Ada sekali kat Malaysia, aku pernah kata dengan Deekay nak cuba ski. Macam menarik je boleh meluncur dengan laju ke bawah. Tapi Deekay kata, ‘Tak payahlah dah umur-umur macam ni buat aktiviti tu. Jadi apa2 nanti susah nak baik.’ Aku pun dengar je.
Tak sangka, dapat cuba ski dekat Sydney. Layla dengan Mira nak cuba, so sebagai follower tegar, kita ikut je. Aku minta mira tolong bookkan semua. Aku bayar je. Sebab dia pun beria nak aku join. So, trip kali ni semua main ski kecuali Ain. Trip kali ni enam orang. Menarik. Kitorang tak masak2 pun. Semua makan luar. Bawa portable stove ingat nak masak maggi pun tak guna. Sebab masing2 penat dah balik ski Sabtu tu. Kitorang pergi Jumaat petang dan balik Ahad pagi.
Sampai dekat Cooma, amik semua gear yang dah sewa, lepas tu balik bilik. Bilik plak dekat je dengan kedai sewa tu. Lima minit je drive. Esok pagi-pagi gerak dari bilik pukul 5 pagi. Nak kena ada sana paling lewat 6.30 pagi.
![]() | ||
Muka barai lepas 4 jam duduk dalam kereta |
Sampai pukul 3 camtu, aku dah tak berminat main. Aku nak join Ain tunggu dalam kereta. Mira dengan Sham kata dia pun nak rehat kejap kat kereta. Nanti dia sambung balik. Tapi, haram masing2. Lepas dah buka kasut dia, lega giler terus tak fikir nak pergi balik. Kitoranb lepak tidur je dalam kereta sampai Layla habis main. Dia pergi naik atas lagi dengan sparky dia.
![]() |
Pulang gears |
Ahad tu, dalam pukul 10 pagi gerak balik. Singgah kat Canberra amik gambar, pastu singgah kat Asian Market. Makan malam dekat Ria parramatta. Nak nasi juga. Nasi for lyfe.
![]() |
Canberra |
Overall, aku enjoy je trip tu. Sebab aku tak bawa kereta langsung. Boleh karok kat dalam kereta. Kereta besar dan selesa untuk perjalanan empat jam. Menarik cuma aku tak repeat untuk pergi lagi sekali untuk ski. Not my things. Tapi, pengalaman yang bagus dan kau boleh wish apa je dalam list kau, dan bila kau dapat buat benda tu, eh biasa je. Takdelah seronok macam nampak dekat dalam video tu.
Macam tulah dunia ni. Biasa-biasa je kalau nak kejar beria-ria pun. Syukur jadi Islam sebab bukan pengakhiran kita kat sini. Ada tujuan lain kita dihantar kat dunia ni. Sekian tazkirah. ;p
No comments:
Post a Comment