Friday, January 23, 2026

Jawapan Ketiadaan Bonus

Rabu lepas, Chin mengajak saya berbincang mengenai perihal bonus saya. Mari kita. Chin memberitahu yang dia mencuba mendapatkan penjelasan dari HR Director kami pada Jumaat dan Isnin, tetapi tiada responds. Dia mengambil inisiatif untuk ke North Sydney mencari dan berjumpa dengan Chris Pilling. Selepas itu, dia memberitahu outcomes yang diperolehi. Menyatakan bahawa tahun lepas kami tidak mempunyai project, jadi markah untuk mendapat bonus telah ditinggikan. Maka, ramai juga orang tidak mendapat bonus. (Aku peduli apa yang ramai tu, aku nak tau aku). Sebelum ini, 'Satisfy' sudah boleh mendapat bonus, tetapi kali ini di tangga 'Competent' barulah dikira mendapat bonus. Saya menyangka Chin meletakkan saya 'Satisfy' kerana markah yang dia berikan 3 sahaja dan kami berdua bersetuju dengan rate itu. Selama ni kat Malaysia, apa pun rate saya dalam KPI, saya masih mendapat bonus. Jadi, saya kurang pandang markah itu. Adakah disebabkan rate itu, tidak melayakkan saya mendapat bonus?

Tetapi tidak ya. Chin telah meletakkan saya di tangga 'Competent'. Malangnya, saya masih tidak mendapat bonus. Kemudian Chin memberitahu yang selepas HR melakukan calibration itu, ada lagi sekali calibration bersama senior level untuk mengelakkan favoritism ataupun under evaluation. Di sini segalanya bermula. Senior level mengrate saya sebagai tidak layak mendapat bonus kerana tidak perform. Mungkin kerana (mungkin yer sebab Chin tidak pergi bertanya kepada Director Commercial itu) saya passive di bilik meeting dan di antara Cost Controller, ada yang lebih baik. Lagi pula forecast tunnel banyak kekurangannya tahun lepas. Walaupun ia bukan scope cost controller sebenarnya. The heck! Airmata saya bergugur tanpa boleh ditahan. Saya dievaluate oleh orang yang tidak bekerja directly dengan saya. Sungguh tidak boleh diterima oleh akal fikiran saya. Benda yang sama saya ulang sebelum ini. Saya bekerja sehabis baik untuk kerja saya dan giving me no bonus is nonsense. Saya tidak boleh bekerja dengan orang yang tidak appreciate kerja saya.

Chin memberikan dua pilihan kepada saya, samaada saya mahu mengambil pengajaran ini dan improve menjadi lagi baik atau pindah team. Dia tidak mahu saya bekerja dengan tiada motivasi. Saya menyatakan yang saya suka bekerja di sini. Semua team bekerjasama dengan baik dan saya tidak perlu fikir untuk ke North Sydney travel sejam pergi dan sejam balik. Dia tidak mahu saya bekerja kerana convenient. Dia mahu saya berada di tempat yang sepatutnya saya berada. Dia tidak mahu saya membuat keputusan sekarang di dalam keadaan emosi saya seperti itu. Saya pun bersetuju untuk bertenang dahulu dan kembali menyambung pekerjaan. Sepanjang hari saya bekerja dengan tenang tanpa memikirkan perihal itu. Sehinggalah saya ada meeting bersama Layla, Chin dan Tom. Chin memberitahu Tom yang dia akan bercuti selama dua minggu. Tom terperanjat dan Chin menyatakan yang dia meninggalkan strong team untuk support operation. Kemudian Tom being Tom, kerja dia praise orang je. Dia menyatakan 'It's okay, Nadiah here'. Di waktu itu, airmata tanpa dipaksa bergenang. I'm good in my works! I can see it in others. Layla pun siap kata aku senang kerja dengan operation semua. Zen siap minta aku cakap dengan Tom lagi, tetapi malaslah aku melibatkan yang bukan team aku. Diorang mestilah kena respect keputusan leader masing-masing.

Aku masih suka kerja situ, tapi the mixed feelings bila dia trigger tu, aku tak boleh justify ke diri sendiri. Bila buat kerja biasa, aku okay. Bila orang cakap aku perform dan boleh buat kerja, terus trigger emosi. Aku perform kot, asal tak dapat bonus? I just can't work with this kind of emotions. Aku tak buat lagi istikharah. Malasnya nak bangun pagi-pagi tu. Nadiah, bangun dan buatlah. Walaupun kau dah berat tahu kau taknak kerja situ, doalah dengan Allah beri petunjuk sebab lepas ni kena deal dengan Alice pula. Kerja baru lagi. Banyak benda nak minta petunjuk.

Buat julung-julungnya, aku yang dalam kebanyakan perkara dalam hidup merasakan tidak kisah, sangat  terkesan dengan bonus ini. Bukan kerana duitnya. Aku percaya. Tetapi kerana aku merasakan aku telah bekerja dengan gigihnya, tetapi tidak diiktiraf. Anak didik Ai Tee kot. Penat dia bentuk aku enam tahun. Alih-alih orang lain kata aku tak perform? Ai Tee dulu siap marah-marah aku giler-giler kot, bonus masih dapat yer. Yang kat sini, dahlah tak kena marah atau tegur, alih-alih tak dapat bonus. The heck lagi! Haha. 

Susah yer kerja bos ni. Untuk kes ini, aku bagi extra point untuk Ai Tee. Dia akan fight untuk anak buah dia. Bos aku sekarang, aku rasa dia nak jaga hubungan dengan Director kitorang sebab lepas ni station packages, dia akan under bos tu. Aku tak salahkan dia pun juga. Dia dah buat apa yang dia boleh buat. Aku teringat time Ai Tee dengan Alice nak naikkan aku jadi Assistant Manager, Eric tak kenal aku. Alice bawa aku masuk bilik Eric, lepas keluar dia bagitau. 'Bos tak kenal you, it's your fault.' Aku gelak je. Memang dari dulu aku tak suka exposed kot. Ko nak suruh aku improved? Haha. Ni kira dah banyak improvement dah aku ni dari kat Malaysia. 

Untuk semua pengalaman ni, aku enjoy je. Dapat explore satu perasaan baru. Dah tua-tua baru nak rasa terkhianati. Haha. Cuma part nangis tu aku penat. Sebab dia mengalir sendiri tak boleh tahan. Penat otak kata okay2, takpe. Tapi, hati kata tak. Maka, dia pun menangislah. Alhamdulillah untuk nikmat ni. 

Ko tengok, nama aku sampai dua kali sebut.

Marilah channelkan perasaan ke sini.

Puasa sehari Syaaban

Okay, pasni citer yang best-best je. 

Love..

Wednesday, January 21, 2026

Selamat Tahun Baru 2026

Kita mulakan blog dengan berita kurang gembira di tahun baru. Buat pertama kalinya dalam sejarah bekerja bersama Gamuda, tahun ini saya tidak mendapat bonus. Semasa melihat surat di dalam sistem ketika bercuti, saya mendapati tiada bonus. Fikiran saya, mungkin ada surat lain. Saya meneruskan percutian yang padat tapi gembira di Malaysia. 

Selepas kembali bekerja dan makan tengahari bersama Ain, barulah saya mengetahui yang semua bonus ditulis bersama dengan increment letter. Saya pun memberi message kepada Chin bertanya hal ini. Dia membalas akan bertanya saya dengan lebih lanjut keesokan harinya. Saya bertanya kepada pei wen status bonus dan incrementnya. Tidak berapa menarik katanya, tetapi masih mendapat bonus. Saya memberitahu perihal surat saya yang tidak menyatakan sebarang bonus dan telah bertanya kepada Chin. Pei wen kata, mungkin HR silap. Esok tengok masa gaji masuk. Saya pun okay je. Meneruskan seharian seperti biasa. 

Esoknya, pei wen text saya bertanya update perbincangan saya dengan Chin. Tetapi, hari ini Chin cuti migraine pula. So, tiada sebarang update. Tunggulah gaji masuk nanti jam 12. Saya pun okay je. Di dalam hati, takkanlah takde bonus. Buat kerja beria-ia kot. Siap buat kerja contract admin lagi dan amik UGG01 cost control punya scope. Saya tidaklah terlalu perform, tapi takdelah aku tak perform sampai takde bonus. 

Jam lebih kurang 12 lebih, telefon saya bergetar notification. Duit dah masuk. Dan ya, hanya gaji tanpa bonus. Waktu itu, airmata tanpa sedar mengalir. Saya kurang pasti kenapa. Beria saya menyapunya dan menjustify diri sendiri. Ada penjelasan untuk semua ini Nadiah. Kita tunggu cakap dengan Chin nanti. Tetapi, masih juga tidak mahu berhenti. Saya menyeka beberapa kali. Ada meeting jam 1 petang nanti. Sila berhenti. Tetapi masih mengalir. Mata saya sudah bengkak. Saya ke surau solat dan menambah bedak. Masuk ke bilik meeting dengan mata yang bengkak. 

Habis satu meeting, waktu itu sudah boleh mengawal airmata. Saya masih meneruskan kerja, kemudian pei wen text status gaji saya. Berjurai lagi airmata. Pei wen menasihatkan saya pulang awal. Saya masih mempunyai meeting jam 3. Semoga habis awal dan saya boleh kejar bas jam 3.50pm. Saya menambah bedak di muka. Rasanya masih boleh nampak, tetapi apa yang boleh saya lakukan? 

Habis meeting jam 3.40pm. Saya mengambil bas jam 3.50pm. Di dalam bas, berjumpa Ikhlas. Dia tahu perihal bonus saya kerana saat makan bersama Ain, dia ada. Mengalir lagi airmata. Seperti yang saya ceritakan kepada Pei Wen, saya tak rasa saya tak perform sampai tak dapat bonus. Saya jarang mempertikaikan amount bonus yang saya dapat. Saya terima seadanya. Tetapi, untuk zero bonus is nonsense. Saya tidak mahu bekerja dengan orang yang tidak mahu appreciate kerja saya.

Balik rumah, saya tidur, makan dan bila mandi, saya kembali menangis. Sungguh tidak sangka saya begitu terkesan dengan ketiadaan bonus ini. Airmata mengalir tanpa boleh ditahan. Saya cuba, tetapi masih tidak dapat. 

Esoknya di Station St, Nicole bertanya khabar saya. Jawapan standard, saya okay je. Tetapi, jujur kali ini, saya menjawab saya tidak okay. Haha. Saat menceritakan kepadanya, saya sekali lagi menangis. Tolonglah airmata, asal murah sangat. Saya kurang pasti kenapa. Nicole siap mengajak saya membeli coffee. Haha. Malas layan perihal bonus ni. 

Chin tengah figure-out kenapa saya tidak dapat. Saya pun dah reach-out Alice kalau nak minta transfer if the outcome tak dapat bonus tu sebab bos tak bagi. Entahlah, saya pun tak sure camne. Doa je ar yang terbaik untuk saya dan masa depan. Semoga dipermudahkan dan ditunjuk jalan keluar. Amin. 

Sambut birthday Layla. 16/1

Main kad kat rumah Jiha

Bengkak giler mata. Haha

Jangan risau, sedih2 pun makan dengan tidur cukup



Love..

Sunday, December 28, 2025

Kursus Haji - Bemban

Tahun depan InsyaAllah, rezeki mak dengan ayah akan pergi menunaikan haji. Aku dah Nafisah masih dalam status merayu. Semoga diberi rezeki pergi bersama-sama mak dan ayah. Beberapa orang yang aku jumpa menyatakan keseronokan jika dapat pergi bersama ibu-bapa. Aku pula, mengajak Nafisah kerana kurang percaya dengan diri sendiri jika pergi sendiri bersama emak. Al-maklum, kerja bergaduh je dengan mak. Haha. 

Sekarang dah kena mula membaca dan study perkara-perkara yang perlu saya lakukan di sana. Saya merasa ralat sedikit ketika membuat umrah yang dahulu kerana pergi hanya mengikut orang, kurang sedikit pengisian di sana. Tetapi, masih bersyukur atas rezeki pergi mengerjakan umrah. 

Juga kos yang dikeluarkan untuk menunaikan Haji ini besar, semoga saya tidak mengambil enteng untuk kesempatan ini. Ya Allah, bantulah aku, mak, ayah, Nafisah dan semua saudara-maraku sebelum, semasa dan selepas menunaikan haji nanti Ya Allah. Berilah kami kefahaman dan mengerjakan amal yang soleh hanya untukMu. 

Hari ini, aku berkesempatan datang ke kursus haji bersama Nafisah. Alhamdulillah. Di samping dapat menyantuni kedua-dua orang nenek saya di kampung. Segala pujian hanya untukMu Ya Allah. Alhamdulillah. 


Semalam balik kg, 5 jam perjalanan


Simulasi haji


Love..

Sunday, December 14, 2025

Meeting Forecast UGG01 Pertama

Aku tak sangka aku capable untuk buat semua yang aku buat ni. Of course dengan bantuan Allah s.w.t, sebab siapalah aku tanpa Dia. Last year, aku jadi cost controller sorang2 je, tanya jugalah Chin untuk bemda2 yg aku tak tau. Sampai aku nak apply cuti baru aku tau aku report kat Ian. Maksudnya, aku settlekan kerja aku sendiri. Untuk UGG01 pun sama juga. Aku masuk meeting UGG01 pun sorang2. Takde manager pun. Sepatutnya Andrea, tapi dia tak cari aku, aku lagilah tak cari dia. Aku tanya-tanya Chin je minta support sikit2. Most of the things, aku buat sendiri. Dan dia pun beri idea dan support juga masa nak buat forecast ni. Sue dari finance pun support juga. Overall, semua pun mudah. Aku ingat akan jadi lagi teruk sebab tak dapat kerjasama dari Arlene. Alhamdulillah sangat, manageable. Sampai tak bangunlah tahajud. 😅

Aku suka diri aku sekarang. Ada improvement dari sebelum-sebelum ni. Dulu aku selalu kagum dengan Ai Tee or siapa-siapa yang boleh selesaikan masalah kerja. Aku belum sampai tahap Ai Tee lagi, sebab masih tak fikir panjang. Tapi, dah start fikir macammana nak selesaikan masalah, nak firm dengan decision aku supaya aku tak banyak kerja sangat nanti, dan kalau masih ditolak, cuba fikirkan jalan tengah untuk sama-sama selesaikan kerja tu. 

Dari aku sent email ke sorang-sorang manager 12 department ke meeting online dengan diorang ke selesaikan forecast sampai submit. Dari 12 department, 6 yang aku kena tolong juga, 6 lagi buat sendiri. Okaylah, half. Takdelah semua aku kena buat macam Arlene dulu. 

Pastu Allah selalu bagi kekuatan yang aku sangat syukur untuk berdepan dengan orang-orang besar. Meratib jelah doa Nabi Musa sebelum nak cakap dengan orang, baca doa dipermudahkan urusan setiap kali keluar rumah. Alhamdulillah Muslim, boleh doa dan bergantung dengan Allah.

Masa meeting, aku datang awal 10 minit. Gugup punya pasal. Aku sorang je dalam meeting room tu. Boleh pula John datang awal juga. Sudah. Aku ni dahlah malas nak borak-borak. Aku kata good morning dan lepas tu senyap je. Lantak situ. Tak kuasa nak berborak-borak. Dalam meeting, aku ada buat silap satu. Dia rileks je tanya apa yang betul. Aku tak taulah dia judge aku tak pandai buat kerja ke tak. Maleh aku nak fikir. Agak, dia pun paham aku baru amik kerja ni. Sue pun sangat membantu time meeting. Habis semua dengan tenang. Aku tak tau, aku buat keras je dekat situ. Aku tau, aku tolong jawab. 

Last Jumaat dah hantar semua pembetulan untuk UGG01. Takde pembetulan untuk yang lain. Now, boleh ke nak fikir cuti? Masalahnya, 10 payment schedule beratur dah sebab nak cuti 19hb ni. Pasti boleh Nadiah! 

Year End Party


Tengah turn Design. Aku tak jaga. 




Love..

Thursday, December 11, 2025

Trip ke Newcastle

Layla ada tournament petanque kat Newcastle. Dia ajak kitorang pergi since kitorang memang suka pergi Newcastle. Ingat nak balik hari je. Tapi, dah umur2 gini, kita keluarkan duit untuk tidur semalam jelah kat sana. So, seperti biasalah single girls trip. Grace mula-mula taknak join. Dia baru dua minggu balik dari Jepun. Total damage pergi Jepun AUD $5k. Nak kena recover. So, kitorang sebagai kakak yang baik, belanja homestay. Dia just bagi vibe je kata Mira. 

Akukan baru amik UGG01, ada satu department ni aku nak kena study sebab tak sempat buat minggu lepas. Condition Survey.  Aku siap cakap dengan Nick Frost hari Jumaat tu, aku study dulu forecast tu dan cuba buat on weekend. Dalam kepala, nak bawa ke laptop pergi Newcastle? Tapi, dah bayang dah jadual kat sana takdelah masa senggang sangat. Dan sejak-sejak baca buku ni, ko kena being present dan jangan multi-tasking sangat. So, aku decide nak enjoy je time aku kat sana, nanti balik hari Ahad, aku tengok.

Hari Sabtu tu, kitorang sampai terus pergi beach. 2 km je dari airbnb kitorang. Lepas main-main ombak, kitorang sambung mandi jacuzi dekat rumah pula. Malam tu keluar pergi Coles beli barang Layla nak masak. Settle makan jam 11 malam. Layla terus tidur sebab esok dia ada games. Mira dengan Grace sambung tengok movie dan aku teman sampai tertidur kat couch. Dalam pukul 1 pagi diorang settle tengok movie, aku sambung tidur dalam bilik. Ada sesekali aku teringat pasal kerja, lepas tu aku persetankan dia. Haha. 

Esok paginya, aku hantar Layla pergi games. Mira dengan  Grace tidur lagi. Kitorang pergi breakfast dulu. Time nak balik tu, Layla kata, macam mak hantar anak pergi games. Haha. Teringat hantar anak Ami pergi pergi training bola sepak. Lepas aku balik, mandi, kemas2 dan check-out. Kitorang pergi brunch dan jalan-jalan kat pantai. Layla kata, dia dapat loser team. So, mungkin akan balik awal. Aku dalam hati, ‘Patut ke aku doa dia kalah supaya kitorang boleh balik awal dan aku boleh buat kerja aku?’ Lepas tu aku istighfar. Aku doa je yang terbaik untuk Layla dan aku.

Aku pernah dengar Ustaz Azlan kata, kalau kau ada plan, dan plan kau tak jadi. Yang jadi tu plan Allah. Dan Dia sebaik-baik yang buat plan. So, aku lantakkan dan teruskan hari tu. Kitorang pergi dekat Layla sebab nanti kalau dia dah habis boleh terus balik. Time kitorang datang tu, dia eksaited tunjuk kitorang kat kawan-kawan dia. Aku repeat kata Layla, ‘Mak nak tengok anak main ni.’ Teringat aku reels yang tunjuk attendance matters. Bila budak2 buat performances dekat pentas, muka dia biasa je, tapi lepas nampak mak ayah dia, dia senyum gembira. 

Kitorang support kejap je sebab sejuk. Masing-masing pakai baju nipis je. So, kitorang pergi cari makananlah. Lepas makan dan isi minyak, Layla text kata dia menang. Aku dengan Grace, ‘Which loser team that won a champion? Different terms loser with the normal that we knew. Haha.  

Kitorang amik Layla dan balik Parra. Grace bawa sebab kitorang nak dia improve skills memandu dan aku nak tidur. Konon-konon nak save tenaga balik nak buat kerja. Aku tidur sepanjang-panjang perjalanan. Sampai rumah jam 10 malam, tapi tak larat nak buka kerja. Aku buat esok pagi-pagilah. 

Isnin tu, pukul 6 pagi aku dah buka laptop. Berjaya upload beberapa UGG01 dan cuba tengok kerja Nick Frost tu. Tapi, complicatednya aku tak boleh nak masukkan. Aku bagitau je Nick tu, kalau boleh submit without movement nanti kita buat balik next submission. Dan Alhamdulillah dia terima. Dalam tengahari tu, aku tinggal Enviro je nak hantar. Aku siap boleh buat satu payment schedule. Alhamdulillah untuk hujung minggu yang tenang dan hari Isnin yang berkat.

Sojuk angin dia



Jalan kat tepi pantai

Brunch Ahad

Breakfast Ahad


Pergi beach Sabtu

Breakfast Ahad tu

Love..