Thursday, April 30, 2020

Ramadan 2020

Hari ini, masuk hari ketujuh kita berpuasa. Tahun berpuasa yang lain dari yang lain. Semua dikuarantin di rumah. Saya juga di KL. Bersama dengan Deekay. Sudah lebih sebulan setengah dia tidak pulang ke kampung. Pastilah rindu, maka di sedikit bahagian saya menemaninya untuk mengurangkan kerinduannya. Walaupun beliau kata, tidak mengapa untuk saya pulang ke Klang. Tetapi, saya okay saja menemaninya sekejap. Jika tidak, pastilah setiap tahun di hari pertama saya akan di Klang. Orang kerja dekat radius yang dekat dengan kampung memang manja macam tu. 

Liza juga mempunyai nasib yang sama. Lagi kesian, dia keseorangan di Shah Alam. Kadang-kadang saya akan menghantar pesanan atau bervideo call bersama. Bagaimanalah jika Deekay tiada di sini. Pasti saya di Klang sahaja. Tetapi, di Klang agak malas saya bekerja. Di sini, pukul 8 pagi sahaja sudah buka laptop. Saya juga mudah untuk membalas email, jika ada atas katil pun. Pernah sekali, Nga text minta tolong saya check benda, boleh bangun terus pergi dekat laptop. Budget depan laptop 8 jam sepanjang masa kerjalah. Haha. Nak tipu siapa pun tak tahu?

Di saat menulis ini, semalam pejabat saya telah mendapat kebenaran untuk bekerja sepanjang MCO ini. Baru berangan nak Work From Home sampai raya. Tak dapat rupanya. Sebelum itu, saya perlu mengambil ujian Covid-19 dahulu. Giliran saya adalah Rabu minggu hadapan. Selepas result keluar dalam hari Jumaat, saya boleh bekerja pada hari Isninnya. Seminggu untuk saya mengambil tugasan Nic kerana, tarikh akhir Nic adalah 15hb May. Semoga dipermudahkan urusan Nic, Nina dan saya. Juga kepada Ai Tee. Dia menghantar pesanan minggu lepas menyatakan pregnancynya menghadapi masalah. Mungkin perlu dimasukkan ke hospital untuk pemantauan sebelum tarikh akhir iaitu Julai nanti.

Hari ni InsyaALLAH, saya akan pulang ke kampung. Di Klang. Rindu rasanya mahu sahur sama, buka puasa sama dan terawih sama. Nikmat-nikmat ini, perlu kita syukuri yer. PKP fasa keempat. 29hb Mei 2020 sehingga 12 Mei 2020. Minggu depan nak pergi test. Minggu lagi satu nak pergi kerja. Minggu lagi satu minggu terakhir Ramadan. Semoga saya dapat memanfaatkan 10 Ramadan terakhir nanti sebaik-baiknya. Pernah bercita-cita untuk bercuti di hujung Ramadan dan bermalam di masjid. Tetapi, memikirkan kerja yang sukar untuk cuti itu, seperti tidak dapat. Tidak sangka dapat juga tahun ini. Walaupun tidak dapat ke masjid, saya masih tidak perlu ke pejabat keesokan harinya jika malam itu saya bangun malam. Tetapi, di rumah saya masih bekerja ya. Semoga kita semua dapat menghiasi malam terakhir Ramadan dan mendapat Lailatul Qadar.

Gigih pakai baju ofis balik Klang

Tender Interview backfilling
 
Zoom pertama kali setelah sebulan WFH


Covid-19 test. Next week kena buat

Love..

No comments:

Post a Comment