Tuesday, June 11, 2019

Nadiah dah 34 tahun

Apa ada pada umur? Hehe. Walaupun dah 34 tahun ni. 

Saya merasai peralihan umur yang sangat ketara adalah pada umur 27 tahun dan 30 tahun. Yang lain, ia hanyalah angka. Mungkin akan merasainya pada umur 35 tahun kerana lebih mahu ke umur 40 tahun. Umur-umur yang lain, hanya berlalu sepi seperti hari-hari biasa. 

Umur 27 tahun adalah kerana, apabila saya habis belajar dan bila orang bertanya bila saya mahu berkahwin, saya akan menjawab pada umur 27 tahun. Umur itu telah berlalu. Umur 30 pula adalah perasaan dari 20-an ke 30-an. Terasa makin tua. Hehe. Itu sahaja. Sambutan yang lain, saya rasa biasa-biasa sahaja. Tidak memberi signifikasi yang besar kepada saya. 

Tahun ini, seperti tahun-tahun sebelumnya, nikmat yang saya tidak dustakan adalah sambutan dari kenalkan rapat. Saya lebih menyukai jika mereka tidak menyambutnya kerana saya juga bukan jenis orang yang rajin mengingat tarikh lahir orang dan mahu menyambutnya. Tetapi, untuk nikmat orang masih menyambutnya untuk saya, Alhamdulillah dan semoga Allah memberikan kebaikan dan kegembiraan yang lebih kepada kamu semua kerana telah menggembirakan orang lain. 

Yang pertama, pastilah geng luncheon yang menyambutnya ketika majlis berbuka puasa di rumah Ju'are. Nina belikan kek aiskrim durian yang sedap tapi susah nak potong. Tapi, okay je. Surprise menjadi kerana saya tidak terfikir langsung.





Oleh kerana hari jadi saya jatuh pada bulan puasa, makan haruslah tidak ada sambutan di pejabat dari pada Ai Tee fikir saya. Silap rupanya. Ai Tee telah membelikan Liza kek dan menyuruhnya membawa pulang semua kek itu. Liza menyambut hari jadinya lebih awal dari saya. Saya sudah mnganggak Ai Tee akan membelikan untuk saya juga. Awal-awal dah bagitau Nina, boleh tak request Ai Tee tak payah beli kek? Haha. Budget anak buah kesayangan. 

Lagi satu yang baru adalah WhatsApp group untuk Commercial yang setakat ini digunakan untuk wish birthday orang sahaja. Saya sudah memesan kepada Ai Tee, Mr. Lim dan Geng Luncheon supaya tidak memasukkan saya ke dalam group itu. Pada hari kejadian, awal-awal jam 7.15 am, Keng Meng dah wish dalam group. Bertalu-talu orang wish. Haha. Segan betul. Dahlah birthday saya sama tarikh dengan Senior Manager saya Alice. Yang comelnya Tim datang dengan Steve wish personally dekat saya. Comel!!! 

Pagi kejadian juga, saya cakap dengan Ai Tee, 'If you wish to buy me a cake, no needlah. Rumah sewa I peti sejuk penuh,' Sebab masa Liza, Ai Tee beli kek masa lunch. Bajet, tak payahlah diorang beli. Sekali Ai Tee kata, 'Dah beli dah. Dalam freezer,' Dia half day hari tu. Haha. Cis, lambat tindakan kau ni. Tapi, takpelah. Kek dia beli tu sedap kot. Saya letak je dekat freezer ofis, nak balik Klang hari Jumaat, bawa balik. Mak suka sebab tak manis sangat.






Petangnya lepas kerja, keluar dengan Aleen. Sebab dia ada kat sini. Kami berbuka puasa bersama. Cadang mahu ke Kyochon. Beratur orang. Maka kami ke Dubuyo sahaja. Masih mengekalkan tema Korea ya kawan-kawan. 






Alhamdulillah untuk semua nikmat umur, kesihatan, rezeki, keluarga, kereta, rumah, iman, Islam, sahabat, pekerjaan, akal fikiran, anggota tubuh badan, ilmu, amal dan banyak lagi nikmat Allah yang ada pada saya. Semoga dapaat memberi kebaikan lebih banyak, beramal lebih banyak, belajar lebih rajin, menjadi hamba yang lebih bertaqwa, anak yang solehah, pekerja yang lebih amanah dan bertanggungjawab ya Nadiah binti Zainal. Selamat Hari Lahir. I love you so much! 



Love..

No comments:

Post a Comment