Thursday, July 17, 2025

Siri Meminta dengan Allah

Sekarang aku banyak kerja. Banyaknya yang sampai aku fokus buat pun tak siap-siap kerja aku. Biasa habis forecast, aku ada free sikit masa nak berehat setelah dua minggu bertungkus-lumus. Oh, kali ni aku tak lambat buat payment. Semua on time kecuali satu payment yang aku baru dapat dari Calbah. Calbah pun sebenarnya dia dah email ke Chin, cuma chin tak prepare. Tapi, malas aku nak kata yang Chin tak prepare, aku kata je aku baru dapat dan nak process je benda tu walaupun invoice dia bulan April. Ada HP Rural pulak, aku selesaikan problem dia dari masa 2023 zaman Justin buat. Pat yourself on the back.

Aku banyak kerja sampai aku bagitau mak aku minta doakan aku banyak sangat kerja tak siap-siap ni. Aku pun jadi penat asyik bagitau orang aku banyak kerja. Haha. Pastu aku teringat, Neelofa pernah kata dia kalau ada apa-apa dia akan minta merengek2 dekat Allah dalam sujud dia. Aku dulu mula2 dengar, buat juga. Doa waktu dalam sujud. Lepas tu, lupa tak buat dah. Kerja minta doa dari mak je. Diri sendiri taknak doa. Haha.

Hari Khamis lepas aku puasa. Nenek pesan, bila bangun sahur tu, tahajud sekali. Alang2 dah bangun. Memang aku praktikkan Alhamdulillah. Pahala mengalirlah untuk nenek aku sebab ajar aku benda ni. Aku rasa penat sangat minggu lepas sebab semua benda nak urgent dan macam pack je. Time aku solat tu, aku nangis dalam sujud. Kata dengan Allah, penatlah banyak kerja. Tak rasa boleh buat dan selesaikan. Aku merengek2 dalam sujud tu. Aku tak rasa aku susah sangat sebab masih tak bangun tahajud. Buat ni pun sebab alang2 dah bangun. Rupanya ya, aku penat tapi sebab hari2 aku penuh jenuh, aku takde masa bertenang dan fikir. 

Aku doa kat Allah, takpe banyak2 kerja ni, aku terimalah semua ni untuk Dia dan jadikan aku lebih baik dan bermanfaat untuk orang lain. Tapi, tolong aku juga Ya Allah. Tak larat. Aku nangis. Huhu. Tak sangka, aku boleh selesaikan payment schedule dan masalah2 lain untuk proceed benda lepas tu. Rasa excited sangat. Benda ni doa yang aku pernah minta dulu, nak jadi macam Ai Tee. Boleh tolong selesaikan masalah orang. 

Perasaan pagi Khamis tu lain macam lepas aku sorang2, doa dan minta Allah tolong, ngaji dan zikir sampai lepas subuh, SubhanAllah. Aku pernah juga dengar Ustaz Adi Hidayat cakap pasal istighfar lepas Subuh dan tahajud. Lepas dapat perasaan tu, pergh. Memang lain. Aku tenang je buat kerja Khamis tu. Banyak juga benda settle dan hari tu, aku dapat solat awal waktu. Benda yang aku doa masa sujud solat Subuh. Neelofa kata, kalau dia nak apa2, dia akan minta time sujud. Sesimple nak minta bagi anak dia ada selera makan. Itu je. Jadi, masa sujud subuh tu, aku minta nak solat awal waktu hari tu. Alhamdulillah. Pastu minggu ni, aku solat laju2, tak doa apa2 pun dalam sujud. Hampeh Nadiah. Tak konsisten.

Hari Jumaat lepas pula, aku nak balik awal dalam pukul 3 sebab nak pergi Perisher dengan budak2 single dan Ain. Kitorang nak gerak dalam pukul 4 dan aku tak siap kemas baju lagi. Haha. So, aku memang target buat dua benda je hari tu. Nicole pula rancak ajak borak. Haha. Aku layankan je. Aku berajaya selesaikan satu kerja. Tengah nak buat kerja lagi satu, macam susah sikit sebab kena guna sistem ACC. Aku tak pernah guna lagi. Aku ingat nak tanya Chin camne nak buat. Dalam pukul 12 tengahari, Chin text aku nak minta tolong. Nak download report, empat bulan punya, ada setiap hari. Aku tak boleh kata tak sebab dia jarang nak susahkan aku kalau tak betul2 susah. Lagilah aku dah bagitau dia, aku nak balik awal. Mesti dia terdesak juga tu. Lepas dia explain semua cara nak buat dan aku tengok benda tu. Aku pun decide untuk buat kerja aku tu hari Isnin sebab nak study balik. Aku nak buat kerja Chin je. Tapi, aku pun tak sure boleh buat kerja Chin ke tak sebab waktu tu dah pukul 1. Aku nak balik pukul dua sebab aku nak lari jap pergi cari glove. 

Lepas Chin explain, aku pergi solat. Aku nangis sebab tak tau nak buat camne. Nak tolong Chin, nak balik awal, kerja aku lagi. Aku doa je time sujud tu, minta Allah tolong. Wei, lepas aku sampai workstation aku, Chin text kata tak payah buat benda dia. Dia dah dapat cara cepat download semua. Aku nangis balik. Sayangnya Allah kat aku. Dia nak aku minta je kat dia. Dia bagi problem tu, Dia nak kita minta dengan Dia selesaikan. Aku ingat selama ni, aku buat kerja tu semua atas aku. Sebenarnya tak, semuanya atas Dia. Aku selalu lupa tu. Lepas Chin kata tak payah, aku brief dia kerja yang aku pending. Memang tinggal satu je Isnin nanti aku nak buat dan lagi satu, aku dah sent out signature dan Chin review terus dia sign. Waktu tu terasa tinggi kebergantungan dengan Allah. Dapat rasa perasaan tu. 

Lepas tu, hujung minggu aku berhuha-huha dengan budak2 ni. Pastu Isnin aku rasa biasa je. Solat pun hujung2 waktu, takde kerja urgent pula tu. So, banyak benda aku take my own sweet time sampai aku tak berjaya buat target aku untuk Isnin tu.  Aku berjaya siapkan kerja yang aku nak buat tu tadi Khamis. Pastu haruslah tak bangun tahajud sebab tak puasa. Rugi betul.

Tadi aku dok fikir, takkanlah nak tunggu ada problem baru nak bangun? Kena rajin puasa camni kalau nak paksa bangun sahur. Ada lagi tiga hari nak kena gamtu. Beruntung betul yang bangun tahajud hari2 atau kerap ni. Allah pilih korang untuk bangun dan nak makbulkan doa korang. Semoga aku kuat lawan diri sendiri dan bangun untuk borak je dengan Allah. Waktu siang tu macam sibuk je dengan urusan. Malam tu tenang je. Tulis sini untuk peringatan kepada diri sendiri. 





Will. Not. Repeat. 

Love..

Wednesday, July 9, 2025

Mengambil Tanggungjawab

Aku baru habis meeting dengan management. Mula-mula meeting, Tom dah kena sebab hantar lambat forecast. Tom macam biasa lagi. Tapi, dia defend diri dia juga sebab benda baru yang dia buat ni ada 200 cost code kena tengok. Tu pun dia dah closed banyak, jadi 98 je. Pastu dia say sorry kat Sue. Pastu tengah-tengah discuss, John Gadallah dapat tangkap mistake kitorang dalam forecast workbook. Dua pula tu. Satu Daniel Boylan punya salah. Yang kedua Evan punya salah. Tom terima je salah tu, tak mention pun Dan yang buat silap tu. Sebab dia dah amik tanggungjawab tu, dia yang bear semuanya. Walaupun selalu je dia kata, ‘If got anything, you can blame me.’ Dan aku akan reply, ‘We don’t play the blame game here.’ 

Pastu second mistake, Evan punya salah. Sebab benda tu, Tom pun tak tengok sangat, Chin yang jaga. So, dia politely kata, ‘Chin, I need your help explaining this. You’re more familiar than me.’. Pastu Chin pula explain, macam tak convincing. Aku pelik. Dia lagi tahu sepatutnya. Kitorang dah discuss. Aku yang tak pernah-pernah cakap dekat meeting tu, pun jadi bersuara nak explain benda tu. Tapi, still John taknak approach tu. 

Bila keluar bilik meeting, Chin, Tom dengan aku borak pasal meeting tu. Rupanya, Chin taknak explain sebab nanti nampak lagi banyak salah. Cara Evan tu salah. Aku kalau jadi macam tu, aku rasa aku akan kata, ‘Previously did like that, I just follow.’ atau aku akan kata ‘Evan yang buat.’ Not to blame, just state the fact. Cuma bila nampak Tom take responsibility benda yang dia buat tu, memang another level manager ni. Aku takde skill tu lagi. Lepas tu Tom kata, cara yang dia buat tu adviced by Hau Wei. Dia cuma ikur arahan je. Pun dia tak mentioned dan blame Hau Wei dalam meeting tu. 

Aku rasa, biasanya aku takkan salahkan orang juga, cuma aku akan bagitau orang sebelum ni buat macam tu, aku cuma sambung je. Contoh macam aku tengah buat payment ke subbies yang aku amik dari Justin. Kalau benda tak besar, aku just follow je precedents. Walaupun geram je format dia kejap camni, kejap camtu. Aku tak boleh manage lagi betulkan ikut format aku. Kerja aku non-stop sekarang (not to complaint. Bagitau fakta je). 

Aku cerita kat Nicole, John caught kitorang macam ni macam tu dalam meeting. Macam susah jugalah meeting tadi. Pastu aku pergi solat. Tom datang tempat Nicole, bila Nicole tanya ‘How is it?’ Tom reply, ‘Under control.’ Nicole balas, ‘But I heard different version from Nadiah.’ Haha. Susahlah ada beberapa sudut pandang ni. 

Bila aku start tengok orang lain ni, wei susah betul nak interaksi dengan orang ni. Bila kau cakap, orang lain ingat kau nak blame dia. Dan aku pula jenis suka cerita dan ada beberapa versi. Depends kepada siapa yang aku cerita. Kalau rapat, banyak sikit input dia. Aku pula dah ar jarang bagitau apa yang aku rasa. Kadang-kadang takde perasaan yer pun. Cuma bila ada benda nak cakap tu, orang lain ingat lain dah. 

Overall, Tom okay je kot. Dia jenis happy go lucky. Semoga dia sentiasa tenang dan dapat selesaikan semu masalah. Tadi masa meeting, aku sampai baca doa Nabi Musa untuk Tom. Semoga apa yang dia cakap, orang lain faham. Haha. Kesian juga dia kena amik tunnel ni dengan banyak damagenya. Tapi, dia mesti someone yang layak. Sebab tu dapat position tu. Setahun lagi Tom, 12 kali lagi meeting dengan management. Haha. Marilah kita berhuhu. 

Tom bawa Hew dengan Alvin sekali

Ayuh pulang


Makan-makan

Makan-makan dua

Aku tengah praktikkan satu dalam benda dalam hidup lepas dengar ustaz Azlan pada minit ke 3.41 dalam videon bawah ni. Slow Productivity. Ada tiga benda yang tengah praktis iaitu :-
  1. Do fewer things. Less is more
  2. Work on natural phase - buat benda ikut seasons
  3. Quality over quantity (Obses over quality) - aku banyak benda sekarang ni, tapi tengah buat satu2 benda at one time. Takyah multitasking sangat. Lebih fokus. 


Buku ni yang Ustaz Azlan cadangkan, dan aku check ada kat library Parramatta. Benci betul sebab access semua ada kat aku. Nak lawan nafsu malas diri sendiri je. Semog saya berjaya lawan dan rajin baca buku. 


Love..