Monday, January 23, 2023

SeIsnin di Rosyam Mart

Cuti raya cina kali ni, kami mengambil keputusan untuk tidak ke mana-mana. Mak pula baru pulang dari kampung kerana ayah membuat parking rumah nenek Saabah minggu sebelumnya. Hari Ahadnya, Kak Long ke Sepang menghadiri family Day belah Abang Aidil. Naziha malam pula ke Cheras kerana kawan Ijam akan bernikah. Kami sempat makan malam di luar kerana lauk sudah habis. 

Tunggu kak cik

:)

Burung puyuh masak pedas. Sikit isi dia. 

Kitorang dah balik sebab orang lain nak duduk

Esoknya, mak mahu membeli barang makanan di Rosyam Mart Shah Alam. Kami mengajak Asyraf mengikutnya kerana kakak Afifah tiada. Mula-mula, dia kebosanan. Kemudian saya mula memberinya kerja seperti membuka kertas dan menimbang sayur dan ikan yang telah kami pilih. Barulah muka senyum sedikit. Budak-budak ni, kita dah boleh bagi tanggungjawab sikit2 dah. Dia pun rasa seronok je bila buat. 

Lepas tu, saya memberi pilihan kepada dia untuk memilih minuman yang dia mahu. Dia melihat satu harga Prune Sunlife yang bernilai RM21. Dia tanya, betul ke harga dia? Saya menunjukkan cara membaca tag harga yang tertera dan mencari nama di botol air itu. Betul, tu adalah harganya. Kemudian, dia membaca pula tag harga untuk air Bliese yang dia mahu. Saya memberinya pilihan untuk memilih air mangga ataupun strawberi yang telah dipegang. Setelah berfikir sekejap, dia meletakkan botol yang dipegang, dan kemudian mengambil perisa mangga. 

Semasa mahu membayar, saya teringat mahu membelikan vitagen untuk anak buah saya. Saya menyuruh Asyraf mengambil dua vitagen. Dia berlari sendiri mencari air. Saya menghantar Ami untuk melihatnya. Tetapi, dia datang sendiri sahaja lepas itu. Saya patut percaya sahaja dia boleh membuatnya sendiri. 😂😂

Selepas habis bershopping, saya mahu membeli nasi lemak di depan rumah. Biasanya Afiq yang tolong beli. Kali ni, saya minta Asyraf tolong belikan kerana semangat dia pagi ni lain macam. Haha. Bila saya sebut nasi lemak empat, sambal asing, cendawan goreng. Lepas tu dia sebut, nasi lemak tiga biasa, satu takde ikan bilis dan kacang, sambal asing dan cendawan. Pandai dia order dia punya tak nak kacang. Kemahin bijak kalau tak pegang telefon. Akal panjang.

Selasa lepas, aku cuti EL sebab jaga Anaqi dengan Aida. Masing-masing demam dan tak sihat. Aku memang pergi Putrajaya nak teman Aida sebab Daus outstation. Sebab Aida tak larat juga Selasa tu, aku temanlah. Pagi tu bawa Anaqi jalan-jalan kat bawah sebab nak bagi cahaya matahari dan nak beli nasi lemak. Sejam juga bawa jalan, main batu dan pokok-pokok. Hingus keluar sebab dia tengah selsema. Pastu aku memang baru dengar, ko dah boleh start bagi komitmen untuk budak-budak ni. Dia akan bina self confidence tu. Aku mula bagi dia tekan butang lif, buka pintu, tolak pintu, pegang plastik nasi lemak. Dia gembira je. Bila petang tu keluar lagi, dia dah kuat sikit tekat butang lif sendiri. Tadi pagi aku yang bantu dia tekan. Pastu, tangan dah siap-siap naik nak pegang handle masa nak buka pintu. 

Berat cabaran nak besarkan anak sekarang. Aku tengok kak cik berjaga masa Melissa demam nak tumbuh gigi pastu tak nak orang, penat kot. Aku tengok Daus jaga Anaqi yang tak sihat. Ami yang penuh je jadual hidup dia bila balik Klang. Anak-anak ajak pergi sini sana. Along yang asyik dengar kata Afifah je. Aku tolong sikit lebih kurang je. Last-last memang pass balik dekat mak ayah. Moga kuat-kuat semua dan membesarlah jadi manusia yang berguna anak-anak buahku.


Ada orang tolakkan 

RM 400. Haha 

Dah selesai shopping 

Geram betholl..



Love..

No comments:

Post a Comment