Hari ini, Kak Fisha kembali semula ke Sarawak. Setelah berbulan-bulan di Klang, menghabiskan PKP , dapat menyambut Ramadan penuh di Klang, sempat beraya balik ke Melaka, maka tugasnya sebagai seorang guru bersambung. Secara official di Sarawak. Di rumah kami, beliau tetap seorang Cikgu Uda. Mendidik dan membantu anak-anak buah kami dengan mata pelajarannya. Subjek sekolah ataupun mata pelajaran ekonomi rumah tangga.
Terlalu banyak yang Kak Fisha lakukan di Klang. Menceriakan rumah kami, membantu emak, memasakkan masakan yang sedap untuk ayah dan macam-macam lagi. Setiap kegembiraan, pasti akan ada pengakhiran. Tetapi, kita enjoy sahaja apa keadaan pun. Semasa di sini, di sana atau di mana saja. Oleh kerana tiket kapal terbang ke Miri jam 6.00 pagi, maka Kak Cik yang kebetulan cuti pada hari ini menghantar. Jika tidak, emak dan ayah akan menghantar. Tetapi, Allah mudahkan ayah, ada anak lain cuti. Sebelum balik ni pun ada drama sehari sebelum. Masa untuk masak makan tengahari pada hari Ahad. Nak masak nasi Arab. Haha. Emosi Kak Fisha dah tak stabil, masak pun jadi apa. Mujur ada Kak Cik tolong perbetul lauk ayam masak merah tu.
Saya perlu bersyukur untuk nikmat dua adik ini. Yang rajin menasihatkan kakaknya yang seorang ini dalam mendepani kehidupan. Samada saya mendengar atau tidak, itu belakang cerita. Mempunyai seseorang yang boleh menasihatkan anda adalah nikmat Allah. Kita sering terlajak dalam kehidupan. Kadang-kadang tak sure apa yang kita buat, lost juga dan sepi. Sejenis yang suka bercerita seperti saya, saya perlukan mereka dalam kehidupan. Walaupun selepas ini, Kak Cik akan berkahwin dan doa yang sama juga untuk Kak Fisha, semoga dia berjumpa dengan suaminya tahun ini juga. Saya mensyukuri nikmat ini. Semoga tidak berakhir sehingga mereka berkahwin. Saya masih boleh mengharapkan mereka setelah itu juga. Bersama pasangan mereka, dapat memberi nilai tambah untuk keluarga kecil kami. Saya gembira sahaja Kak Cik nak kawin dan doa yang sama untuk Kak Fisha, adik. Kak Mi dan Kak Long. Semoga dipertemukan dengan jodoh yang menjadikan kita lagi baik dan dapat memberi kebaikan yang lebih banyak kepada ramai.
Benarlah, jika kita merasa cukup dengan apa yang kita ada, kita tidak akan cemburu dengan kegembiraan orang lain. Setakat umur 35 tahun ini, nikmat untuk saya tidak terhitung. Untuk nikmat ayah dan emak yang boleh mendengar, nikmat iman, nikmat Islam, geng makan di pejabat, geng di Gamuda lepas, saudara-mara, kereta, rumah, sihat, ilmu, anak buah, operation team yang membantu dan macam-macam lagi yang saya ada, bersyukur dengan kehidupan yang Allah berikan.
Terkesan sedikit dengan kematian seorang aktor India yang menggantung dirinya akibat tekanan, saya selalu berdoa dijauhkan dari benda-benda sebegitu. Mamat dan saya menonton cerita lakonannya tahun lepas. Cerita yang baik untuk tontonan dan mendapat rating yang tinggi. Benarlah kata Ustaz Azlan, dia dapat memberi semangat untuk orang lain, tetapi bukan untuk diri sendiri.
Untuk diri sendiri, adik-beradik, saudara-mara, orang terdekat saya dan juga semua, semoga kita dijauhkan dari perkara-perkara sebegini. Untuk membantu orang lain, kita perlukan ketenangan dalam diri, barulah lebih dapat memberi kepada orang lain tanpa memaksa diri. Untuk ketenangan itu, kita haruslah bersyukur dengan semua nikmat yang Allah berikan. Semoga kita semua tidak terlalu menderita di dunia yang hanya sementara ini. Banyak pengajaran untuk saya kutip di dunia ini. Semoga Allah lindungi saya di atas jalannya dan beri pengakhiran yang baik untuk kita semua.
Dunia ini penuh tanggungjawab, usaha dan harapan. - Ustaz Hasrizal.
Dunia tempat untuk berlelah-lelah. Syurga jugalah yang kekal abadi. Itulah tempat asal kita.
Terima kasih juga. Kita saling memerlukan antara satu sama lain. Moga Allah sentiasa merahmati kita di mana jua kita berada. Amin
ReplyDeleteLove you sayang.. Jaga diri kat sana..
ReplyDelete