Sunday, March 17, 2019

Milly dan Mamet - Review

Mari kita belajar review movie sekarang. Banyak dah movie tengok, asyik simpan dalam otak sahaja, sampai masa lupa. Jadi, kita simpan dalam blog. Yang akan baca nanti, pastinya kau juga. 

Filem pertama yang nak review adalah, Milly dan Mamet. Cerita ni, haruslah datang keinginan menonton dari review Aina Wafi yang suka gelak dengan lawak sendiri masa dia review dekat MLStudio (kadang-kadang aku pun sejenis ni). Sabtu lepas, nak keluar dengan Mekna, Mekna ajak tengok cerita ni. Jadi kita on. Beli tiket online TGV dekat Wangsa Walk. Dapat RM18 untuk dua orang sebab tengok sebelum pukul 12 tengahari.

Milly dan Mamet ni, spin-off dari cerita Ada Apa Dengan Cinta. Milly ni kawan baik Cinta dan Mamet ni, sama sekolah dengan diorang dan diorang pinjam kereta Mamet masa nak kejar Rangga dekat airport (bandara). 

Plot cerita ni menarik. Mula-mula dari mereka jumpa dekat reunion sekolah. Masa tu Milly dah ada boyfriend, tetapi terpaksa pulang awal. Milly dihantar pulang oleh Mamet, malangnya kereta Mamet rosak di tengah jalan. Sementara menunggu bantuan, Cinta melepasi tempat mereka dan mengajak Milly pulang tetapi Milly menolak. Dari situlah bibit-bibit percintaan bermula. 

Kemudian, laju gambar-gambar dikeluarkan ketika mereka bercinta, berkahwin dan kemudian mempunyai seorang anak. Di sinilah kisah keluarga Milly dan Mamet dikembangkan. Milly memilih untuk duduk di rumah menjaga Sakti, manakala Mamet bekerja di kilang perusahaan kain milik bapa mertuanya.

Mamet ni digambarkan sebagai seorang watak lelaki yang jujur,lurus dan baik hati. Mengambil kulinari kerana mahu membantu ayahnya yang mempunyai diabetes tapi masih mahu makan yang sedap. Malangnya, tidak dapat kerana ayahnya meninggal dunia setahun selepas dia belajar (tetapi, akhirnya dapat membantu ayah mertuanya). Sama juga perilakunya bekerja di kilang kerana mahu mebantu ayah mertuanya (yang baru ditipu oleh pekerja yang dipercayainya dengan melarikan duit) dan lumayan gaji yang boleh menjamin kehidupan yang lebih sempurna untuk isteri dan anaknya. Dia mengambil tanggungjawab sebagai suami sepenuhnya. 

Konfliks cerita ini adalah apabila Mamet bersetuju dengan supplier kain yang baru tanpa menunggu kebenaran dari ayah mertuanya dan menyebabkan ayah mertuanya marah. Akhirnya, Mamet meletakkan jawatan. Pada masa yang sama, dia berjumpa kembali dengan temannya dari zaman belajar, Alexandra yang mengajaknya membuka cafe makanan dan dia perlu menjadi chef sahaja. 

Scene di bilik tidur selepas Mamet resign dan berjumpa dengan Alex yang bercadang mahu membuka cafe untuk merealisasikan mimpi semasa zaman mereka belajar dahulu (atau mimpi Alex) membawa kepada scene Milly bertanya kegembiraan ketika Mamet di kilang. Scene ini menjadi manual untuk saya. Komunikasi antara pasangan itu penting. 

Milly : Kamu gembira bekerja di fabrik?
Mamet : Kamu kok tanya soalan begitu? 
Milly : Iya, sengaja
Mamet : Kalau kamu mahu, aku bisa bekerja semula di fabrik papa
Milly : Itu bukan jawapannya
Mamet :  Iya, kerja di situ lumayan. Bisa bantu kita sekeluarga. Untuk kamu dan Sakti bahagia.
Milly : Masih belum menjawab soalan saya.
Mamet : Kamu ini. Yang saya suka itu hanya kamu, Sakti dan masakan.
Milly : Buatlah keputusan, saya tahu kamu bisa. Aku percaya sama kamu.

Selain komunikasi, percaya juga elemen penting dalam perkahwinan.

Terus menonton babak Mamet membuka cafe, Milly yang mahu mengisi kehidupannya kerana sebelumnya bekerja dan kemudian menjaga anak (kebosanannya direalisasi semasa sedang berbual dengan jirannya yang datang ke rumah dan Milly gembira dapat berbual dengan orang besar. Biasanya berbual sama bayi sahaja), ayah mertuanya yang semakin serius diabetesnya, Milly kembali bekerja dengan membantu ayahnya di fabrik.

Scene Milly mahu meminta kebenaran bekerja juga tenang sahaja dibuat di taman. Berjalan berdua kerana Mamet yang sibuk menyebabkan masa mereka berdua semakin berkurang. Selepas berbincang dengan Mamet yang Milly mahu membantu ayahnya dan meninggalkan Sakti kepada pembantunya Sari. Kiranya masing-masing sudah mengisi ruang-ruang kosong dalam jiwa. Milly boleh membantu ayahnya yang sedang sakit, Mamet boleh membuat perkara yang dia suka, memasak. Mantra pasangan ini adalah : Cuba dahulu, tidak cuba tidak tahu.

Konflik seterusnya apabila Sakti menangis semasa Mamet pulang dan Milly masih di tempat kerja. Mamet menelefon supaya Milly pulang sekarang juga. Milly telah menjelaskan bahawa Sakti mahu tumbuh gigi, maka dia tak selesa dan menangis. Waktu ini, sekali lagi ketidakpuasan diluahkan di dapur rumah mereka. Mamet mahu Milly duduk di rumah sahaja. 

Tidak cukup konflik itu, konflik terakhir adalah concern Milly ke atas cafe Mamet yang dijadikan tempat money laundering daripada investor mereka yang juga teman lelaki kepada Alex, James. Pada mulanya Mamet tidak percaya, tetapi mencari bukti dengan bertanya kepada Alex. Membawa kepada pengunduran diri Mamet dari cafe kerana Mamet merupakan watak yang amanah (rela disaman dari memberi rasuah kepada polis). 

Cerita ini terlalu banyak scene-scene yang saya suka. Watak-watak pembantu juga hidup. Semuanya. Dari pembantu di fabrik, jiran rumah Milly-Joe, Alex, James, setiausaha James (pening dengan nama binatang peliharaannya di rumah dan tenang sahaja bosnya), Cinta dan kawan-kawannya, pembantu cafe-Ropi, Sari (Mereka juga mempunyai kumpulan anti-vaksin kerana Sari juga tidak divaksin ketika kecil), kawan Mamet yang mempunyai kedai makan (menceritakan perihal pelanggannya berjumpa lalat hijau di dalam makanan sangat lawak okay), bibik di rumah ayah Milly dan pastinya instagram influencer, Mama Ije (lakonan Melly Goeslow) semua kelakar. Skrip di dalamnya begitu kena punch linenya. Semua watak bercakap biasa sahaja, tetapi kelakar.

Scene-scene penaja juga diletakkan pada tempatnya seperti GoJek dan Nivea dengan tidak berlebihan. Perjalanan plot yang laju juga tidak membosankan. Dari satu plot ke satu plot yang lain. Itulah kehidupan. Kita buat begini, tidak gembira, kita cuba buat begini. Jika tidak juga, kita buat yang lain. Evolve. Cerita ini sangat real dengan kehidupan kita seharian. 

Cerita keluarga-komedi-romantis ini sangat digalakkan tengok untuk semua pasangan yang mahu bernikah, untuk orang yang mahu sesuatu dalam hidup, mencari apa yang ingin dilakukan dan ingin lawak yang segar tanpa perlu memainkan bentuk tubuh. Selain dialog-dialognya yang matang dan bijak juga tiada watak antagonis dalam cerita ini. Semua orang nakal dalam kapasiti masing-masing. Saya beri 8 bintang. Saya suka! Tahniah Ernest Prakasa dan semua produksi Milly dan Mamet.




Love..

No comments:

Post a Comment