Friday, May 10, 2019

Kisah Nga

Nga adalah  sorang lagi crush di dalam kitab Nadiah. Haha. Termasuk sekali dalam kitab ni adalah Mr. Lim, Kobi, Julian, Lee dan Chin (tapi dah jatuh ranking sebab poyo sangat dan pengaruh rakan sebaya yang lain. Haha)

Disclaimer : 
Jangan minta ngorat dia sebab :-
1- Dia 8  tahun muda dari aku. 
2. Dia memang suka bergurau sebab dia pun sibuk nak kenalkan aku dengan orang lain. 
3. Bila pula nak ajar Islam sebab dia sibuk kerja je. Haha

Aku memang jarang jumpa orang yang rajin menyakat sampai tak sudah ni. Sity adalah dari spesis perempuan. Mohd dari spesis lelaki tapi bila dia stress dia jadi kurang, dan sekarang siap dah left group kami. #hatitisu. Haha. Dan baru-baru ni jumpa spesis lelaki yang baru iaitu Nga. Engineer aku kat site. Mula-mula ingat dia nak ngorat aku, sebab tu rajin benar menyakat. Tetapi, lepas beberapa kali percubaan aku mengorat balik gagal dan bila aku tanya nombor safety engineer yang dia nak kenenkan dengan aku, dia eksaited nak bagi dan ajak aku pergi site sebab dia nak kenalkan orang tu dengan aku. Maka, percayalah, dia adalah seorang yang begitu. Maybe it's time untuk aku belajar control diri sendiri (jangan nak cepat perasan sangat orang suka kau) dan value lebih friendship ni. 

Will see how. 

Kisah bermula selepas Kobi pergi. Aku mula rapat sebab direct terus dengan dia dan banyak bergantung kepada dia untuk semua kerja dari site. Sejenis rajin dan membantu ini memang haruslah disukai ramai. Mula-mula aku minta PAF, dia tanya siapa nak sign dekat tempat sebab Kobi dah resign (Kobi akan dirindui. Gitew). Aku pun tanya Ai Tee macammana nak settle. Letak nama Yeaw, sign on-behalf of Kobi. Lepas dah settle benda tu, dua hari kemudian, aku tanya balik status PAF tu. Nga boleh kata, belum sign. Fikir aku, dia banyak kerja kot. So, nak release stress dia, aku pun bergurau, 'Pulangkan Kobi I balik. Dia sign cepat je.' Lepas tu dia kata dah sign, takde masa nak pergi Southgate lagi. Cis. Main-main.

Sekarang pula aku kena in-charge caisson pile yang memang under dia. Lagi banyaklah tanya dia. Dia sabar je jawab soalan aku sambil menyakat tak nak buatlah kerja yang aku bagi. Kena bagi dia somethinglah. Setakat ini, the only benda aku bagi dia adalah roti 90 sen dan key-chain dari UK. Malas nak layan. Banyak kot minta kat dia barang. Bankrup nak bagi kau sorang je. 

Yang lawaknya, awal-awal dulu masa mula-mula dia menyakat aku dan aku rasa dia suka kat aku, ada sekali tu, dia termarah (ternaik suara sedikit) dan aku terasa. Waktu tu aku ingat kau nak ngorat aku, jadi kau tak boleh marah aku. Haha. Sebab dia kena marah dengan Mr. Hong issue caisson ni tak award lagi, dia jadi ternaik suara kata 'Lekaslah you all issue tender tu.' Hello, aku tengah buat kot. Dahlah takde details drawing, takde BQ untuk aku refer sebab station kau satu-satu je yang buat sepanjang-panjang MRT Line 1 dan MRT Line 2 ni, lepas tu nak cepat-cepat. Aku cakap je 'Ye.' dengan malasnya. So, aku isytiharkan merajuk. Walhal dia tak tau. Lawaklah kau ni Nadiah. Tengahari tu dia call aku tanya barang, aku jawab acuh-tak-acuh je. Siapa suruh buat anak orang camtu? Tetapi, petangnya, aku nak kena minta barang dekat dia, aku pun email dia dan text sebab benda tu urgent. Dia reply tak nak buat. Aku pun malas nak layan perasaan merajuk ni nanti kerja tak jalan. Aku nak buat kerja aku bagi sudah je. Teruskanlah perbualan dengan dia macam biasa.

Lepas merajuk ni. 

Try ngorat, tapi tarik balik

Macam ni punya conversation, untuk aku satu yang luar biasa. Tapi, bak kata Sity, dah boleh dah gedik2 time ni. Aku layankan je. Macam ni agaknya kalau merajuk dengan suami, kau kena tegur dia juga untuk buat kerja. Jadi, terus baik. Amboi kau Nadiah. Sudut pandang tu. Haha.

Lepas tu dia datang office kami. Cakap pasal safety, aku saja gurau dengan dia. 'Meh no telefon orang safety, I call.' Lepas tu dia bersungguh ni tanya bila aku nak pergi site? Dia nak kenalkan aku dengan budak tu. Aku dah agak dah, budak ni memang kuat nyakat.

Ada sekali, aku tanya dia kat whatsapp, dia tak jawab. Lepas tu Yeaw datang ofis kitorang, aku tanyalah Yeaw soalan tu. Jadi, aku dah dapat jawapan, pastu terlupakan si Nga ni. Lepas tu dia sedih. Dia tulis dia sedih. Real life mestilah tak sangat. Tipu sangat orang yang mulut-mulut sweet ni. Malas aku nak layan. Buat bodoh je ar text tu. Lepas tu, nak tanya dia barang lain, aku call dia, dia tak angkat pula. Aku pun buat ayat tanya, 'Merajuk ke?' Dia punya reply, untuk aku yang senang suka kat orang ni, memang jahanamlah hati ni.

Nampak macam suka kan? 

Tapi, tidak. Dia menafikan. 

So, aku pun kena lawan balik! 
I dare to take a little risk. To enjoy this feelings. It's good actually for my heart. Lol. Ada orang boleh bermanja without fikirkan orang lain sebab dia single lagi. Aku boleh nampak tak ke mana-mana pun hubungan ni. Kenapa aku tulis kat sini? Sebab aku nampak kebaikan benda ni. Kebaikannya, aku jadi nak buat kerja betul-betul. Aku boleh je tanya dia. Dia willing je bagitau, tapi kalau aku lebih faham kan seronok. Dan kalau boleh nak bagi suggestion juga dari sudut pandang QS aku. Biasanya dia yang bagi cadangan atau idea. Ada sekali masa Sabtu, dia kerja, jadi dia tanya aku satu kerja yang aku email dia, dan aku tak ingat kerja aku. Huhu. Aku tak tahu bila sikap ambil tahu kerja sendiri ni boleh bertahan. Sebab aku pernah sedih juga tak dapat buat kerja betul-betul bila Ai Tee dah layan aku baik. 

Aku tak nafikan Allah sayang sangat kat aku sebab aku dikelilingi oleh orang-orang yang baik. Engineer aku semua Yeaw, Siha, Teh, Ai Tee, Nina dan Nic. Dari Pasar Seni ke Chan Sow Lin. Tapi, aku punya perangai masih degil. Ujian untuk aku, untuk jadi lebih baik. Tapi, selalu gagal. Aku selalu rasa dah buat yang terbaik, tetapi kerja aku masih tak sudah juga. Ai Tee juga kena cover. Kalau dia boleh lepaskan aku sendiri redahkan senang. Senang kan dia dan semua orang. Aku dah sepuluh tahun kot kat sini  Aku tak rasa banyak improve pun. Entahlah. Dan Nga, buka balik rasa untuk aku improve diri aku.

Ada orang kuat kalau dia sorang diri. Tapi, bukan aku. Aku tak boleh. Aku kena ada teman. Pernah aku cakap dengan Liza, masa keluar dengan dia. Aku ada training jadi balik awal kat rumah. 'Semalam, aku bantai duduk atas katil seharian tengok telefon. Mujur ada solat. Kena juga bangun solat. Makan pun malas tau.' Allah. Aku selalu doa Allah jumpakan aku dengan orang yang boleh jadikan aku lebih baik. Alhamdulillah, orang sekeliling aku sangat baik. Tapi, bila aku sorang tu, aku lost. Tak buat apa-apa.  Aku tahu, at the end of the day, hanya aku dengan Allah je.  Orang lain semua tolak tepi. Kebergantungan tu kena dengan Dia sahaja. Tapi, boleh tak nak minta orang lain untuk aku dekat dengan Dia? Aku pun tak tau, itu ke yang aku perlu? Macam cerita Shazam tu, dia nak sangat jumpa mak dia sebab dia rasa, itulah life dia. Tapi, bila jumpa mak dia, bukan begitu yang dia inginkan.

Moga Allah beri petunjuk dan jalan untuk aku. 

p/s : Semoga aku tak masuk kategori isteri yang screencaps conversation dengan laki kalau pun dia sweet or sour dalam hubungan nanti. Yang ni pun aku rasa apa entah. :(

p/s/s : Seharian dengan Nga hari ni untuk tender interview caisson piles tu, lain pula mamat tu. Dalam whatsapp kemahin menyakat. Kat luar, biasa je. Kau nak apa sebenar ni Nga? Haha.



Love..

No comments:

Post a Comment