Thursday, May 16, 2019

Emak

Emak
Terima kasih mengandungkan kami 9 bulan
Melahirkan dengan kesakitan
Membesarkan semua dengan kasih sayang
Bertolak-ansur dengan pelbagai ragam
Bukan satu, dua malahan lapan
Tidak terjangkau dek akal fikiran
Kau mampu membesarkan dan bertahan
Untuk kami di masa sekarang

Emak
Tidak terbalas semua perbuatan
Walau emas perak dihamparkan
Rumah dan kereta diberikan
Budimu lebih semua lautan
Moga kami tidak melupakan
Semua nasihat dan peringatan
Dari kamu untuk terus berjalan
Di dunia yang penuh dengan godaan
Serta menjadi contoh tauladan
Untuk pahala kamu atas amal yang berterusan

Emak
Untung aku masih punya doamu
Merengek manja meminta ketika mahu
Tetapi kau tetap mendoakanku selalu
Tidak terhijab doa itu
Doa yang langsung terus ke Satu

Kita berkongsi cerita di hujung minggu
Kuceritakan perihal kerja, kawan satu persatu
Kisah ini, itu, begini dan begitu
Dan kau sabar melayanku
Menasihat yang mana perlu
Untuk bekalku bila tidak bersamamu

Emak
Kadangkala terkeluar suara hatimu
Mahu aku mencari yang lagi satu
Maaf mak belum mampu
InsyaAllah satu hari nanti ketemu
Waktu itu
Semoga emak dan ayah merestu
Seperti yang kamu buat selalu
Untuk anak-anak dan menantu-menantumu

Emak
Selalu kutitipkan doa kepada yang Esa
Berilah emak dan ayahku syurga
Untuk semua pengorbanan di dunia
Mendidik kami menjadi berguna
Walau kadangkala kami lupa
Masih punya kamu berdua
Menegur untuk kembali kepada
Fitrah diri menjadi hamba
Dan setelah kamu tiada
Doakan kami masih setia
Yang taat pada Pencipta

Doa untuk semua keluarga
Semoga kita berjumpa semula
Di dalam syurga bersama saudara
Yang kita sayang di dunia
Dan disatukan kita semua di sana



Petaling Jaya
16 May 2019 (11 Ramadan 1440)

Love..

No comments:

Post a Comment