, saya ada juga membaca maknanya, tetapi kurang memahami. Tetapi, dengan
berbincang dan diterangkan oleh sahabat saya Syamira (kerana tidak mahu digelar
naqibah/ustazah/cikgu/sister) sebagai ketua usrah kami, saya lebih faham dan
lebih dekat dengan Al-Quran. Semoga Allah semakin mendekatkan hati-hati kita
dengan Al-Quran.
Antara geng usrah saya. Mereka gelar support group instead of usrah. Sempoi tak? Waktu ni join big circle dekat Masjid Ampang. Mira ajak bergambar dengan Wardina. :D
Talk hari itu disampaikan oleh Dr. Harlina Siraj bertajuk Managing Diversity. Ketua usrah kami, Syamira yang berjubah merah itu. So lovely.
Sahabat yang saya angkut ke mana sahaja tanpa banyak soalan. Lyza memang sangat best. Tiba-tiba dia free pula hari itu. Cadang saya dah tak pergi dah. Ampang jauh untuk saya seorang.
Selain itu, penjenamaan semula KAMY dan bermesyuarat
semasa Ihtifal Taski Cik Leha pada Disember yang lalu. Jenama semulalah sangat.
Lebih kepada pengaktifan semula setelah sudah lama tidak berprogram hasil
kekurangan rajin setiausahanya iaitu Nadiah. Ish ish ish. Anak siapa yang comel
tu? Encik Anuar mahu kembali mengaktifkan YPU. Maka, termasuk di bawahnya
adalah KAMY. Hasil mesyuarat dan semangat jitu dan positif setiausahanya serta
sokongan dari insan terdekat (mohon doa
tabah dan berterusan yer), maka program pertama merupakan perkongsian Mak Ina bertajuk 'Erti Hidup Pada Memberi'. Selepas itu KAMY berkolaborasi bersama
team Dapur Jalanan – memberi makan gelandangan di Jalan Panggung KL pada 19hb
Januari yang lalu. KAMY telah membeli keperluan asas untuk diberikan kepada
gelandangan. Keperluan asas berjaya dibeli hasil carian sepupu kesayangan saya Alin dan saya di Mydin Subang
pada cuti Maulidur Rasul yang lepas. Akan ada lagi program seperti ini bersama mereka selepas
ini sebelum KAMY bergerak sendiri. InsyaALLAH. Anda digalakkan memberi
sokongan dan sumbangan. Maklumat mengenai Dapur Jalanan di sini.
Mak Ina sedang memberikan perkongsian.
Encik Anuar menerangkan untuk mengaktifkan semula YPU.
My support group untuk KAMY. Tulang belakang saya, Alin dan Muhammad.
KAMY join feed the homeless di Jalan Panggung. Bergambar bersama collegeless Adam Adli. I'm stucked with his 'bagi je.'. Omo!
KAMY berjaya menyumbang ini kepada gelandangan sebanyak 130 set.
Macam comel je bungkusan ni. Macam comel je.
Macam comel je bungkusan ni. Macam comel je.
Yang ini seriously comel macam nak terbalik. Anak-anak buah saya juga turut ringan tulang bantu membungkus.
Saya juga berkesempatan bersarapan di Tasik Shah Alam bersama ahli keluarga Othman
yang tinggal di Lembah Klang. Perancangan last minute dari Alin dan
saya untuk mengajak kami berkumpul sebelum habis cuti sekolah yang lepas itu memang
mengujakan. Perancangan awal mahu membawa sepupu-sepupu yang sedang bercuti ke
pameran Doraemon di KL. Tetapi melihat yuran masuk mahal, maka plan A bertukar
plan B. Kelebihan plan B adalah disertai lebih ramai orang dan lebih meriah. Bersama-sama
membawa sedikit sarapan sesama kami, masa itu kami kemaskini cerita keluarga.
Pak Long baru pulang dari percutian dan konvokesyen Arif di Australia, Alin
bakal menghadapi temuduga UiTM selain Muhammad dan Muiz yang sudah menghabiskan
pembelajaran mereka. Tahniah semua!
Ahli keluarga Othman yang tinggal di Lembah Klang. Pak Busu dah balik kampung masa ini. Mak Ina juga tidak dapat bersama kali ini. Gambar diambil tanpa kebenaran gambar dari fb Pak Long. Terima kasih Pak Long. :D
Teha dan Naziha sedang berpraktikal di Kuantan sekarang. Bertabahlah korang. Nafisah baru memulakan praktikalnya di Banting. Semoga dipermudahkan sayang. Kak Mi tengah excited nak memahirkan kemahiran membawa kereta. Lepas ni ada rezeki, dia pun nak bawa kereta juga.
Saya juga sempat bercuti bersama keluarga di Janda Baik. Kak Long saya yang
merancang semuanya. Saya bayar dan bawa sahaja. Walaupun dua hari semalam
sahaja, sesekali dapat melarikan dari hiruk-pikuk kerja merupakan sesuatu yang
sangat menarik! Lagilah menghabiskan masa bersama keluarga tersayang. Selama
ini memang berjumpa sahaja di rumah, tetapi bila berkumpul di tempat lain,
perasaannya adalah berbeza. Terima kasih Along. Selain itu, Pak Chim dan
keluarga juga turut mengikutinya. Sofiya sakit telinga. Malamnya, Cik Lia dan
Pak Chim tidak tidur kerana menjaga Sofiya. Waktu tu, saya memang menghargai
sangat nikmat tidur dengan lena sebelum ada anak sendiri nanti. Haha.
Balik dari Janda Baik, Pak Chim ke specialist ear, nose and throat (E.N.T) di Klang. Sebelum itu ke Bangsar tetapi sudah tutup. Sudah E.N.D. Hehe. Alhamdulillah berjaya keluarkan ulat di telinga Sofiya.
Like mother like daughter..
Airnya adalah sejuk tapi bersih. Boleh nampak dasar.
Bukan mandi pun, basahkan kaki sahaja. Hehe.
Pada malam setelah balik dari Janda Baik, Nafisah, Daus dan saya
menyambut sambutan 2014 di Padang Kemerdekaan Shah Alam. Tahun ketiga untuk kami menyambutnya. Walaupun tiada Ustaz
Azhar Idrus, saya rasakan program yang merupakan antara kempen anti-zina anjuran kerajaan
Selangor ini masih berjaya. Penutupnya diiringi doa oleh Ustaz Don Daniyal itu memang menyebakkan. Saya teringat sepupu saya
Amir, kami menyambutnya bersama-sama tahun lepas. Sekarang sudah berada di
Jordan menyambung pelajarannya. Semoga dipermudahkan urusan kamu di sana Amir. Juga
buat sepupu-sepupu saya yang sedang menuntut ilmu dan bekerja. Semoga dipermudahkan semua.
Tahun ini juga, saya punya baby bagak sudah berumur setahun.
Syukur Alhamdulillah. Dah selamat memperbaharui road tax dan insurance bulan
lepas. Telefon je orang yang hantar
pesanan ringkas untuk memperbaharui lesen dan mereka hantar kepada saya di
pejabat. Tetapi tahun depan mungkin boleh buat sendiri. Mudah sahaja kata Adli.
Setahun perjalanan kereta itu, lima kali servis. Lasak betul penggunaannya.
Oleh kerana ia adalah kereta buatan tempatan yang dipertikaikan kemampuannya,
maka saya sedaya upaya mengikut jadual servis walaupun biasanya terlari. Selain itu, saya masih menghantar di pusat servis Proton terpilih. Setakat ini, hanya tayar pancit sahaja. Semoga
masih sebegitu sehingga akhirnya. Amin. Nasib, nasib juga membeli kereta ini bak kata Pakcik saya.
Setakat ini dahulu. Semoga saya semakin rajin menulis selepas ini dan lebih merancang masa. Hehe. Selamat Tahun Baru 2014. Saya mendoakan
keselamatan dan kesejahteraan semua pembaca blog saya. Semoga kita sentiasa di bawah
limpahan rahmat dan kasih sayang Allah di tahun-tahun mendatang.
Love..