Friday, May 30, 2025

Rafizi Meletak Jawatan

Semalam Rafizi dan Nik Nazmi letak jawatan dari Menteri Ekonomi dan Menteri Kelastarian Alam Sekitar. Dua Menteri yang perform aku kira. Sedih betul. Alasannya sebab kalah dalam pemilihan Parti Keadilan lepas. Rafizi kalah dengan Nurul Izzah dan Nik Nazmi kalah dengan Ramanan. Huhu. Apalah nak jadi dengan Keadilan ni. Kita boleh cakaplah, tapi orang dalam politik punya pandangan memang sukar ditebak. Aku geram je dengan Anwar walaupun banyak baik dia, tapi dengan pemilihan Nurul Izzah sebagai orang kedua dalam parti keadilan, memang dikira parti anak-beranaklah. 

Politik ni memang bukan untuk semua, Aku pernah tengok seseorang berubah lepas dapat jawatan. Sebelum mendapat jawatan, dia sangat membantu orang lain walaupun diri sendiri tersiksa. Tetapi, setelah mendapat jawatan, dia seperti terikat dengan sistem, kedudukan, dan tidak boleh membuat semahunya. Lebih kepada mengikut telunjuk ketua. Pernah juga menggunakan kedudukannya untuk kepentingan sendiri. Walaupun tidak melibatkan duit, cuma tempat di pejabatnya. Aku menjadi sedih melihat dirinya tetapi menjustifykan diri sendiri, ini mungkin kegembiraannya atas semua perjuangan selama ini. Walaupun di dalam hati kecil, tahu itu salah.

Untuk mendapat seseorang seperti Rafizi di dalam parti/kerajaan memang jarang. Aku menyokongnya kerana mempunyai integriti yang tinggi, bijak, bertanggungjawab dan walk the talk. Teringat balik dulu, aku menangis dan menelefon ayah ketika dia join balik politik selepas berehat beberapa ketika dahulu. Walaupun telefon ayah ni bukan sesuatu yang biasa dilakukan, tetapi berita gembira ini perlu dikongsi bersama ayah. Ketika merasakan laluan gelap politik waktu itu dengan semua kekalahan pilihanraya kecil. Dulu juga pernah memandu seorang diri selepas kerja di malam tahun baru ketika dia dan Izzah mahu melancarkan gerakan Ayuh Malaysia di Kuala Lumpur. Aku kalau dengar Rafizi berucap ni kadang-kadang menaik iman sebab dia memang membawa sifat muslim sejati. Ayahnya solat hajat untuk Anwar setiap hari, maknya akan buat tahajud jika dia nak periksa dan dia berkata tidak berbaloi untuk ambil rasuah dekat dunia untuk nak tanggung balasan dekat neraka selama-lamanya nanti. 

Semasa perbincangan untuk membentuk kerajaan ketika PRU-16 lepas, masa berbincang dengan Umno, saya dah cuak. tetapi bila nampak ada muka Rafizi dalam tu, tenang je. Aku percaya Malaysia is in good hand kalau ada orang macam dia dalam kerajaan. 

Dengar tik-tok Pak Busu dengan Iswardy semalam, kenapa perlu Rafizi letak jawatan Menteri, tak pedulikan ke suara rakyat yang mahukan Rafizi sebagai Menteri Ekonomi? Dia telah dilantik oleh rakyat. Tetapi Iswardy menyatakan, ye rakyat memilih untuk seseorang menjadi Ahli Parlimen, tetapi jawatan Menteri dipilih oleh Perdana Menteri which is sekarang Pengerusi Keadilan, Anwar Ibrahim. Biasanya orang yang jadi Menteri ni ada jawatan dalam parti. So, kalau takde jawatan dalam parti, susahlah. Baik diberi laluan kepada orang yang ada jawatan. 

Tidak sangka, orang sebijak Rafizi pun dikeluarkan atas dasar politik apa yang saya tak faham di dalam Keadilan. Bak kata Rafizi, trust the process dan perasaan sama juga bila kalah setiap kali pilihanraya. Ayah selalu tenang je walau apa pun keputusan yang keluar. Semua ni dah ditentukan oleh Allah. Kita hanya perlu meneruskan kehidupan dengan sebaik mungkin. Terima kasih Rafizi untuk semua tindakan dan ucapan. Mendoakan kamu kembali semula mentadbir Malaysia dan syurga tertinggi untuk semua. 









Love..

Tuesday, May 20, 2025

Doa ayah

Pagi sabtu lepas, Mina bagi video dan gambar kereta dia kena langgar dengan lori. Lori tengah reversed. Kereta dia parking depan rumah, tapi dekat luar, so cctv rumah dia dapatlah tangkap kejadian tu. Masa tu Muzakir kerja kat luar, Mina sorang je kat rumah. Jiran dia yang perasan dan bagitau Mina. Antara nikmat dapat jiran yang baik, Alhamdulillah. Aku dah bayangkan dia ni mesti akan tertekan punya. Mina ni suka fikir banyak. Banyak sangat sampai kadang-kadang dia yang serabut. Jadi, aku malas nak serabutkan diri dia dengan telefon dia, aku text je. Tak taulah betul ke tak pendekatan tu sebab Kak Fisha call dia, dia menangis-nangis. Haha. Terima jelah keluarga ko macam ni sayang.   Dia reply text bagitau, nak buat report polis tengahari nanti dengan jiran dia. Lagipun nanti petang kitorang akan video call sebab aku biasanya akan call family aku sabtu jam 6 petang. 

Petang tu, aku tengah masak dan tak perasan dah terlepas waktu jam 6, alih2 headphone aku stop mainkan playlist yang aku tengah dengar. Kak Mi yang call group family kitorang. Sebenarnya dia nak cakap dengan Mina, nak update apa maklumat terbaru kereta dia. Tapi, mina tak masuk. Aku pun dah bajet dia tak masuk, kalau dia malas nak share benda-benda. Dia text aku kata yang dia dah pergi balai, tapi polis kata dia tak parking kat kotak, so macam susah nak saman lori tu. Kena tunggu lori tu buat report baru boleh claim insuran. 

Masa tu Kak Mi kat luar, ayah baru balik dari mana dan join Kak Mi kat sofa tu. Kak Mi update ayah dan aku terus kata minta ayah doakan orang lori tu terbuka hati nak buat report. Ayah angguk-angguk. Aku kata, "Ayah doakan semoga orang lori tu tu pergi buat report.' Pastu ayah pun ulang apa yang aku kata. Faezah biasa buat ni dekat ayah dia. Kalau dia ada meeting dengan bos-bos ke, dia minta ayah dia doakan apa yang dia nak. 

Lepas tu Mina join video call tu. Dia updatelah benda yang dia buat dan kata kena tunggu orang lori tu buat report. Muka dah macam pasrah tak tau nak buat apa. Kitorang borak-borak benda menulah, benda lain nak distract dari fikir benda tu. Nampak macam tenang sikit compare kalau dulu ada problem, serabut je aku tengok. Sekarang dah matang! Hehe. 

Semalam Kak Mina bagi gambar dia dengan kereta dia dengan caption "Alhamdulillah dah hantar kereta pergi bengkel".

Alhamdulillah. Dah tak payah fikir nak betulkan kereta tu macammana. :)  


Boleh senyum kereta macam tu, hebatlah sayang

Fan service kak cik

Bukti bergambar buat video call

Melissa tunjuk ulser dia

Love..

Sunday, May 18, 2025

Citarasa berbeza

Masa pergi Brisbane yang lepas kitorang (aku sebenarnya) terlekat dengan satu variety show, Chef and My Fridge. Mira punya pasallah ni. Dia tengok benda tu, dan suggest kat kitorang untuk tengok masa cuti kat situ. Senang terpengaruh betul aku. Pantang ada masa, malam sampai-sampai tu aku tengok sampai pukul 12 tengah malam. Episod terakhir yang aku tengok malam tu, aku tengok sorang je sebab semua pun dah tidur. Dia ada satu bilik dan sofa bed je. Sebab aku nak tengok tv lagi, aku tidurlah luar dengan Mira. 


Esok paginya pula, lepas kitorang bangun, sementara Layla nak masak, tunggu giliran nak mandi siap-siap semua, aku tengok lagi satu episod. Pantang ada masa terluang. Aku suka sorang chef ni Hyun Suk. Aku dok budget umur dia dalam 40 lebih, sekali google (gigihkan?) dah masuk 50 dah. Wei, asal ko tak nampak tua? Haha. Perasaan suka dia sama macam aku suka Mr Lim dengan Evan. Jadi, bila aku kaji kaitan diorang ni persamaannya adalah kelakar, berlagak dan pandai. Hyun Suk ni suka buat commentary time chef lain tengah masak. Dia akan bagitau kenapa orang ni masak macam ni, hasil dia macam ni. Memang pandailah. Pastu, dia memang selalu je menang kalau lawan dengan orang. Kalah dalam satu episod tu sebab owner fridge tu rasa lawan dia macam anak dia. Haha. 


Aku siap highlight umur member masa borak dengan mira

Mira suka sorang Chef ni handsome. Umur dia setahun tua dari aku. Son Jung Won. Pun pandai juga, tapi jenis introvert sikit. Oh, aku suka yang extrovert rupanya. Mr Lim dengan Evan extrovert. Apa ke aku balik ni? Haha. Jung Won ni owner restoran fine dining kat Korea yang ada ada satu bintang Michelinlah. Antara chef termuda yang dapat pengiktirafan tu. So, bila kitorang tengok tu, aku dengan mira masing-masing upkan bias sendiri. Kadang-kadang Mira akan bagitau benda yang aku tertinggal pasal Hyun Suk. 


Format variety show ni, chef-chef tu kena masak ikut order owner peti sejuk dalam masa 15 minit. Production crew akan amik peti sejuk dari rumah celebrity yang dijemput dan tunjukkan masa show tu. Macam-macam hasil keluar tapi, menariklah sebab ko ada 15 minit je nak masak dengan sources dalam peti sejuk tu je. Kalau diorang komen lepas masak tu, memang rasa macam sedap. Aku kata dengan Mira, kalau aku jadi juri, aku kata sedap je. Mujurlah QS bukan chef. Haha. 

Esoknya aku dengan Grace pergi Art Gallery. Tengok lukisan-lukisan, arca-arca, dengan seni-seni kat situ, tertanya-tanya kitorang dengan gambaran-gambaran di situ. Satu lukisan yang sepertinya terconteng-conteng sahaja tetapi pasti mempunyai makna tersendiri. Pastinya artis yang melukis itu telah berjuta-juta hasil karyanya sebelum dapat dipamerkan di situ. Grace berkata, yang dia pun boleh lukis ini tetapi saya menyampuk, takde orang kenal u. So, chances untuk orang recognize value dia pastilah tak sama dengan artist ini. Hehe. Kami sama-sama gelak.



Love..

Brisbane - Trip Sempoi

Brisbane ni macam Sydney tapi sikit orang. Kedai kat sana, macam kat Sydney je. Coles, Woolies, Iga semua macam kat Sydney. Pastu makanan halal kat sini banyak. Kitorang sampai, naik uber sebab kalau naik train sorang dan $20 one trip. Klu Uber $50 je so, tenang-tenang tak payah seret bag. Kat sini takleh guna Opal. Tak tau guna apa. Sebab kitorang guna kad kredit je. Tapi, kira okaylah boleh guna kad kredit compare Melbourne. Kena guna myki je.


Kitorang sampai city, pergi letak beg dan cari makan. Korean food halal. Lepas tu ingat nak jalan-jalan tunggu check-in pukul 3 petang, hujan pula. Mujur ada tempat teduh kat garden tempat kitorang jalan tu. Habis hujan, kitorang pun pergi check-in. Malam tu, keluar pergi Coles cari bahan-bahan nak masak. Layla selaku chef akan masak. 

 






Plan asal, esok Jumaat nak pergi Anzac Parade dan jalan-jalan kat city. Tapi, masing-masing bangun lambat paginya, orang pun dah habis berarak. Kitorang on the way nak pergi city, ramai orang dah jalan bertentang arus nak balik. Haha. Pergi tengok exhibition diorang je ar. Lepas jalan-jalan kat city, hujan pula. Kitorang pun plan nak balik je ar. Diorang nak berenang. Aku tak ikut sebab nak pergi muzium kat situ. Saja je nak jalan-jalan sebab hujankan? Dalam muzium tak basah. Layla dengan Mira haruslah taknak. Grace pun tak nak ikut, tapi dia kata kalau pergi Art Gallery dia nak pergi. Aku pun okay je. Jomlah pergi Art Gallery, nanti lepas tu dia baliklah bila aku pergi Muzium. 






 

    
Malam tu, kitorang jumpa kawan Layla, Mervin. Engineer kat Coffs Harbour. Makan BBQ Korea sebab dekat Coffs susah nak cari benda tu. Mervin ni sama Gamuda scholar dengan Layla. Diorang genglah. Aku tanya khabar Teh dengan Adrian. Engineer aku kat sana. Adalah benda nak borak. Masing-masing engineer. Makan macam nak giler. Balik dah kekenyangan. 






Esoknya awal-awal pukul 7 pagi kitorang dah keluar nak naik train pergi Gold Coast. Nak pergi Movie World. Dia macam theme park ada ride roller coaster semua untuk hero-hero Warner Bros. Mira dengan Grace naik most of the ride yang diorang boleh. Aku dengan Layla naik yang family punya je. Aku dah takut rupanya. Tak tau kenapa, jantung ni rasa nak jatuh even naik yang family punya. Dah lemah. Kalau datang dengan family kat sini menariklah. Ko bayar $130, boleh naik semua ride. Cuma larat dengan tak je ar ko nak beratur. Aku dengan Layla pergi tengok show dengan parade je ar. Yang tak guna jantung sangat. Overall enjoy je. Duduk kat situ dari setengah jam sebelum buka jam 7.30 pagi dah terpacak kat entrance masuk sampai setengah jam sebelum diorang tutup jam 5 petang. Berbaloi ar. 






  



Malam tu nak makan, Layla baru cari masa dalam train nak balik Brisbane. Sejam perjalanan naik train. Kitorang makan makanan Indonesia je. Esoknya, singgah kedai kopi yang femes dekat Brisbane suggested by Mervin, Anthology sebelum kembali semula mencari nafkah di Sydney. 



Ada sekali borak-borak dengan Mira dan Layla, terkeluar yang diorang ada saving dalam $50k dalam masa tiga tahun kerja kat sini. Kira average $16k setahun diorang simpan. Aku ni, $10k pun takde dah nak masuk dua tahun. Mana nak menyimpan, kerja berjalan je. First year aku, dah pergi Tasmania dengan Melbourne. Orang lain, first year baru nak settle down dengan orang sekeliling, environment lagi. Aku terus settle. Jadi, haruslah kita menulis di blog untuk kenangan diri sendiri alasan-alasan tidak dapat banyak menyimpan. Haha.

Love..