Friday, March 26, 2021

Perasaan dan perkataan

Saya menulis sebelum ini mengenai acknowledge perasaan budak dan cuba buat untuk perasaan sendiri. Malam ini, sedikit pertengkaran antara saya dan Deekay mengenai tong gas. Tong gas kami hampir habis, setelah beberapa kali percubaan Deekay menghidupkannya untuk masak maggi malam ini. Setelah setahun tiga bulan menggunakannya, agak terima akal juga nak habis. Deekay menyuruh saya membeli tong gas extra kerana katanya takut dia sedang masak semasa puasa nanti, gas habis. Saya merasakan tidak perlu. Jika cuma sehari dua tidak masak, kerana perlu menunggu penukaran gas yang baru, tidaklah susah mana. Biasa pun memang tak masak. Dan jika semasa tengah masak, gas habis, boleh sahaja menggunakan periuk nasi atau air fryer yang ada di rumah. Untuk mengadakan satu lagi tong gas extra yang akan ditukar setahun kemudian, tidak praktikal untuk saya. 

Tetapi Deekay menolak. Dia berkata, apa masalah kalau ada dua tong gas? Letak sahaja di dapur itu. Saya membalas tidak praktikal. Lainlah kami jenis keluarga dan selalu memasak, wujud juga keperluan untuk ada dua. Deekay tidak membalas dan membasuh sahaja pinggan. Sekarang dia memang mengambil pendekatan untuk tidak melawan ramai orang dan banyak bersabar. Tapi, saya nampak mukanya yang tidak happy. Saya mencadangkan lagi kepadanya, jika takut gas habis, mungkin dah boleh tempah sekarang untuk beli gas baru sebelum habis yang ini. Nampak seperti kelakar, tetapi ada juga solution. Deekay senyap sahaja. Dia seperti mahu berkata sesuatu. Saya bertanya kepada dia, ada apa-apa ke nak cakap? Dia senyap sahaja dan mengambil telefon lalu masuk ke bilik selepas habis membasuh pinggan. Saya membiarkannya sambil menunggu pusingan baju di mesin basuh. 

Sejak dua-menjak ni, saya lebih suka bercakap apa yang saya rasa. Kadang-kadang saya rasa lega, kadang-kadang saya rasa bersalah juga kepada orang lain seperti kes Deekay ini. Saya boleh sahaja bersetuju untuk membeli gas dan meletakkannya di rumah. After all, bukan saya selalu duduk rumah ini pun. Cuma tak praktikal, jadi saya cuma bagitau apa yang saya rasa. Benda ini akan hurts orang sekeliling dengan apa yang saya kata. Tapi, saya tengah belajar jujur dengan diri sendiri. Pada umur 36 tahun baru ko nak belajar? Haha. Selama ni ko berpura-pura ke? Taklah, okay je selama ni. Tak banyak sangat benda yang saya nak dalam hidup. Jadi, bila orang ajak tu, saya boleh follow dan okaykan je. Cuma lately dah ada belajar benda baru, acknowledge perasaan sendiri, so saya implementlah. 

Lagi satu belajar, dah boleh kata tidak pada permintaan orang. Benda ni susah sebab saya selama ni akan okay je dengan orang. Sekarang dah pandai kata tidak. Dan pandai cakap perasaan sendiri. Pernah ada argument dengan my bestfriend sebab saya kata kena acknowledge perasaan sendiri even dia akan hurts orang yang kita sayang. Dia tak setuju kerana katanya, kenapa nak hurts orang yang kita sayang, when we can choose not  to say it? Argument saya pula adalah, it's okay to tell me what you feel. You know I love you for whatever feeling yang you ada. That is your feeling, you are entitled to feel so. But, its me to deal with it. I still love you even when you are mad or angry with me. Benda ni subjektif dan kena tengok banyak konteks. But, I do believe that you can tell me whatever you feel. 

Aku macam hurts juga bila Deekay tak bagitau apa-apa lepas dia basuh pinggan. Its not a good closure (another field to learn, communication). But, we need to deal with it. Agree to disagree. How to tackle the situation? Subjective. Learning process ni susah. Belajar dan doa semoga tak banyak sangat hurts orang sekeliling. Itu dengan orang yang tak tidur sebantal tu. Merajuk, masuk bilik masing-masing. Kalau dah ada laki? Nampak susah di situ yer. Yang kau selalu fikir indah-indah je kawen. Semoga tak diuji dengan benda-benda yang begitulah. Lagi pula 36 tahun sebelum ni baik je, nak hujung-hujung usialah baru sibuk sakitkan hati orang sana sini. Haha. Tak sebenarnya. Kena tahu yang, tujuan nak bagitau perasaan sendiri tu, bukan nak sakitkan hati sesiapa. Untuk ketenangan jiwa sahaja ya. 

Sambil aku tunggu baju dalam mesin, aku ulang tengok cerita Korea, Doctor Playlist pula. Scene seorang doktor ni, sedang ada problem dan dia kena marah dengan suami pesakit dia. Lepas tu, anak dia call nak minta maaf atas sebab ayah dia cakap macam tu. Which is good attitude sebenarnya. Doktor ni pula, tengah ada personal problem, dia pun cakap apa yang dia rasa juga. Mana tahu anak doktor ni sebenarnya peguam dan buat report kat management pasal apa yang doktor ni cakap. Dah cakap perasaan sendiri, ada pula consequencesnya. Maybe orang akan terima, maybe tidak. Just be responsible. Susah betul hidup. Kau ingat mati senang? Haha. 

Ambil action untuk clarify 

Jujur dengan perasaan sendiri, he needs to channel out juga

Explain

Semoga prinsip kita semua ke arah kebaikan

Watak doktor ni kadang-kadang aku boleh relate juga. Bila rasa kau banyak sangat buat salah dan rasa orang lain akan susah, terutamanya Ai Tee. Tapi, takdelah Allah nak letak kau saja-saja kat duniani kan? Buatlah baik dengan semua orang, sesuai dengan kapasiti masing-masing. 

Kadang-kadang saya ada rasa ni

Semoga saya jadi orang yang ini

Banyak je good value yang boleh dapat dari tengok cerita Korea ni. Nak muhasabah diri ke tak je sebenarnya. Ya Allah, Yang Membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati aku dengan iman dan kebaikan. 

Susah betul jadi orang dewasa ni

Peganglah hadis Rasulullah s.a.w yang aku dengan Kak Cik dok ulang bila kitorang susah betul nak handle orang keliling. Hadis dia lebih kurang kata, Allah lebih suka kau bergaul dengan masyarakat dan bersabar atas perangai mereka berbanding kau duduk dekat masjid dan beribadah sahaja. 

Candy, system baru untuk siapa yang involve projek Australia

Love..

No comments:

Post a Comment