Sunday, February 2, 2020

Cuti Tahun Baru Cina

Sebab company Cina, maka cuti raya cina lama sikit. Dari hari Jumaat dah cuti sampai Isnin. Berlama-lamalah kau kat Klang.

Rasa lagi lama sebab rumah mak kosong. Ami nak bawa anak dia pergi tidur rumah Kak Fisha. Along pula bawa Afifah pergi Port Dickson. Hari Jumaat ada lagi diorang. Lagi pun Along dengan Ami kerja lagi. Aku pula, nak pergi ambil barang dekat ofis dengan ayah petang Jumaat tu. 

Angkut anak buah tolong juga. 

Hari Sabtu, bersenang-lenang je kat rumah. Masing-masing dah nak keluar. Aku amik satu buku, aku baca. Habis. Buku Ustaz Zaharudin. Malam tu, tinggal aku, Kak Cik, ayah dengan mak je. Adik tak balik kerja lagi. Jadi, sebagai anak yang pandai masak kat kedai, marilah makan kat luar.

Mak nak cuba makan dekat Seksyen 7 Shah Alam. Eat and Repeat Cafe. Dah pernah makan dekat sini masa keluar dengan Busu Bani lepas tengok Ejen Ali masa tu. Jadi, kami memenuhi hajat mak. Dia boleh ambil banyak-banyak benda sebab kecil-kecil je portion dalam CD CDmangkuknya.

Agak-agak berapa pinggan ni? 


11 pinggan gais.. 

Ahadnya, Kak Cik on call, mak dengan ayah pergi kursus haji. Aku kena masak. Dalam hati dah bayang, nak masak sejam je. Taknak lama-lama dalam dapur. Aku goreng ikan, masak sambal ayam dan goreng sayur. Ingat dah hilang skil tu. Alhamdulillah dapat juga masak sejam. Ayah kata okay. Tu je yang nak dengar. Bila kau penat-penat masak, dan ayah dan emak kata okay. Memang bestlah.

Petang tu, mak ajak pergi tengok kawan dia. Husband Cik Yati kena warded kat PPUM. Ayah kena paksa pergi. Haha. Tengok orang sakit ni, kita kena syukur sangat sihat. Nikmat Allah bagi sihat ni, memang nikmat yang besar sangat.

Selalu doa, Allah sihatkan emak ayah, sebab tak tau boleh ke jaga kalau sakit. Jaga orang sakit ni, cabaran dia lain. Pernah tengok nenek jaga atok. Dan doa juga, kita sihat. Dan kalau sakit, tak susahkan orang lain.

Lepas ziarah kawan mak, kami singgah tempat kerja Kak Cik. Dia tunjuk tempat dia kerja. Menarik boleh bawa mak ayah datang tempat kerja kita ni. Diorang bukan nak apa pun. Bila kita cerita pasal kerja nanti, dia boleh bayangkan camne. Aku punya site, tak boleh bawa diorang. Safety kacau. Kalau ada rezeki, aku bawalah. Seludup-seludup dengan Nga. Haha.

Budak tengah on-call




Sementara tunggu Kak Cik



Balik dari PPUM dah pukul 4 petang. Masa minum petang. Kalau balik rumah, nanti nak kena keluar cari lagi makanan. Maka, siap-siap aku tanya nak makan apa dekat mak dengan ayah. Ayah nak minum cendol kat Klang. Aku pun bawa je. Aku dah nak kena cari kedai makan sedap kat area-area Klang dengan Shah Alam ni. Bila nak bawa mak ayah makan luar, senang.

Moga gembira dapat anak camni.

Esoknya hari Isnin. Aku dah bosan, duduk lama sangat kat rumah. Tau tak aku buat apa? Teringin nak derma darah. Jadi, aku ajak Miera dengan Liza teman. Liza takde. Jadi, Miera je teman. Sampai kat Pusat Darah Negara, ada beberapa orang Cina dan Melayu. Dalam 10 orang juga. Senang kat situ. Parking tepi, Jalan sikit terus jumpa bangunan. Cuti pula. Jalan dari Klang tak sesak.

Malangnya, aku yang beria nak derma, tak lepas. Miera yang teman, lepas. Hemoglobin aku tak cukup. Dia nak 12.5 apa entah. Aku punya 11.5 je. Miera punya sampai 13.2. Aku makan rasa dah banyak dah daging. Jadi, aku temanlah Miera je. Ralat kot. Tapi, takde rezeki aku.


Sorry Miera, susahkan. 

Lagi rasa ralat aku, Miera lepas derma dia nak pitam. Lepas solat Zuhur, dia jalan siap kena papah takut jatuh. Nurse nampak, terus dia minta baring kejap dalam 15 minit. Banyakkan minum air masak. Nak masukkan balik cecair dalam badan kata nurse tu. Dia pesan, next time takyah amik sampai 450ml. Minta 350ml je.

Sementara tunggu Miera rehat, dekat sebelah aku duduk tu, ada orang tengah derma plasma. Setentang dengan aku, tengah derma platlet. Ooo. Banyak benda kau boleh derma sebenarnya. Tapi, untuk derma tu, kau kena jadi regular donor untuk darah biasa. Empat kali setahun. Maksudnya, darah kau okay. Maka, kau boleh derma benda lain tu. So, aku tengah nak consume vitamin doktor bagi supaya hemoglobin aku tinggi lagi dan boleh derma darah.

Aku tengok dalam kes ni, kau kena percaya dengan qada qadar Allah. Aku yang beria nak derma tak dapat. Nak buat baik kot, kalau fikir-fikir. Tapi, sebab darah kau tak elok untuk orang, kau kena buat sesuatu untuk nak bagi orang derma yang terbaik. Kes Miera pula, dia dah buat baik, kena pitam-pitam pula. Semoga dengan kesusahan dia buat kebaikan ni, Allah balas dia dengan syurga. 

Aku pesan dengan Liza, tengok-tengokkan Miera dan next time aku nak derma, jangan bagi aku ajak Miera. Takut aku lupa. Aku nak ajak Liza pula. Sebab dia tak pernah derma darah dan dia kata nak cuba. Kita tengok sebulan nanti. Aku nak kena makan ubat dulu ni. Semoga aku berjaya derma. 

Love..

No comments:

Post a Comment