Wednesday, April 30, 2025

Melancong ke negara lain

Cuti Anzac masa tu berjalan ke Brisbane. Masa borak-borak dengan Mira dan Grace, ada beberapa memori berjalan ke Amsterdam dan Korea yang aku berkongsi cerita. Seperti satu cerita di Netflix yang berlatar-belakang di Amsterdam dan hujan-hujan di Brisbane menyebabkan aku teringat berjalan-jalan di Korea semasa hujan. 

Bila sudah lebih dua tiga kali aku bercerita pengalaman berjalan tu, aku clarify dengan diorang. Aku pernah pergi dua negara tu je. Itupun ikut sepupu aku dengan mak dia. Obviouslylah Alin yang akan fikir semua. Aku masa pergi Brussels dia bagi task pun aku tak perform. Takkanlah nak aku yang fikirkan? Ke lautan dalam nanti. Haha. Penat kot arrange trip ni. Sian aku tengok Layla. Tapi member rileks je. Kadang2 kitorang support ar dengan bayarkan dulu, gunakan waze dan bawa barang. 

Cara aku cerita macam banyak benor tempat aku dah pergi. Haha. Walhal pergi dua tempat je. Haha. Okaylah asalkan ada pengalaman cerita kat orang tu. 

Pagi Isnin tu, bila cerita dengan jiran sebelah workstation aku, Tam Do cuti dia buat apa, dia pergi hiking sorang-sorang. Naik train sejam dari Sydney. Aktif dan berani sungguh. Aku haruslah tidak. Pastu borak dengan sorang lagi personal site, Maddy dia tak pergi mana-mana sebab dua minggu lagi dia nak cuti. Pergi Japan sorang-sorang. Pastu dia cerita pernah pergi Sri Lanka sorang-sorang juga. Dia volunteer untuk jaga gajah kat sana dan dia juga pernah volunteer jaga singa kat Afrika. Aku dengar, terlopong. Dia kata aku patut cuba. Haha. Benda yang scary tapi bila dah buat, best experience ever. Patutkah? 

Memang tak naik roller coaster ni






Love..

No comments:

Post a Comment