Friday, December 20, 2019

Sebelum Konsert M Nasir 40 Tahun

Secara jujurnya, inilah konsert pertama saya seumur hidup. Konsert Raihan ke, Opick ke, M Nasir dengan Ramli Sarip yang aku pergi dulu semua harga RM50 ke bawah. Yang ni, RM200 sekali masuk. Tapi, berbaloilah. Parti liar yang terkawal.

Mak Ina ajak teman dia. Aku yang selalu dengar lagu M. Nasir dari Mekna, Alin, En. Anuar dan Abang Shahrul. Ada sekali nak pergi penamaan calon En. Anuar dekat Perlis, Mekna nak minta tolong Abang Shahrul bawa. Abang Shahrul bagi syarat, sepanjang-panjang perjalanan kena pasang lagu M. Nasir. Okay sangatlah dengan Mekna. Aku pun on je. Tidur kot sepanjang perjalanan.

Bila dah beli tiket yang mahal tu, mestilah kena hargai tiket tu. Aku pun mulalah niat nak study lagu-lagu M Nasir ni. Cakap dengan Alin masa tu, tak hafallah lagu dia. Alin siap cakap, "Bukannya hafazan. Ulang dan sambung." Haha. Dalam pada tu, aku dengar jugalah lagu M. Nasir ni kat Joox. Terima kasih untuk Nina yang kenalkan Joox ni untuk aku karaoke sebab ada lirik bagai. Sebab dah biasa dengar dan lagu-lagu M Nasir ni memang sedap. Selalulah dia jadi peneman bila dekat ofis kalau dah mengantuk. 

Dah nak sampai hari kejadian, Mamat tanya macammana nak pergi nanti. Aku seperti biasa takde plan lagi. Amir akan drive bawa Mak Ngah dan Alin. Aku pula ada kenduri kahwin cucu Tok Tik nak bawa mak dengan nenek pagi tu. So, tak boleh janji dengan Alin. Aku bagitau Mamat, aku nak pergi dalam pukul 7 dari Klang. Mamat pula ada kerja dekat Cyberjaya. Dia kata, boleh ada kat Klang dalam 6.30 petang. 







Pagi tu, bawa mak dengan ayah, pergi ambil nenek kat kampung dalam pukul 12 tengahari. Dah lapar kot. Bawa pergi kenduri. Makan lepas tu nak balik. Singgah makan cendol kejap sebelum balik Klang. Dah sudah solat semualah. Lepas habis makan cendol, kami pun balik. Sampai Klang dalam jam 5.30 petang. Aku pun ingat nak tidur kejap. Malam ada program lain pula. Haha.

Oh, aku lupa bagitau, nenek Saabah datang minggu tu dengan Acik Oya. Sebab Acik ada menantu dekat sini tak tukar lagi ke Melaka, kira PJJlah Fahmi dan Aida. Rajinlah Acik datang. Alih-alih petang Jumaat hantar gambar selfie dalam kereta dengan caption 'On the way to Klang'. Haha. Nasiblah rumah kami yang macam apa tu. Redho je diorang datang. 

Aku pun naik atas siap-siap nak keluar balik. Cadang nak solat Maghrib tengah jalan, tapi siap-siap je dah pukul 6.50 petang. Tunggu Maghrib je ar. Lepas Maghrib aku dengan Mamat gerak. Sampai-sampai sana, memang lengang ar. Semua orang dah masuk hall. Sempatlah kami bergambar dekat gambar 'sifu' dulu. Bila habis konsert, penuh gila kat situ semua nak tangkap gambar. 




Sebelum masuk, diorang check. Tak boleh bawa makanan dan minuman. Biskut aku pun tak lepas. Hehe. Mekna, Mak Ngah, Alin dan Amir haruslah dah masuk dan tenang-tenang duduk dalam dewan. Kami baru sampai. On time sungguh sebab M Nasir baru nak menyanyi. So far, lagu-lagu dia aku tahu. Tiga lagu je aku tak tau sepanjang konsert tu. Aku ada satu lagu aku suka dengar masa tengah study lagu-lagu M. Nasir, Sahabat Gua. Cerita pasal pemuda Kahfi. Saya baru terbaca cerita mengenainya di laman sesawang Ustaz Hasrizal. Rasanya pernah cerita di blog. Semasa mereka meminta petunjuk Allah untuk lari dari golongan yang tidak mengikut perintah Allah, Allah tidurkan mereka selama 300++ tahun. Jalan selesai yang kurang popular. Tidur.

Secara keseluruhan, saya sangat suka dengan konsert ini. Lagu-lagu M. Nasir sangat menyenangkan hawa telinga untuk di dengar. Bait-baitnya yang puitis dan senang di bawa. Suara M. Nasir masih sedap walaupun menyanyi hampir 40 lagu. Terima kasih atas jemputan menonton konsert ini.

Habis konsert, kami pulang. Saya mengajak Mamat tidur di rumah kerana nenek Rammelah ada. Esoknya nenek mahu ke kenduri adik Acik Didi di Bukit Cerakah.

Love..

No comments:

Post a Comment