Saturday, April 30, 2022

Last2 puasa 2022

Kalini cuti lama sikit. Ambik cuti hari Khamis sebab teman Busu pergi check-up dekat HKL. Pastu Ai Tee cuti Jumaat, so sambunglah. Dapatlah settlekan transfer nama untuk TNB rumah yang duduk sekarang. Nak buat Syabas, dia kata boleh buat online je. Nak pergi DBKL tak dapat call pula nak tanya dokumen apa kena bawa. Indah water boleh tukar online je. Semua buat lepas raya nanti InsyaAllah.  

Buat dekat Kedai Tenaga je

Balik kampung hari Sabtu. Period pula. Sakit perut giler. Lama dah tak period pain ni. Doa masa bawa tu, selamatlah sampai kat kampung. Sampai kampung pukul 10 pagi. Aku tidur sampai pukul 1. Giler ar. Memang tak larat nak bangun. Pas bangun, turun Mekna dah sampai. Borak-borak dengan Makna jap, pastu terus tolong nenek. Kemas-kemas dapur. Nenek tengah buat wajik. Aku tak minat sangat. 

Sebelum Melissa nangis

Kereta saya

Kereta Ijam

Wajik in the making


Ayah pun gigih juga


Gigih sis


Pastu Asar rehat kejap. Sambung masak untuk buka pula. Pukul 6.15 petang, aku dah selamat buat semua main dish. Sup ikan, sambal ikan, goreng sayur kangkung dan tumis mee goreng. Haha. Kepakaran aku membantu di dapur tanpa tahu output ni memang aku syukuri. Rasa memang biasa outlah. Tapi, kerja memang InsyaAllah boleh buat. Lepas siap, aku ke depan. Borak-borak dengan ayah jap. Lepas tu tengok telefon. Tup-tup dah pukul 6.45 petang. Mencicit keluar bilik nak siap masukkan mee dan siapkan berbuka. 

Anak buah perempuan saya

Nikmat dunia

SubhanAllah ciptaan Allah ni

Geram betul

Imam saya

:)

Alhamdulillah dapat berbuka di kampung. Nikmat nenek ada lagi dan saudara-mara rapat ni memang saya syukuri. Moga Allah terima semua amal kita di dunia dan kurniakan rahmatNya untuk kita masuk syurga bersama Rasulullah s.a.w. 

Love..

No comments:

Post a Comment