Saturday, August 28, 2021

Mengaji bersama keluarga

Baru-baru ini saya ke rumah jiran bawah saya kerana paip di rumah saya bocor dan keluar di rumahnya. Semasa sedang berbincang, Cik Maznah mengajak saya makan malam. Puas saya menolak puas juga dia mengajak. Maka, untuk hormatinya, saya bersetuju. Semasa sedang berborak, dia mengatakan yang jam 10.10 nanti akan membaca Al-Quran bersama geng-geng mengajinya di facebook. Sudah dua tahun katanya. Membaca surah Al-Mulk, As-Sajadah dan Al-Kahf sebelum tidur. Menariknya saya kira. 




Saya diilhamkan untuk membuatnya bersama keluarga kecil saya. Saya bercerita perihal makcik ni dan minta pendapat ayah, okay tak kalau kita buat. Hari pertama, tak menjadi. Miscommunication. Ayah ingat, saya cuma menyuruhnya membuat sendiri. Ayah pun membaca sendiri Al-Mulk selepas Maghrib. Hehe. Alhamdulillah, keesokannya kami berjaya membuatnya. Tepat jam 9.15 malam kami mula. Berakhir jam 9.30 malam. Eh, cepat juga kata saya. Asallah tak boleh allocate masa kalau baca sendiri? Huhu. Selepas itu, kami agak konsisten mengaji bersama-sama selepas Isyak. Dimulai dengan Al-Kahf ayat 1-10 dan 100-110, diikuti Al-Mulk. Ayah mengetuai bacaan. Syukur juga mempunyai ayah yang ikut sahaja jika kami meminta tolong. Semoga kami konsisten sehingga akhir hayat membaca surah Al-Mulk ini. Memang sudah tahu kelebihan surah Al-Mulk untuk mengelakkan azab kubur dan Al-Kahf untuk mengelakkan fitnah dunia dan dajjal dari dulu. Tetapi untuk konsisten jika bersendirian, biasanya tidak. Alhamdulillah untuk nikmat internet yang menyatukan kita di alam maya ini.  

Masa mula-mula ngaji, hari Selasa cuti sebab ayah ada usrah. Pastu, ada sekali Abang Afiq nak tengok bola kat tv time kami nak ngaji, dia minta awalkan. Ayah okay je baca lepas Maghrib. Minggu depannya, hari Selasa, mak call saya masa kat ofis. Mak kata, sebab malam ni usrah, jadi kita bacalah lepas maghrib. At least hari-hari baca. Takdelah tinggal. Saya pun okay je. Mak sekarang dah pandai bagitau apa yang dia rasa dan mengeluarkan pendapat dan memberitahu apa yang dia nak. Dulu membebel je. Haha. Dah ada ruang tu. Dia pun dah percaya anak-anak dia. Anak-anak dia pun dah mendengar kata rasanya. Dulu kerja melawan je. Eh, cakap dengan cermin yer. ;p

Masa ni adik balik kerja awal


Minggu lepas, semasa berborak bersama Kak Mi di dapur. Kak Mi bercerita perihal Busu Bani yang semakin tertekan kerana perlu melakukan pembedahan lagi di otaknya bulan 10 ini. Mak Usu bercerita kepada Ami yang Busu dah kurang rajin membuat exercise, sudah burn out mungkin. Mak Usu pun tidak tahu bagaimana mahu membantu. Jika dulu, ada orang balik kampung, bersemangat sikit Busu. Tetapi sekarang, sudahlah tidak dapat keluar, tiada orang boleh melawat juga. Sedikit tertekan. Ami mencadangkan jika kami dapat membaca yassin malam jumaat ke, untuk menukar angin dan berjumpa sedara-mara di alam maya. Mungkin boleh membantu mak usu menukar anginnya seketika. Cadangan itu kami usulkan kepada ayah. Ayah setuju. Saya menelefon Acik untuk memberitahu perancangan kami. Kata mahu berkumpul sahaja, sudah lama tida bersua. Acik setuju juga. 

Memang Mak Usulah insan yang pertama sekali membalas jemputan saya di whatsapp. Dan ketika hari kejadian, saya belum masuk lagi, Mak Usu dan Ainur sudah masuk dahulu ke link yang saya beri. Nenek yang berada di rumah Mak Usu pun gembira nampaknya. Walaupun tidak ramai yang membalas untuk mengikuti bacaan yassin itu ketika kami mengajak di whatsapp, surprisingly semua adik-beradik ayah ada wakil. Dari Temerloh ke Tanjung. Semua join. Gembira. Semoga konsisten dua minggu sekali kita jumpa yer.

Saya baru masuk, yang lain ni dah tunggu nak kena accept. Melaka cepat sikit solat.


Sesi bergambar sebelum masing-masing nak left.

Time tengah baca by Nisa


Saya mahu membuatnya bersama keluarga belah emak juga. Ayah pun okay je kalau nak lead. Moga Allah mudahkan.

Love..

No comments:

Post a Comment