Tuesday, March 5, 2019

Bangun Malam

Hujung minggu seketul Nadiah memang sibuk. Jikaa ada orang mengajak pergi ke mana-mana. Jika tidak, pastinya seketul itu tidur sahaja di rumah. Sabtu lepas, meneman Kak Fareen ke rumahnya. Malam Jumaat, pergi ke pejabatnya. Pertama kali masuk mahkamah. Teruja. Kalau Kak Fisha, dah pernah masukkan sayang? :)






Balik dah lewat, esoknya pula awal-awal pagi dah pergi jalan-jalan (sepatutnya jogging) dekat area rumah Kak Fareen. Lepas tu pergi tengok Rumah Contoh ECO Grandeur. Cantik kot interior rumah tu. Ada rumah banglo harga RM1.6 juta, sold out. Korang buat apa ha kaya sangat ni?! Balik dari rumah Kak Fareen, malam. Sampai rumah tengok bola dengan adik. Arsenal lawan apa entah. Sebab Astro bagi channel SuperSport free. Dapatlah tengok. Malam tu pun tidur lewat. Jam 1.00 pagi. Siap pesan dekat Liza, kejut esok bila bangun pagi. Takut terlajak. Seharian jalan dengan Kak Fareen, mengantuk! Kak Fareen ni macam En. Anuar, tak pandai rehat. Kalau saya, memang free tu, tidur jelah.





Esoknya, jam loceng bunyi 5.30 pagi. Snooze sebab mengantuk lagi. Cadang nak Subuh dekat rumah Liza sahaja. Bangun pukul 5.40 pagi, siap-siap jam 6.00 pagi. Subuh 6.08 pagi. Fikir-fikir, lagi Lapan minit je lagi nak subuh. Nak parking lagi kat rumah Liza nanti, nak naik tangga lagi. Solat dululah dekat rumah. Sebelum tu, dapatlah tahajud dua rakaat kejap sebelum bersiap. Alang-alang dah bangun pagi sebelum Subuh (bukan selalu), jadi Tahajud sekejap ya. Sebab dah siap awal, saya pun turun bawah bawa telekung sekali. Masuk Subuh je, solat baru bergerak cadangnya.

Turun-turun, ayah baru lepas solat dekat ruang tamu. Tengah tunggu waktu Subuh.

Ayah : Nak pergi mana?
Anak ayah : Bangun pagi-pagi ni ayah. Pergi marathon. Kalau tak, memang tak bangun lagi
Ayah senyum je
Anak ayah : Susahlah, nak bangun sendiri. Ada hal boleh pula bangun pagi-pagi. Ayah senang je bangun (ada hati nak lawan makam ayah tu? Hehe)
Ayah : Sama je. Ayah pun macam tu juga. Bangun pun paksa. Tak sampai lagi bangun buat ikhlas kerana Allah. 
Anak ayah : Syaitan ni memang, berjaya betul.
Lepas tu Azan Subuh berkumandang. 
Anak ayah : Nilah kebaikan masuk marathon, Subuh awal waktu. Hehe.
Aku terus solat. 

Aku solat sunat subuh dua rakaat (benda yang aku dapat masa umrah dengan nenek masa tu, Alhamdulillah, aku cuba buat sehabis baik. Walaupun seminggu kadang-kadang ada dua tiga hari tak dapat buat sebab bangun lambat). Aku pergi selepas bersalam dengan ayah. Ayah solat sunat dulu di rumah sebelum berjalan ke surau. 

Dalam perjalanan mengambil Liza, aku terfikir apa yang ayah cakap tadi. Kalau yang ayah makam macam tu pun, struggle nak bangun tahajud. Macammanalah aku ni? Berjaya syaitan ni. Tapi, aku teringat pernah belajar dulu. Kalau kita struggle untuk buat sesuatu benda, dan masih buat. Pahalanya lagi bertambah atas sebab melawan kepayahan itu. 

Contoh, kalau kau dah biasa pakai tudung, kau pakai tudung, dapat pahala. Berlainan pula dengan orang yang tidak pakai tudung, nak pakai tudung. Dia dapat pahala pakai tudung dan pahala berlawan dengan syaitan dan nafsu sebab tak biasa pakai. Dua kali pahala. 

Kalau baca dan dengar, memang kebaikan banyak bangun tahajud ni. Saya pun jika ada masalah, kadang-kadang bangun tahajud dan Allah tunjukkan jalan. Cuma sekarang, memang setan tengah menanglah sebab malas nak bangun. Nak kata takde masalah, ada je. Didoakan kerajinan melawan nafsu untuk semua.

Untuk struggle ayah dan kita semua, moga Allah kurniakan syurga. Untuk kita, walaupun selalu berperang dengan diri sendiri. Tetaplah berusaha menjadi hamba yang lebih baik. 









Love..

No comments:

Post a Comment