Sunday, July 5, 2020

Site visit dan kisah Nga

Semasa melawat site baru-baru ini, aku berjumpa dengan Kobi di base slab. Tetapi, apabila mahu mengambil tandatangannya selepas melawat site, dia tiada di site office. Selepas menelefon untuk mengetahui di mana kedudukannya, Kobi memberitahu, dia berada di IVS3. Barulahku tahu, Kobi berjalan dari Chan Sow Lin Station ke IVS3 melalui tunnel. Teruja kot dengar dan bercita-cita untuk mencubanya sekali. Berjalan dalam tunnel sehingga IVS3. 

Maka, haruslah mengajak engineer feveret yang rajin melayan. Mula-mula nak ajak hari Jumaat sebab masa tu nak turun site dengan Teh untuk tanya plant and machineries juga fire sealant kat non-load bearing wall. Konon-konon lepas tu, boleh terus pergilah. Tetapi Nina nak join sekali, so kita ajak hari Isnin. Hari Selasa 1hb Julai 2020, dah handover ke Other Works Contractor (OWC). Hari Jumaat turun juga dengan Teh.

Teh and Lee Yen

110 Tonne crane

ST100 belum pasang

Untuk bagi feel turun site, turun tangga - Teh

Girder untuk ST100

Formwork

Girder dah pasang kat ST100

Starter bar untuk wall. Bila nak cast, dia tegakkan balik


Additional hollow pipe to support 

Pipe sleeve untuk cast wall lepas ni




Mass concrete untuk slab dekat track


Masa balik dari site Jumaat tu, aku dah masukkan nama Nga dalam otak Lee Yen masa borak dalam kereta. Minta dia consider jadi boyfriend. Aku takkan buat depan-depan. Sebab aku pun tak suka orang buat depan-depan nak jodohkan dengan siapa-siapa. Lee Yen okay je. Cuma dia tak reti nak ngorat orang. Sama macam Nga dan aku. Takpelah, slow-slow aku kata. 

Hari Isnin, janji dengan Nga pukul 10.30am. Tapi, dia kata boleh datang awal. Meeting dia tunda. Tapi, aku banyak kerja. So, stick dengan masa tu juga. Lee Yen pun aku angkut jalan sekali. Nina kena buat Peri pula. Tak dapat join. Aku dengan Lee Yen je. Kitorang sampai site dalam 10.30am. Nga dah kat bawah, tunggu. Banyak gila kereta hari tu masa kitorang nak parking. Rupa-rupanya, diorang ada inspection juga. Tengah jalan-jalan dalam site, terserempak dengan geng-geng tengah buat inspection dengan OWC. Ada Mr. Ti, so minta sign dokumen dia kat situ. Dalam tunnel. Sampai IVS3, minta sign Kobi pula. Dia siap tanya, 'You cari I sampai sini ke?' Aku geleng kepala je. Gigih kot nak cari dia macam tu sekali. 

Diorang teruskan inspection sampai Bandar Malaysia. Kitorang haruslah kat situ je, dan patah balik. Cross IVS3 untuk pergi the other side of tunnel. Aku ingat nak naik IVS3 tengok structure dia, tapi Nga kata susah. Tangga dia tak straight to base slab. Ada banyak platform. Mencabar. Aku pun okay je. Mestilah susah, kalau tak, sure Nga layan je. So, kitorang jalan balik ke Chan Sow Lin. Sampai satu tempat, tangkap gambar. Haha. Itu sebenarnya tujuan utama. Nga being a good instagram boyfriend, layan je aku dengan Lee Yen ni. 

Terjoin geng inspection 

IVS3 dari bawah

Sebab Nga tinggi, nampak view cantik je

One for the official 
Wish both of you, got jodoh
Keluar peluh. Good! 
Tinggi gak pakcik ni 
You did a great job. Gambar cantik! 

Failed selfie je. It's okay.

Painting dah start kat 33kv room

Concourse-Plantroom-Base Slab

Selesai dan naik passenger hoist

Lepas habis jalan, lunch hour. Aku ajak Nga makan sekali sebab geng makan dia pergi inspection. Makan kat Wong Solo sekali dengan Siha, Shida dengan Masye. Lepas tu, tengahari Lee Yen bagi gambar aku. Aku pun pesan dia, bagi gambar dia dengan Nga dekat Nga. Aku dah pass gambar kitorang kat Nga. Dia reluctant mula-mula. Aku kata, bagi je. Sebab aku pun dah bagi gambar kitorang. Lepas tu, dia kata okay. Tak sure dia hantar ke tak. Aku tak check lagi. Nanti dia serabut pula. Aku harap dia dah send je. 

Aku pun dah text Nga, ngorat Lee Yen. Dia single and ready to mingle kata aku. Sekali Nga reply text aku, 'Is it applicable to you?' Jatuh kejap jantung, ingatkan dia nak ngorat aku. Rupa-rupanya bukan. 'I'm asking for my friend. He is safety manager.' Haha. Ngek betul pakcik ni. Dia nak kenenkan aku dengan Syam. Masih tak putus asa. Tapi, dia tak go beyond. Tu yang aku suka. Ada sekali kitorang terserempak dengan Didi (another scope yang diorang nak kenenkan) kat site, dia tanya aku, 'Nak tegur tak?' Haruslah aku geleng. Dia tak bawa pun. Kalau aku angguk tu, dia bawa sure punya. So, aku suka respect tu. Antara sebab aku pun taknak push dia dengan Lee Yen beria-ria. Sikit-sikit je. Aku suka je diorang berdua. Sama-sama baik dan comel. Tapi, bukan kuasa aku nak satukan. Aku cuma bagi idea je untuk diorang pertimbangkan. Apakah kerja aku sekarang dah macam makcik-makcik ni? :p

Love..

No comments:

Post a Comment