Saturday, December 19, 2020

Harta Alang

Hujung minggu lepas, balik Klang. Seperti biasa. Kampung dekat, camtu ar jadinya. Malam Sabtu, aku lipat baju. Biasa Kak Cik yang lipat. Ni dia dah pindah, pastu minggu ni balik Melaka pula. So, takdelah orang nak lipat. Dalam pada aku melipat tu, Asyraf tengah tengok kartun kat TV. Sebab Afifah keluar, jadi takde kawan. Kalau tak, dia dengan Afifah berlawan-lawan tengok telefon. Aku layan ar citer kartun tu dengan dia. Dalam cerita tu, satu watak dia tengah pegang peta nak cari harta karun. Aku layan borak dengan Asyraf. Harta karun tu mesti duit banyak-banyak. Dia iakan je. Sampai dah habis cerita, jumpalah harta karunnya. Tapi, bukan duit atau emas. Harta karun dia merupakan kekasih hati dia seorang manusia. Kami gelak sahaja. Ingatkan duit. Aku pun buat ayat dengan Asyraf, 'Adiklah harta karun Alang.' Dia balas, 'Bukan, adik harta ibu.' Cis ko kan? Ibu aje. Takpelah, at least ko ingat ibu. Alang bagi can. Aku pun saja nyakat Afiq yang ada kat tepi tu tengah tengok telefon, 'Abang Afiqlah harta Alang.' Afiq dengan poyonya menjawab, 'Abang harta Allah.'

Walaupun poyo, aku terima je. Nak kena banyak menyembang dengan diorang ni. Aku sekarang follow Putri Afzan Maria dengan lama dah follow Adli Rajiah macammana nak handle budak-budak ni. Kena banyak tanya perasaan diorang dan banyak main dengan diorang. Sebab takde rezeki anak, aku cubalah aplikasi dekat anak buah. Kalau anak-anak buah aku ni, diorang salam memang aku akan cium dahi diorang. Benda yang ayah aku buat dekat aku, aku apply je dekat diorang. Kadang-kadang petang, aku halau Afiq dan Akmal pergi sepak bola. Kerja main telefon dari pagi sampai malam. Tak tau bilanya berpeluh.


Dah besar dah anak buah pertama ni. Banyak dah tanggungjawab buat. 

Yang ni pun dah jadi abang. 


Kalau Afifah dengan Asyraf pula aku nak involvekan diri dengan teman diorang naik basikal sambil aku jogging. Aku nak sihat, jogginglah. Sekarang macam dah malas sikit nak jogging lepas tu Maghrib dah cepat, aku pun tukar mode of transportation teman diorang. Naik motor sambil teman diorang naik basikal. Haha. At least, diorang keluar ar petang-petang mengadap dunia. 

Waktu ni jogging, so jauhlah kena tinggal. Hehe

Oleh sebab cerita pasal harta, cerita jugalah aku ni harta makkan? Masa value time dengan mak pula, haruslah sembang masa masak. Sekarang, Kak Cik dengan Kak Mi takde. So, memang kalau balik, aku kena masuk dapur untuk makan tengahari. Sarapan, samada makan luar atau mak beli je. Masa dengan ayah pula adalah masa makan. Kalau untuk benda-benda rahsia yang tak boleh bagitau mak (biasanya cerita pasal Syam. Mak dah tak bagi keluar lagi dengan dia sebab pernah kata, dia taknak kawen. Mak kata, orang dah taknak, takyahlah), adalah masa ayah tengah berkebun.  Sampai episod berapalah cerita pasal pakcik ni kan, kata dah habis, ada je sambungan. Syukur sebab boleh cerita dengan ayah lagi. At least ada guidance aku keluar dengan orang ni. Tak tau mana hujung dia. Baru-baru ni, aku minta putus (lagi). Rasanya dah habis. Finale ar ni. Sebab aku memang tanya dia, consider marriage tak? Dia kata, taknak buat aku rasa serba-salah sebab dulu aku pernah kata, okay je sebab masa tu aku tak ambil hak orang dan aku pun takde siapa-siapa. Haha. Aku pun kata dengan dia, aku ingat aku okay, tapi tak. Dia kata, okaylah kalau you dah rasa lain, kita tak perlu jumpa lagi. Yup, aku kata. Itulah yang terbaik. Kita stop jumpa. Bila balik, biasa aku tengok dia naik motor dan balik, tapi hari tu, aku pergi je tak tunggu dia. Aku ingat aku akan nangis, tapi tak. Aku pun tak sangka Allah bagi kekuatan tu. Serius tenang. Aku andaikan, kalau kau nak berpisah, ko kena ngadap depan-depan. Text ni, tipu. Nanti ada je sambungan dia. Haha. Lain giler perasaan dia bila aku pergi tak tengok dia. Macam-macam rasa aku explore dengan pakcik ni. Banyak betul rasa Allah nak bagi aku rasa. SubhanAllah. Aku cerita kat ayah, kenapa dia masih nak ajak orang keluar, kalau kitorang dah takde apa-apa? Ayah kata, lelaki. Haha. Betul ayah. Ayahkan lelaki. 

Masa berkasih-sayang

Nikmat kasih sayang sesama manusia lagi-lagi untuk saudara-mara ni memang saya syukuri. Semoga Allah menjadikan saya sentiasa bersyukur dengan nikmat-nikmat kecil dan menadi insan yang memberi kasih sayang kepada orang sekeliling. Terima kasih untuk Ami dan Along bagi pinjam kasih sayang anak-anak, terima kasih kepada mak ayah sebab bagi aku cukup kasih sayang sampai aku tak cari kat luar. Semoga anak-anak buah aku pun rasa apa yang aku rasa. Dunia ni, kalau ko tau banyak sangat benda, memang mengerikan. Rasa takut nak keluar. Macam-macam dengar. Tapi, sebab Allah tak jadikan kau sia-sia, maka kena keluar dan mengimarahkan dunia. Semoga pengakhiran yang baik untuk kita semua. Syurgalah harta karun yang kita semua nak cari. Moga Allah makbulkan. 

Love..

No comments:

Post a Comment