Tuesday, February 9, 2021

Cuti Thaipusam

Dah lama tak cuti tengah minggu. Thaipusam kali ni jatuh hari Khamis. Menarik gila. Aku dah pasang langsir yang beli kat shopee Jan hari tu. Sebab eksaited dapat habiskan cat lagi sikit yang tinggal (setahun amik masa nak cat yer). Jadi, kita macam nak makbulkanlah impian-impian orang yang nak rumah ni ada langsir. 

Sarapan cekodok gais 


Bilik aku

Bilik wardrobe - gituuu

Bilik Deekay

Ruang tamu


Beli kat shoppee je. Semua langsir tingkap dengan spring dia dalam RM120. Kak Fisha kata, kena lain-lain corak yer. Haha. Okaylah. Sekarang semua benda nak, ada kat shopee yer everybody. Kalau ada suami, lama dah beli kot. Takpe, sabar tu. Ada dia kat mana-mana. Haha. Aku pun eksaited pasang pagi tu. Sebelum pasang, lap tingkap dulu. Kegigihan apa pun aku tak tau. Dah terambil saka Kak Fisha kot. Lap dulu, lepas tu pasang langsir pula. 

Langsir ni Cik Lia jahit. Pun dah lama juga. 

Lepas siap, masuk dapur pula. Masak. Sotong masak kicap dengan sayur campur. Deekay tengah banyak kerja sekarang. So, aku pun okay je nak masak. Punyalah jarang beli sotong, amik 6 ekor je pun dah RM18. Lepas tu, nak masak pula tak tau, nak kena goreng dulu ke tak. Siapa google sat ar sambil tanya adik-adik. Last-last masak  je tak perlu goreng dulu. Deekay kata agak pedas, tapi okay lagi dia kata. Sebenarnya, ko boleh je belajar dari orang komen masakan ko untuk jadi lagi baik. Tapi, dapat orang terima masakan tu, memang heaven. Penat masak pun hilang. 

Sotong masak kicap, ikan dan ayam goreng, sayur. 

Ingatkan dah habislah kederat hari tu. Petangnya pula, aku vacuum rumah. Haha. Gembira betul dapat sedut rambut-rambut yang banyak kat lantai tu. Biasa Deekay, hujung minggu kalau dia rajin, dia vacuum. Tak sampai mood rajin lagi ar tu. Malam tu, aku duduk je atas katil sambil tengok langsir dah pasang. 

Esoknya, aku memang amik cuti. Walaupun Ai Tee tanya nak pergi mana? Aku jawab tak ke mana, nak cuti je. Maka, aku pun cuti ar. Bangun lambat dan tak perlu buka laptop tu nikmat yer. Ai Tee pun tak kacau. M&E engineer call minta barang, Kau boleh kata dengan dia, 'Nanti kita balik ofis kita check, kita cuti hari ni.' Nikmat juga. 

Jumaat petang tu, aku pergi rumah Aleen. Cuti kan? Sabtu pula pergi kemas YPU dengan Mekna dan anak-anak Cik Zah. Covid-covid ni, kemahin galak ko jalan yer. Semoga tiada apa-apalah. 

Love..

No comments:

Post a Comment