Friday, June 24, 2022

Derma Darah AEON Shah Alam

Sekarang ni, kalau plan nak derma darah, memang kena makan zinc dan pedulikan je apa yang jadi dekat tandas. Kalau tak, mesti hemoglobin tak lepas. Dua kali dah kena reject. 

Hari ni, cepat sikit sesi derma sebab tak ramai orang. Pagi dah pergi. Sebenarnya nak pergi semalam. Malas. Jadi, pergi hari ni. Banyak jugak borak kali ni. Biasa aku tadah tangan je. Take my blood gitu. Hehe. 😝😝

Waktu dalam gambar ni, tengah tanya kenapa bila jumpa dentist tak boleh derma? Dia kata, tengok prosedur apa. Kalau scaling, kena tunggu 24 jam. Sebab guna instrument, takut ada infection. Kalau prosedur yang ada open wound, yang darah terdedah eg bekam, tercucuk paku or operate, kena tunggu 6 bulan untuk make sure darah okay dari apa-apa infection or virus. 

Tekanan darah naik. Ambil lagi sekali

Darah yang dapat ni akan dihantar ke Pusat Darah Negara. Kat sana, diorang ada mesin untuk asingkan darah merah, platlet dan plasma. Sebab tu, satu darah ni boleh selamatkan tiga orang. Platlet biasanya supply untuk orang denggi. Yang lain, boleh supply kat orang lain pula. Lepas tiga hari kat PDN, Hospital Klang akan ambil balik. Diorang akan simpan dan supply dekat hospital area Selangor termasuk hospital Shah Alam. 

Normally, diorang target dapat 100 pek darah. Kadang-kadang dapat 120, ada masa 80. At least dapat juga something bila buat open dekat shopping complex ni. Kau shopping tetiba nak derma. Lepas derma, sambung shopping balik. 

Kali ni punya pengalaman lain sikit bila derma. Tengah-tengah beli brooch aku sesak nafas. Jadi pendek. Siap kena buka mask dan kena duduk. Aku bagitau Liza, kitorang pun cari tempat duduk dan tempat makan. Sementara tengah tunggu, aku rasa nak muntah. Terus pergi bilik air. Tak sempat pergi bilik air perempuan, guna yang untuk OKU tu. Terkeluar keutiaw sarapan pagi tadi. Lepas keluar muntah, perut dah lega dah. 

Singgah McD drive-thru


Jam untuk mak

Terima kasih Liza teman derma darah dan lepas tu menggila shopping bagai takde hari esok. Kuota shopping kita dah habis untuk bulan ni. Sila berjimat-cermat. Aku beli cincin dan wallet untuk diri sendiri, dan jam untuk mak. 

Love..

No comments:

Post a Comment